shopping di LAZADA

banyak kali buka page LAZADA ni, tapi tak pernah membeli.
so, new year kan ada sale...tangan ni pun gatal la buka page LAZADA lagi.
terus je klik item yang dalam wishlist haha
bujet macam banyak duit je time beli tu....
abis la ko hani makan biskut kering lepas shopping!!

pengalaman shooping dekat LAZADA ni, pada aku servis diaorang ok.
penghantaran cepat.
diaorang pulak sentiasa update status barang melalui email.
contohnya bila barang tu ready untuk dipos.
bila barang dah sampai pun diaorang akan update dalam email kita menyatakan kesemua barang telah dibuat penghantaran.
boleh cash on delivery juga, tapi ada juga sesetengah item yang tak boleh cod.

ni barang dalam wishlist aku...hehe
letak dalam wishlist sebab masa tu belum gaji kan.
sekarang baru dapat grab semua wishlist aku....hoooreyyy!


Digital Body Weight, Fat, Water, Mass & Density Scale
RM50

kat rumah ada je penimbang, tapi yang manual tu je la...yang jarum gerak...tu pun angkut dari rumah mak hihi...lama dahhhhh.....
kali ni nak bertukar pulak yang digital, senang sikit.
lepas beli baru cakap kat asben...bagi alasan senang nak timbang anak...kalau yang lama, dok begoyang-goyang la jarum tu sebab anak taknak dok diam kan.
boleh pantau berat anak-anak kan * yang sebenarnya mak yang nak timbang lebehhh :)
penimbang ni boleh kira body weight, fat percantage, water content, bone weight dan muscle percentage.


 Faber Stand Mixer FM 533 5.0L 250W S/S
RM145
stand mixer ni dah lama nak beli....sebelum ni pakai hand mixer je.
selalu mengadu dekat asben tangan lenguh masa nak buat kek
hakhak buat kek tak seberapa, mengada je lebih nak lenguh bagai kannn
akhirnya dapat juga beli huhu...tapi tak tau la bila masa nak buat kek lagi haha....
buat tak buat belakang cite, yang penting beli dulu....-_-
mood rajin sila la datang kepadaku.........!!!!!!!!


Kids' Learning Laptop with Music
RM21.90
 
dah nama mak kan, kalau beli barang sendiri...mesti teringat kat anak juga, nak juga belikan barang untuk anak tersayang. si kakak awliya kan suka thomas, belikan yang ni sebab ada gambar thomas.
laptop learning ni bole belaja ABC tapi yang tak best mandarin dan english.
on je dah memang set bahasa mandarin, kena tekan button english baru bertukar.
kompem la anak aku kang pandai sebut ABC dalam mandarin weiii...


Premium 5 Slot Multipurpose Broom Hanger
 RM26

ni pula beli sebab nak organize sikit penyapu dan mop semua.
rimas dan sakit mata takde tempat nak letak.

cukup la barang ni je dulu aku shopping kat LAZADA, next time ada offer best lagi..boleh sambung shopping hehe.
pada aku kalau nak beli dekat LAZADA ni kena tengok kali sebab harga kadang-kadang berbeza sebab company lain-lain kan...walaupun benda yang korang nak beli tu sebijik sejebon benda yang sama.

memandangkan aku beli 4 barang, aku terima barang pun hari yang berbeza kerana barang aku dipos secara berasingan [company lain-lain]...tapi jangan risau, tiada caj penghantaran tambahan yang dikenakan.
so total aku berbelanja di LAZADA adalah sebanyak RM242.90 tapi aku ada voucher RM10 sebab sign up dekat LAZADA kan dapat voucher free. Aku ingatkan voucher ni dah xpired, lepas sign up voucher kena guna dalam masa sebulan. Lama dah kot aku dapat tapi tak guna pun. Bila aku membeli kat LAZADA ni aku pun saje try masukkan kpd voucher tu...ehhh masih valid rupanya walaupun dah melebihi tempoh sebulan...yeayy dapat gak tolak RM10 dari total pembelian tadi.
jadi aku bayar RM232.90 jeww....



Comments

  1. Nak tanye. Kos pghantaran lazada memang free ke? Nanti bler brang dah smpai,dia ada mintak duit tmbhan tak

    ReplyDelete
  2. Nak tanye. Kos pghantaran lazada memang free ke? Nanti bler brang dah smpai,dia ada mintak duit tmbhan tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok brg juga...ada free ada tak...slalu klu time promotion tu mmg free..setakat ni tak pernah lazada minta duit tambahan...harga yang dinyatakan, itulah harga yang sy bayar...

      Delete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu