breastpump yang ke-3

dah beberapa hari medela fs aku dah tak berfungsi dengan baik...
suction dah tak kuat, sedangkan aku baru je ganti spare kit dan tubing yang baru.

spare kit ni pulak aku ganti untuk kali kedua..
sebelum ni suction tak berapa kuat sebab membran kuning ni dah tak elok.
salah aku juga sebab di ofis selalu biarkan lama, kira lepas pam aku tak terus basuh.
nak guna semula baru basuh - pemalas kannn
sebab tu lama-lama membran tu macam ada saki baki susu yang dah tak boleh hilang menyebabkan suction tak kuat.
bila dah ganti yang baru, aku tukar sekali tubing sebab sejak beli aku tak pernah tukar tubing lagi.
nampak macam dah kotor sikit.
Fuhhh....banyak juga kos tu. RM200 juga melayang...
lepas tu baru aku jaga betul-betul jaga, lepas guna terus basuh takde dah nak simpan lama-lama dalam peti sejuk.

 spare kit

 
tubing

Lepas tu masalah bateri pula. Tak boleh charge sebab dah longgar. Maybe sebab pernah terjatuh or terhentak sikit. Sensitif sikit kan fs ni. Tapi tak pernahlah jatuh dati tempat yang tingg.
Masa ni aku dah rasa stress kot!!! Kalau dah problem bateri, nak kena beli bateri baru berpeluhhhh weeeiiii....
aku tengok harga bateri pun dah RM300++.
Hambeekkk ko nak pakai sangat fs kannn...maintanance pun tinggi la jugakkkk.

Tapi ada aku baca review orang, dah pakai 4 tahun pun masih elok tak pernah antar servis.
Nasib tak menyebelahi aku la niiii...

Berbalik pada masalah bateri tu, bila aku google....ada yang kata sebab bateri longgar.
Aku pun try test lekat kertas celah bateri tu, dah charge semula....
dekat skrin tu akan keluar Batt ni dah berkelip banyak kali....
Aku biarkan charge lama-lama...
alhamdulillah, bateri dah ok semula....selamatttt duit aku.

sekarang ni timbul lagi masalah....gggrrrrr
maybe kali ni dah tiba masanya pam aku kena antar servis. dah hampir 3 tahun pun berkhidmat dengan aku.
skrg ni di opis aku pam dapat 3oz je waktu pg sedangkan aku rasa masih ada lagi susu yang tak keluar....biasanya waktu pepagi camni aku bole dapat 5-7 oz..
suction makin perlahannnn.....hasil pun makin kurang.

breastpump yang kedua, event manual yang dah lama tak pakai.
jadi bila dah lama tak pakai, maka aku pun malasssss la kan nak guna yang manual

tanpa berfikir panjang, terus aku google cari breastpump baru....hahaha....
bengang punya pasal....
baca beberapa review,  terus decide beli Lacte Solo dekat Fabulous Mom.
Aku amik single pam je sebab bujet pun dalam RM200 camtu je kan.
Niat hati nak ambil je double tapi rasa membazir lak sebab fs ni pun kan dah double.
Fs ni nanti aku nak pergi hantar servis, tapi maybe lambat skit sebab dah beli Lacte ni kan..
Servis pun dah RM100, servis jeeerrr.....belum tukar apa-apa spare part lagi [kalau ada part yang rosak]

aku survey dekat Littlewhiz pun murah jugak, harga RM189 tapi takde free gift la..
dekat fabulous mom harga RM199 dapat free gift seperti berikut:

FREE 1 x Jingle Jungle Breastmilk Storage Milkbags (25's) worth RM14.90
FREE Joy Angel - Nursing Tea (10 Tea Bags) worth RM21.90
FREE 1 x USB cable worth RM18

so aku decide beli dekat fabulous mom je sebab nampak untung di situ :-)
dah campur dengan postage RM208.50. Tak sabar lak nak tengok macam mana perfomance Lacte Solo ni....lepas guna aku bagi review k !! Pam ni boleh tinggalkan dekat opis je, tak yah la dok angkut pam pegi balik opis kann...di rumah boleh pakai fs...lagipun di rumah jarang pakai pam sebab ada pam yang lagi powerrrrr iaitu anak aku adeya tu la kikiki.....


  breastpump pertama


 breastpump ke2



breastpump ke 3

Comments

  1. Nad pakai Avent Manual...
    Senang sebab ringkas dan cepat dapat susu...

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale