Wednesday, April 2, 2014

Hot Ballon @ Putrajaya

Ni cerita weekend yang lepas pada hari Ahad.
Tak tahu nak bawa anak-anak berjalan ke mana.
Pastu nampak post member dekat fb dia ke 6th Putrajaya International Hot Ballon di Persint 2, Putrajaya.
Event ni dari 27-30 Mac 2014.
Macam menarik je, sebelum ni tak pernah pun ke event ni, teringin juga nak tengok.
Terus je suggest kat asben. Dia pun kata ok.
Cuaca pun cantik je hari tu.
Pukul 5 kami dah gerak dari rumah.
Bila sampai sana, fuhhh ramainya manusia.
Tapi nasib baik parking senang cari.

Masa kami sampai belon baru nak 'ditiup'
Ok...kami pun tunggu la.
Hampir maghrib, belon-belon masih belum dinaikkan lagi.
Rasa dah tak sanggup nak tunggu lagi sebab dah waktu maghrib kan.
Tak elok pulak bawa budak kecik time maghrib ni kat luar.
Adik pula dah tertido atas bahu mama, mengantuk sangat.
Akhirnya kami ambil keputusan pergi makan dan terus balik rumah.

Hurmmm....punah harapan nak ambil gambo belon banyak-banyak kat atas udara....huhu.


selfie dulu



 
 berjaya snap hot belon ni je.

 

'ayah...kakak tak nampak la belon tu'


 
'meh ayah dukung kakak' 
kasihnya seorang ayah...kalau mama, tak mampu nak dukung camtu kot hihi


 
'mama....adik dah ngantuk la'...lambatnya belon nak naik atas

2 comments:

  1. Akak yg dekat ni pun tak pegi huhu..kalau tahu Hani nk datang..leh calling2..leh jumpa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak...last minit planning ni...tu pun pegi kejap je. ada singgah mkn kat persint 9 tu (teringat time kite lepak2 sama kat sana dulu sambil buat ass hihi)...teringat jgk nak calling2 akak, tapi anak2 dah meragam...mkn cepat2 pastu balik je...

      Delete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...