::setelah 6 bulan jadi pendatang tanpa izin =)

hampir 6 bulan juga aku takde kad pengenalan hehehe...
dah rupa macam pendatang asing pulakkk
sebenarnya aku tak pasti ic aku tercicir di mana...
last ada masa aku renew lesen memandu di pejabat pos
keesokkannya bila aku perasan ic aku dah takde, aku try call pejebat pos tu
bertanyakan jika ada ic aku tertinggal di sana..
staff pejabat pos tu maklumkan pada aku memang ada ic yang tertinggal tapi ic lelaki...
huhu maknanya takde la ic aku kan...

blurrr...tak tahu nak cari kat mana
sebelum aku decide buat ic baru....aku nak try cari la dulu kononnya..=)
tu yang makan masa sampai 6 bulan hahaha
bila akhirnya tak jumpa juga, aku redha je la bayar denda
sebab banyak urusan tergendala sebab takde IC kan..
dah pegang ic selama 22 tahun, ni la kali pertama aku hilangkan ic....=(

last week kebetulan aku cuti masa hari pertama sesi persekolahan 2016 dibuka,
sebelah petang aku ajak asben ke UTC Pudu Sentral untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara.
masa tu sampai dalam pukul 1.30 petang...
masa sampai kaunter nombor petugas tu bagi nombor je..
aku tanya gak 'eh...tak perlu isi borang ke encik'?
dia kata ic hilang sebab apa? ada bawa report polis ke?
aku cakap la hilang sebab kecuaian sendiri...so takde la buat report polis.
'ooo...macam tu tak perlu borang'..petugas tu bagitau dan terus beri nombor giliran...
aku kena tunggu 63 nombor lagi...
tapi oklah JPN UTC ni...kaunter banyak dan cepat
dalam 1 jam aku tunggu, nombor aku pun dipanggil
urusan di kaunter cepat je...ada la dalam 5 minit jeee....
selesaikan urusan bayaran denda sekali...hambek kaww bayar denda RM100 + RM10 (wang proses)
nasib bukan bayar RM1000...kalau tak mau nangis kat kaunter tu jugaakkk tauuu...
sebelum beredar. siap staff tu bagi nasihat dekat aku
'lepas ni jaga ic elok-elok yeee....nanti kalau dah hilang kali ke 3, kena denda 1000'
hehe.....baik incik!!



lepas urusan di kaunter, aku kena tunggu lagi untuk sesi tangkap gambar pula...
tunggu la dalam 10 min....
setel semua, aku dah boleh ambil ic dalam masa 2 jam lagi...
sementara menunggu tu kitaorang pergi makan di cafe di tangkat atas bangunan UTC tu...
hampir 4.30 petang, dah boleh claim kad pengenalan yang baru..

yeayyy....saya dah jadi warganegara Malaysia semula...
hak!hak!


Kadar bayaran denda

sumber: SINI

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu