Monday, June 17, 2013

Ho Chi Minh lagi...(Part II)

okeh...ni sambungan dari part I

mari kita sambung tempat-tempat yang telah menghabiskan duit kitaorang

Minh Collection
Kami terjumpa butik ni masa dok jalan-jalan dekat luar pasar ben thant. Minh collection antara yang popular jugak di kalangan orang m'sia. Kami pun try masuk, nak jamu mata.
Sekali aku ngan adik berkenan la pulak baju di sini. Jenis kain chiffon siap ada lining. Harga pun ok la, tak la mahal sangat USD 28 (RM85)

Eh..kat sini korang jangan takut nak masuk butik-butik ni sebab harga diaorang lebih kurang jer dengan kedai-kedai kecik tu. Lebih selesa nak pilih, ada aircond la katakan berbanding beli di kedai-kedai kecik tu. Boleh fitting terus. Di Minh Collection baju-bajunya lebih up to date. Cantik-cantik juga. Kalau telekung agak mahal kalau dalam butik ni.

 Baju kuning tu aku beli di Minh Collection

Kedai Hj. Halim
Kedai ni terjumpa masa jalan-jalan nak cari Taka Plaza tu. Aku beli baju jubah kain lycra untuk mak aku di sini. Harga RM50 seapsang. Puas ati...siap dengan manik-manik depan baju tu. Sekali dah balik m'sia aku nyesal pulak tak beli untuk diri sendiri punya. Mana dapat kat msia ni jubah siap manik meriah dgn harga camtu kan...haaa, kan dah nyesal. Lain kali kalau berkenan beli jer...

Selain tu, aku juga beli 2 pasang baju kurung siap bermanik jenis cotton (corak kotak kain pelekat) dan kain lycra. Kalau kain lycra ni best sebab tak yah gosok. Boleh buat pakai g keje kalau dah terbangun lambat kan. Baju kurung siap tu harganya RM55 sepasang.

Sebelum balik, Hj. Halim ni ada promote pakej ke Sg. Mekong dengan harga USD 25 (RM 75). Aku rekemenkan kat adik aku ngan K.Nor supaya pergi trip Sg. Mekong tu. Sekurang-kurangnya sampai sekali jgak ke sana. Rugi juga dah sampai Vietnam tapi tak pergi ke sana. Kalau hari-hari ngadap tempat shopping pun boring juga kan. Lagi satu, lebih elok pergi dengan trip orang Islam, senang..sebab pakej ni sekali dengan makan. So dah tentu bawa ke tempat makanan halal kan.

So, K.nor dan adik pun setuju nak pegi trip ni keesokkan harinya. Aku tak pergi lah sebab dah pernah pegi kan. Kalau dah 2x pergi memang dah rasa tak syok la kan. Sepanjang hari aku lepak dalam bilik jer menunggu kepulangan mereka berdua untuk sambung shopping.

Direction nak ke kedai Hj. Halim ni senang je:
1. Korang pergi luar pasar ben thant, cari gerai yang jual buah-buahan. (kalau tak tau nak keluar pintu mana, korang tawaf je pasar ni, kompen jumpa pnya)
2. Depan gerai tu ada simpang tiga.
3. Jalan depan skit je, dah nampak kedai ni sebelah kiri.





MAKANAN HALAL DI HCMC


Di kedai Hj. Halim juga ada Restoren Champa Hj. Halim di tingkat atas. Harga macam biasalah, agak mahal sikit. Sambil-sambil pilih kain, korang juga boleh pesan minuman. Tak perlu naik ke tingkat atas, nanti diaorng hantar je kat korang. Korang kan tetamu, minta je apa saja..pasti akan dilayan baik punyaaa.
Hj. Halim juga ada mengingatkan pada kitaorang jangan makan sebarangan di HCMC ni terutamanya makanan yang bukan orang Islam masak.

Kan aku ada cerita pasal adik ngan member aku join trip hj halim ke sg mekong kan...
Lepas abis trip tu, hj halim bawa diaorang makan kat restoren dia. [pakej tu sekali dengan makan]
Diaorang bagitau aku, sedap juga makanannya..cuma tomyam tu agak cair.
eh..lagi satu restoren ni katanya cantik...macam restoren high class la.


 

Depan kedai Hj. Halim ni pun ada satu restoren Serai. Dapat info dari seorang kakak yang pernah makan di kedai ni, katanya dulu sedap. Sekarang dah kurang sikit. Lupa lak nak tanya dari segi harga. Tapi biasalah kan, dah nama restoren..mesti la mahal skit.



Masa jalan-jalan, terjumpa restoren Nabil Biryani House di Jalan Trueng  Dinh, tak jauh juga dari hotel. Sori nak bagi direction tak reti sebab tak ingat hehe.


Tempat yang menjadi pilihan adalah kedai Hjh Basiroh yang terletak betul-betul depan hotel kami. Dari dulu lagi aku akan makan sini. Dulu kedai ni lagi kecik sebab berkongsi dengan kain baju dan  telekung. Sekarang kedai ni dibuat kedai makan je sebab hjh basiroh dah sewa kedai lain untuk jual baju/telekung tu. Amboiii detail betul aku cite huhu. Dari segi harga bolehlah, tak lah semahal makan kat restoren. Kalau ambil ayam dan sayur dalam 55 ribu dong (RM7-RM8). Cuma pilihan lauk kat sini tak banyak la. Kadang-kadang menu yang sama je. Ikan goreng, ayam goreng, kari ikan, sayur. Tapi bolehlah, aku ni bukan cerewet pasal makan, janji dapat isi perut dah bersyukur. Nak makan sedap-sedap, tggu makan kat negara sendiri la kan hehe. Kedai ni selalu penuh dengan orang-orang Msia je. Kerusi meja pun tak banyak. Kena tunggu turn. Tak pun kalau malas nak menunggu, korang tapau je makan kat hotel. Lagi senang kan.


Credit pic: blog Jari Manis 
(kak, saya pinjam gambar ye..lupa snap gambo kedai hjh basiroh ni hehe)


Aku makan nasi sehari sekali je. Bila waktu malam kitaorang makan bekalan yang dibawa. Kami memang bawa bekalan makanan macam megi, nasi impit, kuah kacang segera, roti+tuna...terlebih-lebih cukup utk kami bertiga sampaikan hari akhir kena buang sikit nasi impit dan roti sebab nak kurangkan ruang dalam beg [membazir sungguh]. So, kalau korang nak jimatkan duit...bawa la sedikit bekalan makanan ye.

Disebelah kedai Hjh Basiroh, ada restoren Kampung Melayu. Tapi setelah baca entry Jari Manis ni [link], kami pun tak berani nak makan dekat sini.

Di sana jangan lupa try sup dipanggil 'pho'. Dulu aku makan di kedai Hjh Basiroh tu. Tapi sekarang ni dah takde. Ada satu gerai kecil di tepi hotel kami (bertentangan dengan kedai hjh basiroh). Di situ ada juga nasi ayam, nasi goreng, nak juga bihun/keau tiau sup. Harga pun murah sikit berbanding kedai Hjh Basiroh tu. Aku memang suka sup kat sana....sedaaapppp weeeiii.Tu baru yang kat gerai kecik, kalau kat restoren mahal tu, mesti lagi sedap kot. Bihup sup kat sana dihidangkan bersama ulam-ulaman, tapi aku tak makan pun. Macam pelik lak makan sup sekali ngan ulam. Harga sup ni aku tak ingat la pulak, tapi murah je.


 
 


Kalau kat sana, korang kena try minum KOPI AIS tauuu...siyes aku cakap, kalah kopi kat Starbuck tu...Aku ni bukan la peminat kopi, tapi kopi vietnam ni buat aku jadi gian tauuu. Hari-hari nak minum. Walaupun aku tengah peknen skrg ni dan diberi amaran oleh nurse jangan minum kopi/teh...tapi aku buat-buat lupa je amaran tu kahkah. Bukan tiap-tiap bulan aku datang hcmc ni. Sekali datang mesti la nak minum kan kan !!!
Aku selalu beli kat kedai hjh basiroh tu. Ada juga aku beli dekat abg naik beskal pakai baju oren. Berpakaian bersih dan bertopi. Dia akan datang sekitar kawasan hotel. Perrgghhh kopi dia lagi sedapppp...aku rasa sekali sedut je dah boleh abis satu cawan tu [sampai skrg aku masih teringat kopi vietnam ni huhu]. Harga kopi ni dalam 20 ribu dong (RM4).


Masa pestime datang sini dulu, aku pernah makan kat VN Halal ni, tak jauh juga dari hotel kami. Sebaris dengan Baskin Robins. Jalan kaki 3 min je. Masa tu saje nak try makan di sini. Rasa ok la, sedap juga...maybe perut tengah lapar kot masa tu.


gambar lama ni...masa pestime dtg hcmc ni
(dari kiri: yana, jari manis, farah, aku)

 




Menu kami

Sebenarnya banyak lagi restoren makanan halal di sini. Cuma aku tak nak cerita la sebab aku tak jumpa pong...aku cite restoren mana yang aku nampak depan mata je la. Lagipun aku tak rajin nak jalan-jalan cari makan kat sini....aku lebih suka jalan-jalan buang duit a.k.a shopping.. ngeh ngeh [bujet macam orang kaya je nak buang duit].
Kesimpulannya, tak susah cari makanan halal di sini. Maybe zaman dulu susah, tapi sekarang ni senang je memandangkan kedatangan orang Msia terlalu ramai di sini, so permintaan untuk makanan halal pun tinggi kan. Jadi banyaklah restoren halal di buka. Sediakan duit sajalah hehe.

Ok, sekali lagi aku dah penat membebel. Aku dah cerita pasal hotel, tempat shopping dan kedai makanan halal. Nanti aku sambung lak pasal penggunaan mata wang. Yang mana satu untung guna RM ke, Dong ke atau USD ke????
Tapi aku cerita berdasarkan pengalaman aku je la. Maybe setiap orang, lain pendapat kan.
Haaa, lagi satu kisah pasal terlebih muatan (luggage) di airport. Bukan jadi pada kitaorang, tapi pada orang lain...boleh dijadikan panduan pada kita juga. Tunggu part III pulak yer....hehehe [jangan marah...byk beno sambungannya]












9 comments:

  1. huhu..nape dgn restoren melayu tu?
    akak pegi last month makan kat situ la

    ReplyDelete
  2. argh.. cofee sgt sdp.. air limau kt hajah basirah.. mee pho tu pon sdp..kitaorg suke makan kt vietnam delight.. super sdp.. huhuhu.. mmbe de ckp serai tu lg sdp dr vietnam delight..

    ReplyDelete
  3. kiranya trip kali ni byk shopping eh..

    tak sabar akak nk pegi bulan 10 nanti..nak jdkan entri ni sebagai rujukan :-)

    ReplyDelete
  4. kak Irfa: mber bgtau dia dpt info dr org tmpatan, owner restoren tu org bkn Islam dan tukang masak pn bukan Islam (setelah diambil alih). so sy pun was-was la nak mkn kat situ.

    ReplyDelete
  5. tiqah: kan...coffee sedap giler. xjmpa kat mana vietnam delight ari tu. next time klu g sana lagi, hani leh cuba juga

    ReplyDelete
  6. JM: mmg duit abis shppng je kak...Dong, USD ngan RM skali licin hehe..plan nak pegi lg sekali nanti hehe

    ReplyDelete
  7. Skdr kongsi pgalaman....tnya hjh.bashiroh ttg pemuda baju oren jual kopi tu....BUKAN islam..wp kopi cop halal...hjh dah report tp tiada tindakan....saya pun dah minum baru tanya...no more.
    Nabil beryani house tu mmg sedap...bln lepas mkn di situ n.beriani 2, tmbah nasi o & nescafe 2.....US 21....RM68...hampir demam dibuatnya.
    Mac ni g lagi dgn waspada.

    ReplyDelete
  8. Sori....web ni memang banyak membantu...specialnya siap direction.Tq

    ReplyDelete
  9. ade x contact no hj halim tu? klu ade bleh emelkn pd sy sabryna.winkwink@gmail.com

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...