Friday, April 11, 2014

Rumah Api Satay Celup & Grill

Ni cerita hari minggu yang lepas masa hani sekeluarga balik Ipoh.
Adik bawa makan di Rumah Api Satay Celup & Grill yang terletak di
Jalan Sultan Iskandar Shah.
Oh ye, Rumah Api ni masih baru lagi.
Owner ni adalah kawan adik hani tu.
Dia selalu juga bawa kawan-kawan datang makan di sini.
Support member la katakan.

So far, pada hani, sedap.
Satay celup tu ada macam-macam
bebola udang, ketam, ikan....
Untuk grill pulak ada ayam blackpaper, ayam kari, errmmm
ala..tak ingat sangat...
Pilihan untuk grill tak banyak sangat la cuma ada ayam dan daging.
Ada daging kambing juga tauuu....
Dah banyak kali hani makan grill, jarang ada tempat yang menyediakan daging kambing.
Eh, tapi hani tak makan kambing pun hehehe.
Ada juga aiskrim...peberet.
3 mangkuk abis asik dok ulang ambil.
Ada cendawan, mee, sayur bronkoli.
Kuah steamboat tu ada 2 jenis, KUAH KACANG dan SUP.
Sos pun sedap ok...
Kalau makan steamboat ni mesti sos kena sedap kan, kalau tak spoil tau.
Hani makan dengan banyak sekali....hahaha
Tah nape nafsu makan melampau je sekarang ni sobsob.

Memandangkan restoren ni masih baru, terdapat la sedikit kekurangan contohnya dari segi
dekorasi dan pilihan makanan untuk grill.
Maybe akan datang owner akan tambahkan pilihan menu untuk grill seperti udang, sotong, ketam ke.
Keadaan restoren bersih.
Sampai anak ku itu merangkak dan berguling atas lantai - grrrrr...stress mak !!!
Lupa nak snap gambar banyak-banyak.
Sebab tak sabar nak makan punya pasal la ni.
Adoiii....sori la uoll.
Sempat snap gambo bawah ni je.





Gambar ni pula hani ambil dari blog isteri kepada owner restoren ni.
Kite pinjam gambar ek.

sumber gambar::SINI

 sumber gambar::SINI

sumber gambar::SINI

Ni alamat:
Rumah Api Satay Celup & Grill
Blok A-2-4, Soho Ipoh,
Jalan Sultan Iskandar Shah, 
30000 Ipoh, Perak.

Restoren ni betul-betul berhadapan dengan rumah Menteri Besar Perak. 
Dekat dengan sekolah Sam Tet dan uk Choy.
Rumah Api ni di tingkat 2...tapi jangan risau, ada lift kalau malas nak naik tangga.
Lif betul-betul depan pintu Rumah Api ni je.

So, uoll apa lagi....kalau ke Ipoh apa kata cuba steamboat di sini pula.
Restoren ni dibuka dari pukul 5.00 petang hingga pukul 12.00 malam.
Makanan dihidangkan secara buffet 
Dan bayaran yang dikenakan adalah RM17.90 untuk seorang.
Ok la, tak mahal sangat kan....harga mampu makan orang kata...hehehe
Jom kita support ORANG MELAYU berniaga !!!


update 2015: Restoren ini telah ditutup.

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...