Friday, April 4, 2014

Adra::Sudah 5 bulan

Dulu masa si kakak rajin update progress perkembangan dia.
Sekarang ni asyik tertangguh je nak update sampai terlupa terus hehe
Bukan apa, catatan dalam blog kan macam diari.
Macam sekarang, kadang-kadang hani selalu tengok post masa si kakak Awliya masa kecil
'SubhanaAllah....dah besar anak aku'
Rindu waktu dia baby.
Jadi si adik Adra ni pun kena la merajinkan diri untuk update progress dia agar tercatit sedikit memori ketika dia masih baby. Nanti dah besar boleh suruh dia baca kan kan....

31/3/2014
Genap adik Adra 5 bulan.
Sihat dan aktif.
Masih fully breastfeed. Alhamdulillah bekalan stok untuk adra tak pernah putus. Masih penuh peti sejuk.
Suka tersenyum yang buat mama rasa nak geget dia.
Dah pandai berguling-guling....kalau tidur or letak atas katil, kena buat kubu sekali. Risau jatuh sebab katil dalam bilik tu tinggi sebab tilam agak tebal.
Dah mula angkat montot dan dah boleh menyusur ke depan sikit-sikit.
Kalau pegang dan dirikan dia, asik nak melompat-lompat je, memang tak dok diam betul.
Satu perangai Adra yang tak tahan dan kelakar, dia sukaaaa menjerittttt....
Dia jarang sangat nangis, tapi nangis dia digantikan dengan jeritan yang kuat...
Hurrmmm macam mana nak cakap ek dia jerit tu...
Kan baby biasa buat bunyi macam menjerit 'aaaaa' 'aaaa' tu kan.... 
Haaa, camtu la.
Kadang-kadang kami confius dia jerit marah ke jerit suka.
Nyaring wehhhh....!!!!
So kena check dia poo poo ke, lapar ke...atau sesaje suka nak jerit...
Tak kira tempat, kadang-kadang kat kedai makan sampai semua orang tengok kami.
Ada yang tersenyum.
Kelakar dengan telatah si Adra ni.
Ada yang cakap 'kuatnya suara dia..badan kecik'...kikiki
Tapi kalau budak kecik jerit rasa comel je kan..
Kalau dah besar masih menjerit lagi, memang menguji kesabaran mak bapak la kan hahaha.



  



bangun tido, terus buat posing ayu gitewww.....dia tak tau mama dia ni dah rupa mata panda sebab tak cukup tido tauuu !!!

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...