pengalaman pertama kali naik UBER

aku pun baru je tahu pasal UBER ni...
itupun adik aku yang bercerita....then pernah la dengar dekat berita sejak ada isu
pemandu teksi mogok disebabkan perkhidmatan UBER ni...
tapi aku tak ambil peduli pun...malas nak ambil tahu hehehe...

sampaila aku plan nak pergi bercuti ke Langkawi baru-baru ni...
masa ni pergi dengan asben dan anak-anak..
then barulah terpikir nak gunakan UBER ni nak ke klia nanti..
masa ni barulah sibuk mentelaah macam mana nak gunakan perkhidmatan UBER ni...

bila dah dapat info sedikit, aku pun mulalah download application UBER ni...
masa aku google, aku jumpa satu blog pemandu uber yang bagi voucher CODE dan dapat rebate RM60 untuk kali pertama gunakan perkhidmatan UBER ni...
so better gunakan sepenuhnya untuk perjalanan jauh sedikit..
kalau takat pegi taman sebelah je, membazir je ko gunakan voucher ni sebab kalau tak sampai
RM60 penggunaannya, ko bukan boleh dapat baki pun..
tapi kalau terlebih ko kena la top up lebihan tu kan...

so, aku cadang guna voucher ni untuk perjalan dari klia2 - seri kembangan (rumah aku)
sebab aku pikir senang sikit, keluar dari balai ketibaan terus naik UBER sampai ke rumah...
dengan bawa beg lagi, barang-barang shopping (of course la kan kalau dah ke Langkawi...heeee)
dan bawa anak2...masing-masing dah tentu penat..
agak leceh kalau naik bas atau erl
nak naik teksi dah tentu mahal...
so pilihan yang tepat untuk aku cuba naik uber untuk pertama kali dengan mengguna voucher yang dapat free tu..

sebelum tiba di pintu ketibaan, aku terus booked melalui application...
mudah sangat, dan masa yang sama...UBER memang telah berada di pintu berkenaan..
so aku tak perlu menunggu pun..
masa ni aku booked kereta UBERX di mana kereta biasa2 je la...
dapat MYVI, dipandu seorang driver lelaki cina..
kereta pun bersih...
sangat helpful, tolong masukkan beg kami (yang banyak tu) dalam kereta..
cuma sepanjang perjalanan driver tak bersembang sangat...
aku tak pasti sama ada dia tak friendly atau  maybe tengok kami masa tu kepenatan...
dengan kakak awliya yang tengah meragam...

alhamdulillah perjalanan selamat sehingga ke pintu lift apartment kami.
hanya 1 jam dari KLIA2 - Seri Kembangan
pernah juga baca ada pemandu UBER tak tahu jalan...
so far yang aku naik ni ok, driver ikut waze yang bawa jalan paling dekat...

ni resit yang akan dihantar oleh pihak UBER ke email kita....
so korang boleh check semua...
charge yang dikenakan adalah termasuk bayaran tol
total charge adalah RM87.90 dan tolak voucher RM60 tu aku cuma perlu RM27.90 sahaja...untung kannnn...

so far, untuk kali pertama ni aku berpuas hati gunakan UBER...
insha allah akan gunakan UBER lagi next time....
servis pantas dan yang penting MURAH berbanding teksi..

Comments

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu