car boot sale bandar baru bangi
ye la, dari duduk rumah takde buat apa-apa (eh! ada ke isteri2 yang dok umah takde buat apa2?? huhu...rasanya takde. tak cukup tangan nak buat keje lagi ada la kannn....
tapi sebab seronok join cbs ni, gagahkan juga join sambil nak menghabiskan barang2 jualan. maybe nanti dah takde barang nak jual, baru stop kot!
so, minggu ni kami try pergi tempat baru iaitu car boot sale bandar baru bangi. Tempat ni baru 3 minggu dibuka. Lokasinya di tempat letak kereta Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9 betul2 di sebelah kompleks PKNS Bangi. Bayaran tapak masih lagi harga promosi iaitu RM10.
Kebetulan tengok di fb admin menyatakan minggu ni ada pertandingan suara burung di taman sebelah dimana sebanyak 800 penyertaan. jadi kemungkinan jumlah pengunjung ramai.
Jadi kami pun saje nak try tempat ni sebab pernah dengar orang bagi feedback yang bagus.
Sampai sana dalam pukul 7.20 pagi, tak ramai sangat peniaga masa ni. Dekat pukul 8.00 pagi barulah agak penuh kawasan parking yang hanya memuatkan 25 peniaga sahaja. Kawasan ni agak happening, kawasam taman la katakan...memang ramai yang bawa ahli keluarga beriadah. Best juga bawa budak2 ke sini, boleh main bubble, naik basikal, main kereta kontrol...
cuma sale dekat sini agak kurenggg....walaupun mggu ni minggu dah gaji bagi orang keje gomen. Biasalah tu kan, adat berniaga, kadang kala untung, ada kalanya rugi. orang mmg ramai tapi tidak membeli sangat. Lagi aku rasa tpt sini agak terhad kawasan parkingnya. jadi orang pun malas nak singgah, macam sesak nak masuk ke dalam kawasan taman. ni pendapat aku je laaa....
biasalah tempat baru kan....maybe dah lama nanti makin ramai pengunjung.
sambil berniaga, aku bawa anak2 beriadah juga. anak2 dah mengamuk nak naik kereta control ni, layankan je laaa....janji diaorang happy kan!
muka puas ati dapat naik
sempat juga aku sambar tabung gergasi, agak unik. besarnya separuh dari badan adeya...hehe.
tabung ni aku dapat harga murah sikit sebab reject...atas kepala minion tu ada benjolan, tak kemas sangat la. Peniaga tu letak harga RM30....minta kurang dapat la RM25...
Harga asal sekitar RM70-RM80.
Bergantung pada design. Design tu kita boleh tempah, nak bentuk kartun ke, super hero ke, team bola ke, muka sendiri pun boleh...tp kalau muka sendiri tu takdelah dapat tiru sebijik kan...
Tabung ni juga kita boleh request nak lubangkan atau tidak. Lubang untuk keluarkan duit tu. Macam aku beli yang reject tu memang takde lubang, padan muka aku takleh nak kuarkan duit tu hahaha. aku kan tak disiplin sangat, kang kalau ada lubang cepat je aku keluarkan bila terdesak kuikui *lempang sikit
Mengikut kata brader yang jual tabung ni, jika tabung ni penuh dengan syiling...jumlahnya sekita RM2000 - RM3000. So korang boleh bayangkan macam mana besarnya tabung ni.
eh! takde lubang macam mana nak keluarkan duit bila penuh nanti??? jangan risau...tetap boleh keluarkan duit. Nanti nak lubangkan boleh jumpa abg ni semula dengan charge sebanyak rm5 sahaja untuk buat lubang atau boleh pergi mana-mana kedai besi.
Material tabung ni adalah dari besi tong gas....asalnya memang tong gas aircond tu.
dibersihkan dan dilukis bagi nampak cantik...tadaaaa dah jadi tabung. Proses untuk siapkan tabung ni makan masa 4 hari. Rumit juga kan, sebab tu mahal sedikit...handmade semuanya. Eh, macam aku lak yang menjual, detail aku bgtauuu...
adeya dah mula simpan duit....sehari singgit nanti dah besar baru bole buka yeee...
comelnya tabung tu..teringin nak beli..
ReplyDeletecik kamila,
Deleteklu nak beli, sy boleh orderkan sekali sebab adik sy pun nak beli juga
Sis.mcm mane nk order tabung ni?
Deletemcm mne nk oder tbung ni sis?harga brpa ye
DeleteBaru dapat tabung ni..berbaloi2 beli.mcm nak beli lagi..sape nak selit order boleh la whatapps 0173393918 nak beli utk both kids plak
Deleteas salam
ReplyDeletemcm mana nak join car boot sale nie
anim, kalau nak join...whatapps admin 011-22007730
Deletecomelnyaa...bestnya kalau dapat beli jugak.
ReplyDeletemmg comelkannn....tu yg hani pun terbeli jugaaa....walaupun tak tau la penuh ke tak tabung tu nanti hihi
Deletekak liza suka shopping di carboot sale bandar seri putra
ReplyDeletekak liza,
Deleteramai yg cakap di bandar seri putra best dan besar. teringin juga....insha allah nanti nak try join juga
Kat mana nak beli tabung tu ye kak? Cantik pulak tengok
ReplyDeleteMn nk bli..mcm best ja
ReplyDeleteSis ble pm no x..nk join gak cbs ni..tp slalu xtau kt mne yg ada..klu ble contact sis ble roger2 bila2 ada
ReplyDeletenk cuba juga ni
ReplyDeleteSaya nk bli tabung minion tu blh wasap sy tak 0176503272-azie
ReplyDeleteYou there, this is really good post here. Thanks for taking the time to post such valuable information. Quality content is what always gets the visitors coming. mobile car detailing perth
ReplyDelete