Monday, November 26, 2012

Pureen Warehouse Sale 24-25 Nov 2012

Semalam berkesempatan ke Pureen Warehouse Sale di PJ. Cadangnya nak pergi hari petang Sabtu, tapi disebabkan mak mertua ajak pergi konvoi hantar pengantin lelaki, terpaksa la plan ditunda ke hari Ahad.

Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi, terus cari parking berbayar kat bangunan sebelah. Tak sanggup nak parking jauh dan menapak. Sebab bawa si kecik tu kan, kesian kat mama awliya berjalan waktu panas tu.

Dulu masa preegy masa 5-6 bulan rasanya, pernah pergi sale ni. Konon datang pagi-pagi sebab ingat tak ramai orang. Bila dah sampai, mashaallah ramainya manusia dah tunggu depan pagar. Entah pukul berapa diaorg dah tunggu. Pagar pun tak buka lagi. Bila pagar dah buka, rasa macam nak terberanak kat situ jer bila kena himpit dengan bapak-bapak orang ni yang serbu nak masuk ke dalam. Tobattttt tak nak datang pagi Sabtu dah.

Hari Ahad ni, nasib baik orang pun tak ramai sangat, mudah juga nak membeli. Target hari ni nak mencari baju yang murah-murah je, dalam harga RM3 sehelai tu. Buat pakai kat rumah.

Kalau hari ahad, biasalah baju pun tinggal sisa-sisa jer. Banyak baju plain. Tak banyak pilihan. Dapatlah sambar sikit jer baju yang harga RM3, selebihnya grab baju RM10. Tengok dalam blog aty, banyak baju baby girl yang lawa-lawa yang aty dapat....huhuhu jeles la !!!!

Kalau masa preegy dulu boleh tunggu 4-5 jam, tapi sekarang ni dah tak boleh buat macam tu, kesian pada anak. Dah la kawasan kilan tu panas kan. Memang tak boleh nak duduk lama-lama. Capai je mana yang sempat.
Sesiapa yang pernah pegi mesti tahu keadaan sana macam mana kan. Orang ramai akan kaut semua baju masuk dalam beg plastik biru (yg macam ikea tu), lepas tu baru diaorg akan duduk tepi kaki lima dan mula sesi pemilihan baju. Baju yang diaorg tak nak akan ditinggalkan di situ juga. Kalau rajin, kita tunggu la sampai diaorg semua selesai, bolehlah kita pilih baju-baju tu. Itupun kalau ada yang lawa-lawa. Masa pegi dulu, en asben tolong carikan baju sekali, dapat la banyak bila dah kumpul-kumpulkan baju tu. Sekarang ni, hani kena cari sorang-sorang sebab en asben kena jaga anak hehe....

Dalam pukul 12.00 pm kami pun terus keluar dari kawasan tu. Lagipun kami nak kenduri lagi, memang masa agak terhad juga. Agak keciwa dengan hasil tangkapan hari ni. Lain kali kena pegi hari Sabtu la, baru boleh balik dgn gumbira....



Pamper - RM 24/pcs -beli 2 pek
Wet tisu besar - RM9 (harga luar RM11.90) - beli 2 pek
Wet tisu kecil - RM3 - beli 2 pek
Botol - RM16 - awliya dah pandai pegang botol sendiri, mama kena beli botol ada pemegang lak
Pencuci ABD - RM12 (harga luar RM17++) 
Pencuci botol - RM4






 Baju ni harga RM10 sepasang...tak banyak pilihan juga.



Ni pulak baju tidur harga RM15. Baju ni besar skit, kena tunggu awliya umur setahun baru boleh pakai. 





Ni pulak baju sehelai takde pasangan...harga RM 3


RM 3

Seluar panjang RM 3 sehelai



Total keseluruhan yang dilabur = RM295...haha dalam nak cepat tu pun dah cecah amaun tu, kalau dok lagi lama...semua benda hani beli kottt ekekeke....

4 comments:

  1. banyak gak u dapat baju...MG dapat skit ja..target nak beli size NB. Last2 dpt saiz S ja..nampaknya kena pi supermarket gak la pasni :)

    ReplyDelete
  2. mrs gold: tgk smlm nb xbanyak lak..ok jugak saiz s tu, baby cepat besar, kjap je nanti dah bole pakai..i lak nak cari baju besar skit, tp dah xbyk pilihan...sama la,kena g supermarket jg la nti..:-)

    ReplyDelete
  3. hani kak ita gi ari sabtu..sampai tak boleh nak ambil barang..baju rm3 tu banyak baju girl,kak ita tak tahu beby kak ita..so agak susah juga cari warna lain..tu pun beli juga tapi susah sikit nak cari pasangannya..ambil juga yg rm10 tu...ok lah kot..tapi tak jalan semua,beli baju,pempes,wet tisu,botol susu,dan banyak mandian dan sampoo..abis juga 200 lebih...tak larat lah kali ne ramai betul..ingat ujan orng tak ramai rupanya ramai...

    ReplyDelete
  4. Tu la kak ita, ramai kata byk baju baby girl...huhu...rugi tul x g ari sabtu...nyesal2 uuuwaaa....lain kali nak g ari sabtu la...

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...