Monday, February 10, 2014

Adra dah sunat

Alhamdulillah...adra sudah disunatkan pada Ahad 09/02/2014.
Mulanya kami pergi hari Sabtu, tak plan pun nak sunatkan Adra hari tu.
Ingatkan nak pergi waktu lain.
Kebetulan nak pergi beli barang, lepas tu tak tau nak kemana pula.
Nak balik rumah macam awal sangat sebab keluar pun dah lewat.

Terus je hani ajak en asben ke Hospital Islam Az Zahra, Bangi untuk sunatkan Adra...
Tempat yang sama dengan si kakak Awliya dulu.[post SINI]
Kami sampai pukul 8.30 malam.
Tapi malangnya, doc yang sunatkan budak tidak bertugas waktu tu.
Tak semua doc boleh buat tau.
Staf di kaunter pendaftaran terus call doc untuk tanya jadual.
Mereka inform pada kami supaya datang esok (Ahad) dari pukul 8.00 pagi-12.00 tengahari.
So, kalau korang nak pergi ke sana, lebih baik call dahulu tanya doc bertugas.
Jangan main redah je macam kami...huhu.

Jadinya hari Ahad kami pun datang semula.
Kesian anak-anak kena bangun awal....hehe.
Mama malas dah nak tangguh, nanti lama-lama terlupa pula kan.
Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi.
Eh! Hari Ahad pun ramai juga orang tauuu...
Lepas ambil no, staf tu bagitau kena tunggu dalam sejam....jadi dia suruh kami pergi
makan dulu kalau belum makan.
Memang perut dah berkeroncong....huhu
Kami pun ke kedai di blok belakang Az Zahra tu.

 
 tengah tunggu nombor giliran

Lepas makan, masuk menunggu semula. Nasib baik tak lama sangat.
Nama Adra pun dipanggil.
Terus baringkan Adra dan nurse pun buka seluar dan pampers.
Doc pun memulakan tugasnya.
Walaupun ni kali kedua hani bawa anak pegi sunat, siyes memang takut nak tengok
doc buat.
Tapi adra sikit pun tak nangis, tak macam kakak awliya dulu.
Dulu kakak awliya nangis sikit, tapi sekejap je.
Adra ni macam takde perasaan pulak....hahaha
Gud girl Adra....u're so strong.
Mama pula yang nerbes tak habis-habis.

Lepas habis proses tu, doc sapukan antiseptik (ubat warna kuning) pada luka tu dan letakkan kapas.
Doc bagitahu, nanti nak salin pampers yang lain, baru buang kapas tu. Tak sampai 5 min pun proses tu. Sempat juga si ayah snap gambar yang buat muka cool tu.
Tidak ada sebarang ubat dibekalkan, just biarkan luka tu macam tu je.

Bayaran yang dikenakan RM40.

Yeeaayyy....Adra dah jadi anak dara.
Selesai sudah salah satu tanggungjawab kami sebagai ibubapa.

 
 kite taknak tengok muka doc la...seramm!!!
nak tengok muka mama je.....


'adra takut la mama'
 [eh! mama yang takut sebenarnya..ngeh2x]

4 comments:

  1. Alhamdulillah dah selesai satu bab eh...baiknya dia tak nangis...mata bulat je tu ha..Adraaa...geram betul...bila lah auntie rose boleh pegi tgk ni..hujung mggu je ada je hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kecik ni lagi lasak dari kakak dia kak...hehehe....adra ckp aunty rose ni bz sgt tauuu...bila nak bawa kite melancong pula?hihi

      Delete
  2. dah selamat dah. anak kita sunat lepas lahir terus..hehe..

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...