Thursday, February 27, 2014

Kembara di bumi Perth - Day 4

Post ni dah berkurun...sebenarnya dah malas nak buat sambungan...tapi disebabkan ramai hantar email pada hani suruh buat sambungan, sebab ada kawan dan penghantar email yang akan bercuti ke Perth nanti....akan ku tunaikan permintaan kamu semua.
Semoga post ini dapat dijadikan rujukan nanti...

Day 4 - 04/05/2012
Seawal pukul 6 pagi kami dah bangun. Selepas makan sarapan yang dibuat sendiri oleh kami, kami terus gerak dari hotel ke ofis Bayswater untuk menghantar kereta. Perjalanan hanya 20 min sahaja. Sebelum tu, kami singgah ke stesen minyak untuk penuhkan semula tangki kereta.

Bila dah sampai, ofis Bayswater pun tak buka lagi. Kami periksa dahulu kereta untuk pastikan tiada kecacatan yang berlaku dan tiada barang yang tertinggal. Nanti tak dapat balik deposit pulak klu ada yang tak kena pada kereta. Seteleh berpuas hati, kami terus pulangkan kunci. Rupanya tak perlu tunggu sehingga ofis dibuka, just dropkan sahaja kunci di satu lubang khas di dinding.

Destinasi kami seterusnya adalah ke Fremantle. Pada mulanya kami bercadang untuk menaiki bas ke sana memandang tak jauh dari ofis bayswater ada perhentian bas. Kebetulan ada sorang makcik tengah tunggu bas juga. Kami pun bertanya cara nak ke Fremantle. Dia terkezut sebab kami kata nak naik bas. Rupa-rupanya kalau naik bas memakan masa selama 3 jam perjalanan...errrkkkk....kami pulak yang terkezut. Makcik tu nasihatkan kami supaya menaiki tren sahaja kerana lebih menjimatkan masa. Perjalanan tak sampai sejam pun.

Mak cik ni sangatlah baik. Dia suruh naik bas bersama dia, dan bila sampai di stesen tren yang terdekat, dia akan picitkan loceng untuk kami turun. Baik kan...kan.

Kami pastikan laluan tren adalah betul. Tren ni akan transit di stesen Perth. Pada mulanya kami ingat kena tukar tren, masing-masing keluar la dari tren tu untuk tunggu tren yang lain. Rupanya untuk ke Fremantle, naik tren yg sama je. Cehhh kena masuk semula. Nasib baik tak terlepas tren.


Sedikit info mengenai Fremantle :

Fremantle was establlished in 1829 as a port for the fledgling Swan River Colony and was the major city in Western Australia for much of its early history. Fremantle became a city in its own right by 1929, and survived the building demolitions of the 1890s and the 1960s. The city emerged in 1987 when it was the host city for the Americas Cup sailing challenge, as a city rich in heritage and character.

“Freo” as it is also know to the locals, is home to a 500-strong fishing fleet and a vast number of yachts and pleasure craft. Two significant historical replica ships were built here: The HMS Endeavour and the Duyfken which was the first Dutch vessel to chart the Australian coastline in 1666.


The port city of Fremantle is located at the mouth of the Swan River on the West Coast of Western Australia and is part of the Perth metropolitan area. Perth city is only 20 kms away which is a 25 minute cab ride or 30 minute trip by train.

Fremantle is much more than an architectural time capsule. It provides a unique opportunity for visitors to experience and enjoy a range of cultural activities in a relaxed atmosphere. A browse through the markets or leisurely stop at one of the numerous cafes and restaurants will complement your exploration of the arts, making a visit to Fremantle a rich and rewarding experience.

Sumber maklumat di SINI.

Bila sampai di Fremantle, dah tak sabar-sabar nak abiskan AUD ni dalam erti kata lain shopping. Selama beberapa hari ni kami takde shopping tau. Ye la, mana ada tempat shopping kat bandar-bandar kecik yang kami pegi tu. Kami terus menuju ke E-Shed Market, jalan kaki selama 3 min, dekat ajo dekat stesen tren. E-Shed ni hanya dibuka pada hari minggu sahaja sahaja (jumaat-ahad) dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. So make sure datang hari minggu ye.





Banyak juga kami borong dalam market ni. Macam-macam barang souveniour ada. T-shirt, topi, key chain, fridge magnet, patung kangroo, koala..iishh macam-macam lagi la. Sediakan duit je.




Kami pergi ke kedai Megabest (ramai rakan travel di blog suggest kedai ni). Owner Megabest ni adalah orang Singapore yang dah 25 tahun berhijrah ke Perth. Ramah gile uncle ni melayan kami, siap bagi diskaun lagi.
Sebelah kedai Megabest ni pula adalah kedai Aussie. Kedai ni lebih besar dan lebih banyak pilihan. Owner pulak orang Indonesia. Lagi mudah nak berkomunikasi. Cuma kami tak berapa suka aunty ni sebab dia suka memburukkan kedai Megabest dan kedai-kedai lain. Katanya barang kedai lain mahal tak berkualiti la. Macam kedai dia sorang je yang bagus. Tak baik kan...kan...

Pada pendapat kami, kedua-dua kedai ni ok, cuma korang kena make sure kualiti sesuatu barang. Ada yang murah tapi kualiti kurang. Contoh macam t-shirt la, sebab kitaorg banyak memborong t-shirt. 
Haaa...lagi satu, kalau korang nak tau, kalau t-shirt tu MADE IN AUSTRALIA, harga mahal sedikit berbanding t-shirt MADE IN CHINA. Walaupun design nampak sama je. Dari segi kualiti dah tentu Made in Australia lebih bagus. Lagi satu, uncle Megabest tu beritahu kitaorang..untuk gunakan logo Made In Australia tu, sesuatu produk tu kena bayar, tak boleh sesuka hati logo tu digunakan. Kira macam Aussie ni menjadi kualiti dan jenama diaorang. Agaknya..teori aku ni hehe.



 kaler kuning hijau ni trademark Aussie tau...mesti beli t-shirt design ni


 harus tangkap kangroo bawa balik M'sia

Berjam-jam abiskan masa shopping ni. walaupun takde la banyak mana sangat pun kedai kat dalam tu. Bab memilih barang seharusnya lama la kan....Bila AUD dah hampir kering didermakan pada tokei kedai, barulah perut rasa lapar semula. Kalau ke Freamantle ni, tak sah kalau tak mencuba fish n chip. Di sini ada 2 restoren fish n chip yang terkenal iaitu Cicerello dan Kailis. Tapi kami memilih makan di Kailis. Kalau ada peluang lagi nanti baru nak try makan di Cicerello [tah bila la nak sampai lagi huhu]. Kalau hari minggu, perrgghhh ramai orang, penuh tempat duduk tu. Kena la tunggu turn kan.

 


 Kailis & Cicerello ni sebelah-sebelah je




Masing-masing memesan set fish n chip, dan dengan tamaknya amik set yang ada 2 keping fillet fish tu. Lapar gile la katakan. Cara nak mengoder pun berbeza sikit. Mula-mula kita kena buat order dan buat bayaran terlebih dahulu. Kemudian kita akan diberikan alat seperti gambar di bawah tu. Pergi duduk dulu kat tempat, nanti kalau order dah siap, alat tu akan berbunyi.. Barulah kita ke kaunter ambil. Baguskan, tak perlu la customer nak kena tggu berdiri depan kaunter lelama. Bila dah dapat order....maakkkk aaiiiii, portion besar giler okeh !!!! wlaupun rasa lapar gile masa tu, dah dapat rasa kompem tak boleh nak habiskan. Tengok kentang goreng pn dah rasa kenyang, besar-besar ooo kentang goreng tu *jakun jap*




 
 Bunyi tet!tet!tet! tanda order dah siap


 hambekkk ko....tamak haloba. Makan kentang pun dah kenyang!!!


AUD 13.50....sila jangan convert RM

Best makan kat sini. Nyaman dan tenang je dengan angin laut yang meniup sepoi-sepoi bahasa.
Lupa lak nak cakap, set ni takde sos...so, sos kena beli lain. Macam-macam jenis sos ni dijual, nak bagitau pun tak ingat lak hehe. Kalau makan ramai-ramai, jangan la ambil sos yang sama. Ambil la lain-lain kan, at least boleh rasa pelbagai jenis. Kami ambil 3 jenis sos yang berlainan. Harga sos ni tak ingat berapa tapi murah je. Makan punya makan, masing-masing tak mampu untuk habiskan. Kan dah cakap...hihihi. Tapi jangan risau, kita boleh tapau bawa balik. Sambung makan kat hotel lak nanti.

Lepas je makan, kami terus menapak ke stesen tren. Sebenarnya bole je naik bas yang free tu, tapi kami tak nampak pun bus stop. Lenguh kaki menapak, tapi best juga sebab dapat tengok pemandangan bangunan-bangunan lama di sini. Unik dan tentu ada sejarahnya kan.




kalau nak ronda-ronda pekan Fremantle..ada perkhidmatan sewa scooter

Dari Fremantle, kami turun di stesen Perth dan terus menapak balik ke Hotel Criterion. Tak jauh, dalam 5 min je berjalan kaki. Sambil berjalan tu, kami melalui Hay Street dan Murray Street yang merupakan kawasan shopping. Cuci- cuci mata je sebab shopping mall kat sini macam high class je...

Tunggu sambungan Day 5 pula....*ceh ada sambungan lagi....[ambil masa skit la nak korek gambar dan ingat semula itenary hehe]

Related Post::

Kembara di bumi Perth - Day 1
Kembara di bumi Perth - Day 2
Kembara di bumi Perth - Day 3
Kembara di bumi Perth - Day 5
Itenary ke Perth

9 comments:

  1. Hani, baru siapkan entry for day 4 ke eheheeh...bila baca entry ni teringat kembali saat2 kita travel sama2 kan...bila lah agaknya dpt travel sama2 cam dulu lagi huuuhu..akak nk ke umah nko pun tak berkesempatan...hujung mggu ni nak g buat JR pass pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a kak...ingtkan malas nak sambung entry pasal perth ni...tp ramai yg email kat saya buat smbungan sebab diaorg nak g perth...buat juga la tp slow la skit...hehe...tggu adra dah besar skit bole la sambung jalan2 balik...syok je tgk akak dah pegi merata2...




      Delete
  2. Akak akan cari peluang utk ke rumah ko jgk nanti nk jumpa 2 org putri tu

    ReplyDelete
  3. please sambung entry seterusnya. heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah...akan sy tunaikan permintaan anda hehe

      Delete
  4. Salam kak..leh cita skit sal penginapan x..tmpt2 yg akak2 p ni jauh2 kan..thanks for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      yup betul...tpt yang kami pergi jauh2...jadi kami ada 3 tpt penginapan yang berbeza. masa di cervantus, kami menginap di hostel Cervantas Lodge Backpackers, sebilik boleh muat 8 orang (ada 4 katil double dacker) dgn byran 30 AUD seorg, manakala di Augusta kami menginap di hostel Baywatch Manor Augusta dgn bayaran AUD 28 seorg (1 bilik boleh muat 8 orang juga) dan di bandar Perth kami menginap di Hotel Criterion dengan bayaran AUD 195 utk 1 mlm.

      Delete
  5. Salam sis, nk tnya... Lps antar kereta lewat dari masa yg ditetapkan, ade kena late charge x? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya ada tapi masa kami hantar tu lewat gak...redha je la kalau kena charge tapi bila tengok dalam bil credit card xde lak charge....ikut nasib kot! cuma jgn lewat berhari2 mmg confirm kena charge la. mcm kami lewat sikit patut antar ptg, tp kami antar awal pagi keesokkan harinya...

      Delete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...