homeschooling: kelas mewarna guna watercolour


dah lama tak buat aktiviti dengan anak-anak.
dah balik keje, mama dengan ayah dah penat...
hari cuti pulak dah penat berniaga kan...
takde mood nak buat apa-apa aktiviti
kadang-kadang biarkan je anak main mainan mereka sendiri

alahaiiii....kesian dekat anak-anak, takde aktiviti menarik

jadi, si mama pun gigih mencari idea nak buat aktiviti apa..
terus dapat idea nak buat aktiviti mewarna guna watercolour
gigih pegi belikan watercolour dekat kedai stationery, tak jauh dari opis
aku pun beli kaler jenama BUNCHO berharga RM16.50
tertiba teringat zaman sekolah.....guna watercolour masa zaman sekolah je..
ada yang water colour yang lebih murah, comel-comel siap ada gambar kartun
tapi aku beli  BUNCHO ni sebab disahkan selamat digunakan untuk kanak-kanak [ada tertulis di atas kotak]
dah la masa beli kaler tu boleh lak tersilap
nak beli watercolour boleh lak terbeli crayon
dah balik umah baru perasan, esoknya pegi tukar...nasib tak buka bungkusan plastik lagi

gambar thomas tu, aku print dari internet je....
kan si kakak awliya tu sukaaa sangatttt dengan thomas kan..
dalam pukul 9.00 malam, aku pun ajak si kakak mewarna
wahhh...bukan main sukaaa
selalu kaler guna pencil kaler atau crayon je
so, bila nampak yang lain sikit, excited lebey la kan...

banyak kebaikan kalau kita dapat buat aktiviti seni ni :

anak lebih gembira
ya, itu ekspresi muka kakak awliya bila aku ajak dia mewarna. sangat gembira...
siap cakap 'wahhhhhh'.....banyaknya kaler....kakak nak kaler pink'

fokus
yang aku perasan, bebudak ni cepat fokus kalau dia gembira atau suka buat sesuatu perkara tu. 
Ini dapat melatih untuk dia memberi tumpuan dalam pelajaran bila masuk alam persekolahan nanti kan.

meningkatkan skil motor halus
aktiviti seni dan kraf sangat penting bagi meningkatkan skil motor halus anak-anak. Memegang benda kecil dan halus, menggunting, menampal antara latihan yang dapat melatih skil motor halusnya. Ini sangat penting kerana jika otot-otot kecil seperti di jari tidak digerakkan dan dilatih, anak akan sukar membuat aktiviti seperti menulis, mewarna atau membutang baju. [sumber]

berfikiran kreatif
aktiviti seni begini bukan sahaja dapat meningkat kemahiran menyelesaikan masalah, tapi dapat juga dapat melatih anak kita berfikir secara kreatif kerana aktiviti seni ini sebenarnya menggerakkan otak kanan anak itu sendiri (otak kreatif)

mengeratkan siratulrahim
yang ni memang tak dapat dinafikan la kan....hubungan mak dengan anak makin rapat dan mesra gitewww....kesian kan, seharian diaorang dekat rumah pengasuh, jadi aktiviti begini la dapat merapatkan anak dengan ibubapa. Salah satu cara untuk kita tunjukkan yang kita rinduuuu dan sayangggg mereka :-)

kurangkan layan smartphone
awliya ni kalau tak de aktiviti, suka sangat la melayan youtube..tengok kartun tu la, ini la...kadang-kadang sampai gaduh dengan mama pasal henpon...ye la, bateri sampai dah abis asik mengadap je keje dia...bila ada aktiviti, sikit pun tak kisah dengan henpon....huhu

 
 'mama....kakak ready'


dah peminat kaler pink kannn.....kaler pink lah yang dicapai dulu





fokus


eh...ada ke thomas kaler pink???






 
pelajar paling banyakkkk main dalam kelas


 
yeayyy....kelas dah abis !!!!


si kakak awliya ni masa mama ada elok je dia mewarna...
sekejap je tinggalkan sebab adik nak menyusu
tak lama lepas tu dia datang dekat mama sambil tunjuk tangan dia yang penuh dengan kaler pink
adoiiii....kakak celup tangan dalam kaler yeeerrr !!! kreatif sunguhhhh.............
sabor je laaaa.....

Comments

  1. seronoknya...bila dah sampai waktu besar sikit...byk aktiviti dah boleh plan untuk anak-anak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale