Friday, January 8, 2016

1st day sesi persekolahan 2016

Seminggu sudah sesi persekolahan 2016 bermula.
Alhamdulillah, hari pertama hantar kakak awliya ke sekolah, aku dan asben tak tunggu pun.
Lagipun masa hari pertama persekolahan tu, kami baru sampai dari Ipoh pukul 8.00 pagi.
Kelam kabut siapkan kakak awliya, 8.45 pagi baru sampai sekolah.
Nasib baik hari pertama, takpe lah datang lambat sikit kan. 
Hari pertama awliya tak pakai uniform lagi sebab belum ambil lagi. Bila tengok bebudak lain kebanyakkan dah pakai uniform. Mesti diaorg dah amik awal-awal. Kemudian baru teacher suruh aku amik uniform awliya. Aku antara orang yang lambat la kot amik uniform ni hehe...

2 pasang baju
1 pasang pakaian sukan
2 helai tudung
Beg

Aku tengok ramai juga parents dalam kelas bersama anak masing-masing.  Kesian juga dekat kakak awliya sebab aku tak tunggu dia. Tapi dia macam ok je, happy je dengan teacher. Lagipun dia kan dah pergi orientasi sekolah hari tu selama 3 hari, dah kenal teacher dan kawan-kawan. Bila aku kata pada kakak awliya 'mama balik ye'? Petang nanti mama amik ye.
Dia pun jawab 'ok'.
Lega hati mama!
Mama tahu kakak awliya pandai bawa diri.

Sebenarnya bukan tak nak tunggu dia, tapi badan rasa penat dan mengantuk sangat. Ye la kan baru sampai dari kampung. 
Nasib mood awliya ok je masa ni. Dia memang tidur je sepanjang perjalanan balik. Letih sangat pagi Ahad tu kami pergi berkelah.

Hari ni aku terpaksa apply cuti je (EL la nampaknya sebab sebelum ni tak plan pun nak cuti)

Balik rumah, rehat sekejap kemudian petang tu kami ke JPN untuk buat IC baru...yang lama punya hilang sudahhhh....
Alang-alang dah cuti kan, setelkan benda yang dah lama tertangguh ni. Sebab tu juga la tak dapat nak temankan awliya.

Balik dari JPN terus ambil awliya.
Happy je dia.
Semangat nak pergi sekolah lagi.
Belajar rajin2 ye sayang.

Dah 4y...
Kalau ikut bulan belum cecah 4y lagi :)

Ceria je
Besar dah anak mama sorang ni...
Dah pegi sekolah pun...

Tuhanku....peliharalah anakku walau di mana dia berada. AMIN





1 comment:

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...