Sunday, April 6, 2014

Majlis Aqiqah & Kesyukuran ADRA

Alahai...post ni dah berkurun dalam draf.
Majlis ni dibuat masa adra umur 2 bulan 1 minggu, sekarang ni dah umur 5 bulan 1 minggu baru nak buat review hehe.
Bukan apa, gambar majlis pula tertinggal dalam pc kat rumah Ipoh
Sebab tu la pending post ni. Hani pula malas nak download gambar dalam fb.

So...meh kite review semula.



Alhamdulillah selesai juga Majlis Aqiqah & Kesyukuran ADRA NUR ZAFIRAH pada 5 Jan 2014 yang lalu. Hani memang plan nak buat majlis ni dalam tempoh cuti bersalin. Senang..selesaikan mana yang patut dulu. Lagipun ada rezeki lebih sikit...kan gomen dah dapat bonus ari tu...bolehlah kami adakan kenduri ni.

Persiapan untuk kenduri ni hani buat dalam masa 2 minggu. Tak de apa sangat pun sebab majlis kecil jer. Cuma persiapan dari segi penyediaan doorgift dan beli barang-barang memasak je. Jemputan pun tak ramai sangat, dalam 200 orang.

Kebetulan buat kenduri ni, mak hani pun adakan sekali tahlil untuk arwah atok.
Dah 7 bulan arwah meninggalkan kami. Rindu.
Al-fatihah untuk arwah atok...tak sempat tengok cicit dia yang ke 3 ni.

Bila ada majlis aqiqah, mestilah nak buat marhaban sekali kan. Kumpulan marhaban mak hani yang uruskan. Kumpulan ni dari Taman Klebang Jaya...ketuanya kawan mak. Ahli seramai 25 orang. 

Adra pun baik je hari ni, cuma gelisah sikit sebab dah ngantuk. masuk dalam buaian terus je tido....sambil dengar alunan lagu kumpulan marhaban tu. Sampai mama dia pun rasa nak tido sama kehkeh.

Masa ni adra disuapkan sedikit madu dan diberikan air zam-zam. Yang ralatnya takde orang snap gambo masa ni, tak sempat nak panggil asben....sobs sobs. Takde gambar kenangan tauuu....





ayah tengah potong rambut adik


   




Buaian berendoi
Buaian ni hani tempah dengan Mai Design Gallery. Ni merupakan kali kedua hani tempah dengan Mai. Pertama kali masa majlis aqiqah Awliya dulu. Dulu pernah terpikir kalau anak kedua dan seterusnya dah tak nak buat buaian berendoi dah, tapi bila sampai masanya rasa tak sampai hati pula. Rasa macam tak adil. Si kakak ada, adik pula tak de. Walaupun diaorang kecik tak tahu apa pun kan...tapi biasalah hati seorang ibu, mahu yang terbaik untuk anak-anak dia. Nak adil pada semua huhu. Kalau tanya pada lelaki memang la diaorang kata tak perlu pun. Ala...apa salahnya kan, ada rezeki lebih...bukan untuk orang lain, untuk anak sendiri juga. Nanti dah besar boleh tunjuk kat diaorang...kenangan tu.

Kali ni pilih tema biru+pink. Asalnya hani nak buat warna hijau, tapi last-last tukar pula.
Harga pakej ni RM300 termasuk buaian dan backdrop. Eh, tapi kali ni takde baju baby pula. Dulu ada sehelai. Tapi tak kisah pun, dulu pun awliya tak pakai baju tu sebab besar. Lebih puas hati pakai baju sendiri.










Doorgift
Untuk tetamu, hani sediakan doorgift dr brown paper. Dalam tu hani letak sebiji epal, muffin dan kek gulung london roll.

Brown paper tu hani hiaskan sendiri. Kali ni teringin pula nak DIY sendiri. Hani hanya sediakan 120 pcs paper beg je, bolehlah nak DIY kan. Kalau banyak sangat memang tak mampu den. Ingat dah ada anak kecik 2 orang ni, ada banyak masa ke nak mengadap benda ni lama-lama. Ni pun buat masa anak-anak tengah tido. Kadang-kadang berjaga sampai ke pagi nak siapkan. Gigih weeiii....!!!

Brown paper tu hani beli dekat Mydin, sebungkus (100pcs) berharga RM3.20.
Penyepit bunga comel tu pun hani buat sendiri. Penyepit kayu tu beli dekat kedai RM2 jer, sebgkus ada 48 pcs. Manakala bunga tu hani buat dari kain felt dan letak butang. Kain felt dan butang tu adik hani beli di kedai menjual peralatan menjahit. Kain felt tu mahal skit harganya rasanya dalam RM2 sekeping.. Nasib bunga kecik-kecik so sehelai kain felt boleh dapat banyak bunga la...rasanya hani hanya guna dalam 5-6 keping kain felt yang berlainan warna. Saje nak kasi ceria skit. Lepas tu lekat je pada penyepit tu guna gam uhu. Kemudian hani buat simple design untuk tq taq dan beli doily paper untuk ditampal pada paper beg. Dah siap.



Untuk doorgift kumpulan Marhaban, hani sediakan paper beg special sikit berbanding doorgift tetamu yang lain. Makanan dalam sama jer yang membezakannya hani letakkan sebiji mug. Mug ni yang besar macam mug kita buat air tu. Beli dekat Mydin Meru dengan harga 99 sen sebiji. Murah kan. Doorgoft ni hani sediakan 25 bungkus je.







Candy buffet
Simple candy buffet je. Asalnya nak beli lapik meja kaler biru...tapi tak sempat cari. Semua benda buat last minit kan....camni la jadinya. So, guna jer la lapik meja yang dah ada. 
Kali ni hani tak banyak beli makanan ringan utk meja ni. Total habis dalam RM50 jer. Adik pula tempah apam polkadot dan cheese tart. Muffin pula hani tempah lebih dan letakkan di meja ni.

 






Outfit
Stress betul cari baju budak kecik ni...merata-rata cari tapi tak de yang berkenan. Susahnya nak cari gaun kaler biru, yang banyak kaler pink ngan purple. Ada jumpa biru tapi tak berkenan pulak. Last sekali jumpa dekat The Store Ipoh. Beli jer la...dah penat cari. Harga pun murah jer sebab ada less jadi RM30.00. Untuk ayah dan kakak awliya, pakai baju yang dah ada jer. Sian si kakak sebab mama tak jumpa pun baju dia....
Untuk mama, kena cari baju baru sebab takde baju kaler biru. Nak pinjam baju adik pula, kompem tak muat kan ngeh2x....maklumla lepas bersalin kembang sana sini.



Menu
Menu untuk majlis ni ada yang family hani masak dan ada juga yang ditempah. Dah nama majlis aqiqah mestilah menu utama kambing kan. Kambing ni adik hani yang uruskan dan tempah dengan kawan dia. Harga seekor kambing RM800 siap disembelih sekali. Kambing tu buat masak kurma. Selain tu, ada ayam panggang (tempah), kerabu pucuk paku, masak lemak ikan tongkol (tempah), ikan goreng dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Menu wajib setiap kali ada kenduri adalah wadai kipeng perisa durian. Haaa yang ni makanan orang banjar...kompen benda ni licin.
Gambar makanan tak sempat nak snap daaa.....



Lepas selesai majlis, tiba masanya membotakkan kepala adra. Hehe sian dia yer. Mula-mula baik jer, dok diam masa opah cukurkan kepala....lepas tu mula ngamuk sebab dah penat dan mengantuk sekali. Sampai opah suruh tidurkan adra dulu, nanti dah bangun baru cukur semula. Sebab adra ni asik gerak-gerakkan badan dia sampai opah susah nak cukurkan.



'adra dah botak la mama'

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih pada keluarga dan saudara mara yang banyak membantu dalam majlis ni. Terima kasih juga di atas sumbangan duit yang diberikan kepada adra. Banyak juga adra dapat duit....nanti mama masukkan dalam akaun adra ye.



~keluarga kecik kami~
Ayah, mama, kakak awliya dan adik adra

6 comments:

  1. Replies
    1. hehe...tq...semua bby ni comel-comel kan...

      Delete
  2. alahai.. kat http://www.facebook.com/lovelykidzcloset memang jual readymade dan ambik tempahan khas jugak untuk aqiqah, cukur jambul, berendoi.. takpe, masih x terlambat utk jamu mata atau tempah utk raya ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yati, last minit tukar kaler tema....tak sempat nak survey online...saya dah terjah fb awak, comel2 baju..bestnya klu masa aqiqah ari tu adik dan kakak dapat sedondon..huhu...tak pelah, tggu raya br buat sedondon...

      Delete
  3. wah cute nya baby ni. tema cantik sangat .
    jemput tengok my blog k

    http://princesslife88.blogspot.com/2014/10/majlis aqiqah putera rayyan muzaffar 27/9/2014

    ReplyDelete
  4. Assalam sis.. Mana nk cari Kain felt tu ye.. Sharing pls..tq

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...