Posts

car boot sale bandar baru bangi

Image
seperti biasa, aktiviti kami pada hari minggu adalah join car boot sale...dah jadi macam peniaga tetap pulak dah hehe. ye la, dari duduk rumah takde buat apa-apa (eh! ada ke isteri2 yang dok umah takde buat apa2?? huhu...rasanya takde. tak cukup tangan nak buat keje lagi ada la kannn.... tapi sebab seronok join cbs ni, gagahkan juga join sambil nak menghabiskan barang2 jualan. maybe nanti dah takde barang nak jual, baru stop kot! so, minggu ni kami try pergi tempat baru iaitu car boot sale bandar baru bangi. Tempat ni baru 3 minggu dibuka. Lokasinya di tempat letak kereta Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9 betul2 di sebelah kompleks PKNS Bangi. Bayaran tapak masih lagi harga promosi iaitu RM10. Kebetulan tengok di fb admin menyatakan minggu ni ada pertandingan suara burung di taman sebelah dimana sebanyak 800 penyertaan. jadi kemungkinan jumlah pengunjung ramai. Jadi kami pun saje nak try tempat ni sebab pernah dengar orang bagi feedback yang bagus. Sampai sana dalam pukul ...

Jubah sedondon ibu & anak (pre order)

Image
masih lagi mencari-cari baju raya sedondon untuk ibu dan anak? nak tempah...tailor dah terima tempahan dah? beli je yang dah siap...mudah kan!!!! baju hani dan awliya pakai ni adalah jenis jubah material kain dari kualiti satin...jenis berat so bila pakai terletak je. selalu kalau satin murah, kita pakai akan panas kan....tp yang ni satin lembut je...kurang panas hani jarang beli jubah sebab selalu jubah kalau nak beli mesti kena oter dulu biasalah kita ni nkan insan yang tak berapa nak tinggi hehe tapi bila pakai yang ni, eh...eh...ngam-ngam je tak perlu nak oter labuh, bahu, panjang lengan semua dah ngam suka....suka jubah ni ada butang di dada bagi memudahkan untuk breastfeed anak (bf friendly) dan ada zip di tangan (wuduk friendly) bila testimoni pakai sendiri puas hati....barulah berani nak open order dekat orang kan! ada 5 pilihan warna::grey, coklat, biru turqoise, purple, peach dan maroon (tiada dlm gambar) saiz anak::2,4,6,8,10,1...

short travel

Image
live update dari klia2.. bosan tunggu flight delay ni.. patutnya berlepas pukul 2.55 petang tapi sekarang dah pukul 3.15 petang. kemana hani kali ni???? hehe...short travel je... pegi hari, esok balik la.. sedih pulak tengok #adeya nangis nak ikut. sebab dia juga la travel ni tak boleh lama kesian dekat anak-anak terutama adeya yang masih menyusu badan sepenuhnya. esok mama balik yerrr sayang....

Dekorasi::Ruang Tamu

Image
assalammualaikum semua, dah lama nak share tentang dekorasi rumah walaupun aku tak pandai pun bab-bab dekorasi ni tapi aku sukaaaaa baca tentang dekorasi terutama dekat blog dan majalah kali ni aku nak share dekorasi ruang tamu rumah aku... tema rumah aku kononnya moden kontemporari  la sangattttt :):) sebenarnya belasahhhh je. dah lama nak share tapi tak berkesempatan nak snap gambar je biasalah bila ada anak-anak kecil ni, rumah memang bersepah macam tongkang pecah ni pun aku dapat snap gambar masa anak-anak sedang tidur dapatlah kemas apa-apa yang patut kan, baru la semangat nak snap gambar lepas diaorang bangun, keadaan jadi macam asal semula...kadang-kadang macam dilanda todak hakhak!!! rumah aku jenis kondominium dengan keluasan 1100 kaki persegi tak besar mana tapi alhamdulillah, inilah syurga kami sekeluarga dekorasi ruang tamu aku biasa-biasa je, rumah kecil kan...nak hias lebih-lebih pun tak boleh sangat, agak terhad.... ni kalau nak beli perabu...

Review filem Fast & Furios 7

Image
hampir 4 tahun saya dan asben tak tengok wayang....sobs sobs sedihnya. tidak berkesempatan. tapi kali ni nekad nak juga tengok wayang bila keluar cerita fast furious 7 ni. masa episod 6, tak dapat tengok jugak. i mean tengok wayang laaa....kalau tengok yang download tu ada la. samemang kami adalah peminat 'action movie' kalau tengok action movie ni baru gempakkk tengok kat panggung kannn.....!!! kebetulan jumaat lepas, mak dan adik saya datang ke rumah.. dan kami takde apa-apa aktiviti pun hari sabtu, lepas ambil peluang pergi tengok filem ni . anak-anak tinggal dengan opah yerrrr.....hehehe. so far, filem fast & furiuos tidak  pernah mengecewakan penonton.  sebelum korang nak tengok cerita ni, pastikan korang dah tengok semua siri fast & furiuos atau sekurang-kurangnya korang dah tengok Fast & Furious 3:Tokyo Driff. sebab cerita ni adalah kesinambungan dari part tersebut. kalau tak nanti blurrr...eh, bila dia ni m...

CPUV dari Nuffnang

Image
campaign yang masih on going dah hampir 5 tahun aku berblog asalnya aku sekadar suka-suka je nak tulis pasal peribadi je, macam tulis diari kononnya!! walaupun aku ni tak pandai pun nak karang ayat-ayat ni. maklum la, orang kerja bidang IT memang fail bab buat ayat..buat coding pandai la [walaupun tak berapa nak pandai sangat pun....hehe] aku daftar nuffnang pun sekadar ikut orang, sebab tengok kebanyakkan blog mesti ada akaun nuffnamg ni. ye aku tahu, kita boleh buat duit dengan blog tapi aku macam tak berminat dan malas menguasai diri. tulis blog pun ikut suka hati je, bila ada mood tulis....baru aku tulis. bila takde mood, berkurun la balik nak menulis. lepas aku terima offer masukkan iklan Zalora dalam blog, barulah rasa macam 'eh....seronoknya, dengan blog boleh buat duit la'. Lepas Zalora, ada sebuah butik kanak-kanak pula minta aku buat link pada blog diaorang, Ada la dapat 'upah' sikit kan, tak banyak pun tapi alhamdulillah...sape nak bagi kan. S...

Dakwaan minuman pribiotik menyebabkan kanser??

Image
Baru-baru ni sudah menjadi 'viral' dakwaan minuman pribiotik boleh menyebabkan kanser. Mulanya aku pun agak terkejut dan risau sebab selalu juga bagi anak-anak aku yakult, solivite dan nutrigen. Tapi bukanlah setiap hari, sekali sekala je, dan anak-anak aku memang suka sangat termasuklah yogurt. credit to: Dr. Zubaidi [rujuk di SINI ] Lepas baca apa yang Dr. Zubaidi catatkan dalam blog beliau, agak lega di situ. Menurut Dr Zubaidi, kuman pribiotik dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat termasuk wanita hamil dan menyusukan anak. Namun minuman tersebut tidak sesuai untuk bagi individu yang mempunyai daya tahan yang lemah kerana kuman pribiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah. Ini termasuk: 1. Pesakit HIV/AIDS 2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan 3. Pe...