tips naik bas dari airport ho chi minh ke bent thant market

kali ni aku share tip berjimat cermat di ho chi minh, vietnam.
biasanya kita akan naik teksi dari airport ke hotel kan.
dan selalunya kita akan menginap di hotel sekitar pasar bent thant tu.

masa kali pertama dan kedua aku datang ke hcmc ni, aku memang naik teksi.
tambang sekitar RM25 camtu.
kali pertama tu kena tipu dengan teksi Vinasun....
siap nak turunkan aku n the geng dekat tepi jalan lagi sebab tak setuju dgn harga yang dia bagi..
masa mula naik kata guna meter...ceh kurang ajar betul..bayor je la kan, first time la katakan...
kali kedua ke sini baru dapat teksi yang ikut meter..

jadi kali ke tiga aku pergi bulan April 2015 yang lepas, kali ni aku saja nak try naik bas pula.
nak merasa pengalaman naik bas di hcmc disamping untuk berjimat cermat hehe :):)
lagipun aku pergi berdua dengan adik je, hanya bawa backpack...sebab pergi 2 hari 1 malam kan..
so kami rasa macam membazir je naik teksi....

aku pun tanya la encik google dan baca beberapa blog untuk dapatkan sedikit panduan. eh, macam senang je naik bas ni....

bila kami sampai di airport hcmc ni, keluar dari pintu airport nanti, belok ke kanan....sampai jumpa Burger King.
berhadapan burger king tu [seberang jalan], korang akan nampak bus menunggu di tepi jalan.


tips naik bas bent thant


tips naik bas bent thant



tips naik bas bent thant

pastikan naik bas bernombor 152 untuk ke Bent Thant market di mana merupakan perhentian yang terakhir untuk perjalanan bas ni. so tak yah la risau nak tekan loceng kat mana kan. bas ni pun tak perlu tunggu lama...tapi kalau korang menginap selain dari kawasan bent thant market tu, jangan tanya aku macam mana naik bas mana k! sebab aku pun tak tau hihi..

tips naik bas bent thant

tambang sebanyak 5,000 Dong...lebih kurang 90 sen duit kita (ikut pertukaran duit masa ni). tapi kalau bawa beg besar macam beg tarik tu, driver akan charge 5,000 dong lagi. dikira 1 tempat duduk la kan....
pastikan bagi duit cukup-cukup dekat driver bas ni.
sebab pengalaman kali kedua aku naik bas ni, masa tu aku bawa beg tarik besar...bagi 20,000 dong, sepatutnya ada balance 5,000 dong...dia tak pulangkan,
tapi tiket hanya keluarkan 3 keping je untuk aku, adik dan beg lugage tu.
aku malas nak minta....lagipun susah nak berkomunikasi dengan diaorang ni, bukan pandai cakap omputih pun. lagipun 90 sen je kan...kira sedekah je la. kalau RM9 tu aku berkeras gak minta huhu.

jimatttt kannnn....kalau naik teksi kompem kena RM20++ dah.

nasib baik aku memang ada duit kecil lebihan masa datang sini 2 tahun yang lepas.
jadi korang kalau ada duit kecil tu janganlah biarkan merata-rata, simpan elok-elok untuk digunakan dalam trip yang seterusnya kalau ke sini lagi.



bila nampak patung kuda ni kat tengah roundbout, dah nak sampai la tu. 









stesen bas terakhir



 belakang tu bent thant market

untuk melintas jalan raya di sini, gunakanlah skill yang ada dengan melintas tanpa ada perasaan takut.
buat macam berani je tauuu...hihi [walaupun dalam hati 'ya allah, takutnya nak melintas]
janganlah tunggu sampai takde kenderaan baru nak melintas, sebab sampai malam la korang kena tunggu kat situ.....jangan risau, diaorang ni klu nampak org melintas baru diaorang slow....

sekian tips berjimat dari saya...hehe
nanti aku share lagi apa yg boleh dijimatkan di hcm ok!!

Comments

  1. seronoknya mengembara berdua...setakat nak membeli belah 2 hari pun dah cukupkan.

    ReplyDelete
  2. ahaks...pegi HCM mcm balik kampung je hihihi

    ReplyDelete
  3. Hani..setuju sgt...better naik bas je mudah dan murah...akak 2 kali naik teksi asyik kena tipu je...tapi ntah bila nk ke HCM lagi

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu