Thursday, June 13, 2013

Ho Chi Minh lagi - Part I

Nak abiskan entry ni cepat-cepat, sebelum menjadi basi seperti entry travel sebelum ni hihihi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trip ke Ho Chi Minh kali ni merupakan kali ke 2 aku ke sana. Pertama kali pergi pada Feb 2012.
Kali ni kami pergi seramai 6 orang. Adik dan 4 orang rakan. Trip kami selama 5 hari 4 malam.

Flight kami pada 4/6/2013 pukul 7.40 pm. Perjalanan selama 2 jam dan sampai  di sana lebih kurang pukul 8.40 pm (waktu msia 9.40 pm). Selepas selesai urusan emigresen semua, kami terus ke taxi stand.

Masa nak naik teksi ni rasa fobia pula. Dulu pernah kena tipu dengan teksi Vinasun. Katanya nak guna meter, tapi bila dah separuh jalan, meter pun tak on. Last-last charge kami 260 ribu dong. Kami berkeras minta kurangkan harga, sebab biasanya tambang hanya sekitar 160 ribu dong sahaja. Last-last pemandu teksi tu nak turunkan kami tepi jalan. Kurang asam betul. Nak tak nak terpaksa juga bayar. Tapi kalau sekarang ada pemandu teksi camtu, aku rela turun lagi. Banyak lagi teksi yang boleh aku naik. Dulu pestime memang la penakut sikit kan.

Tapi masa nak naik teksi ni, kami nampak ada staff berbaju hijau tertera Mai Linh yang uruskan penumpang untuk naik teksi Mai Linh sahaja. Tapi macam kelam kabut je gayanya. Dengan kami pun buat tak layan je, bole lak layan orang lain. Isshh bengang juga. Akhirnya baru la layan kami setelah tunggu dalam 15 min. Kami bagitahu lokasi hotel dan dia terus uruskan teksi untuk kami. Hani tunjukkan alamat hotel dekat pemandu teksi tu. Kami menaiki teksi Mai Linh dengan tambang 141 ribu dong (lebih kurang RM21).


Hotel Hoang Hoi Long 2

Sampai je di hotel, aku terus tunjukkan reservation form dan tunggu untuk urusan bilik. Kemudian receptionist minta kesemua passport untuk simpanan pihak hotel. Aku hanya booked 2 bilik + extra bed setiap bilik. Jadi 1 bilik dok 3 orang la.

Bila masuk bilik, tengok katil agak besar. Bila combined 2, memang lagi besar dan cukup utk tidur 3 orang. Tak perlu extra bed pun tak pe. Lagipun tak selesa tido atas extra bed ni. Tilam keras lak tu. Lepas rehat sekejap kami terus turun ke bawah semula untuk ke Pasar Malam. Hehe tak menyabar nak shopping....sebenarnya saje nak jalan-jalan cuci mata dulu.

Kami menginap di hotel ni selama 4 malam. Aku booked secara online direct terus melalui website hotel [link] kerana lebih murah berbanding booked ni Agoda atau booking.com. 
Masa kali pertama pergi HCMC, aku tinggal di Saigon Pink 2.
Kali ni tukar selera pulak, menginap di Hong Hai Long 2, lokasi betul-betul bersebelahan dengan Saigon Pink 2. Yang penting dekat dengan pasar Bent Thant kan.

Kalau nak dibandingkan Saigon Pink 2 dengan Hotel Hoang Hai Long 2 ni, aku rasa dua2 ok. Cuma kebetulan masa di Hotel Saigon Pink 2 kami dapat bilik yang agak besar. Tapi dekat Hoang Hai Long tu dapat bilik kecik, lagi bertambah sempit bila ada extra bed. Aku rasa la kan...kat ting atas, bilik semua kecik kot. Sebab masa di Saigon 2, sepupu aku pun dapat bilik atas juga dan nampak sempit sikit berbanding bilik kami di tingkat bawah. Di Hoang Hai Long ni aku dapat bilik yang paling atas sekali, tingkat 8.
Nanti aku buat review untuk Hotel Saigon Pink 2 pula dalam entry yang lain eh.

Harga bilik utk 4 malam adalah USD 171 (RM518) + extra bed USD 60 (RM180) termasuk sarapan. Cafe di tingkat 9.
Di cafe ni, di asingkan makanan halal dan tak halal. Tapi atas rasa was-was, kami tak makan pun makanan yang diaorang masak ni. Risau juga dari segi peralatan yang di masak kan. Mana tau guna peralatan yang sama huhuhu. So, kami cuma makan buah-buahan, salad, roti dan coco crunch je.






 
extra bed

Sarapan pagi kami setiap hari...ubi rebus tu sedappp gilerr.
Manis. Hari-hari belasah makan ubi rebus.


Bent Thant Market
Selepas sarapan pagi, plan kami hari pertama adalah ke pasar Ben That. Pusing-pusing cari port untuk menghabiskan duit. Memandangkan pasar ni terlalu dekat hotel, kiranya dah jadi macam kedai runcit je la. Asik ke sini je hehe. Di sini kami borong kain pasang di kedai ni (seperti kad di bawah). Kami panggil owner dia Lin je. Fasih berbahasa melayu. Kedai ni kawan ofis yang rekemenkan sebab diaorang biasa pergi ke kedai ni. Tengok kain pasang pun banyak design baru. Boleh dikatakan kami pergi setiap hari, mesti ada design yang baru sampai. Rambang mata weiiii nak pilih. Harga pun standard la dalam 8-10 usd bergantung jenis kain. Kalau cotton jenis berkaki tu biasanya 10 usd.
Oleh kerana hari-hari kami datang kedai ni, Lin ni pun kurangkan harga dari 10 usd ke 9 usd. Ok la tu kan, dari tak dapat lansung. Kualiti kain pun bagus.







'pilih kak pilih....!!!!!

Budak ni la kitaorang panggi di Lin.



Ni je yang sempat diborong....macam tak cukup lagi tu...hehehe
Ehhh...ni bukan aku punya sorang, ni dah campur ngan adik aku pnya dan member aku sorang lg tu.




Tudung 3 layer ni beli di sekitar hotel je. Harga RM25 sepasang. Aku borong sampai 11 pasang. Bila balik Msia, aku rasa nyesal tak beli banyak lagi...rasa macam tak cukup je lagi tu ngeeee



Baju kameja ni aku beli utk asben dengan harga USD 7 (RM21) sepasang. Kualiti kain biasa je, boleh la setakat nak buat basahan pergi keje kan. If korang nak beli baju kameja camni, make sure harga dapat dlm linkungan ni atau kalau pandai nego maybe bole dapat murah lagi. Kalau diaorang tak bagi harga ni, korang tinggalkan jerrr....



Ni pulak beg deutar saiz kecil...comel je kalau budak-budak pakai. Harga USD 4 (RM12).
Kalau saiz besar backpack tu lak dapat harga USD 8 (RM24) - lupa nak snap gambar
Memang murah sgttt...walaupun bukanlah original, tapi kualiti bagus tau. Kalau tengok orang jual kat mudah.com cecah sampai harga RM70 untuk saiz besar tu.
So korang kalau datang sini, xperlu la bawa beg banyak sangat. Beli jer kat sini. Aku survey beg tarik jenama samsonite pun dalam lingkungan harga RM90 yang saiz besar tu. Kualiti superb tau, aku dah siap belek-belek. Ikut hati nak je beli tapi memandangkan kat umah dah ada 3 beg tarik, terus lupakan niat. Kang tak de tempat nak simpan lak.



Beg sulam ni aku beli cenderahati untuk pengasuh awliya. Harga dapat USD 5 (RM15).



Saigon Square
Saigon Square ni tak jauh dari Pasar Ben Thant. Kalau nak ke sini, u all keluar ikut pintu yang roundbout kuda tu lebih senang.
Aku tak suka sangat beli barang di sini, harganya agak mahal dan susah nak minta tawar.
Tapi tak dinafikan, kalau pakaian kanak-kanak di sini lebih banyak pilihan dan comel-comel.
Gerammm ok. 



Laluan nak ke Saigon Square. Ada deretan kedai dan penjual di kaki lima sepanjang jalan ni.
Kalau nak beli cenderahati macam t-shirt atau topi, di tepi jalan ni lebih murah berbanding beli dalam pasar Ben Thant.




Di Saigon Square aku sambar kasut awliya 2 pasang (warna pink dan oren), cam biasa tambah koleksi hihi. Kasut comel ni harga 100 ribu dong (RM15).

Yang kaler purple tu aku beli di Chinatown dgn harga 90 ribu dong.


Chinatown
Dulu masa datang sini, aku tak pergi Chinatown ni sebab agak jauh dari ben thant. Tapi kali ni aku rasa macam nak pergi je sebab dengarnya harga lagi murah dari Ben Thant Market. Kami ambil teksi depan hotel je. Mula-mula aku tanya berapa tambang, dia kata 8 usd. Sekali aku dengan muka buat-buat berani, 'no...no...u use meter'. Dia pun kata ok. Haaa korang jangan terpedaya dengan pemandu teksi kat sana, kang cekik darah jer. So jangan la buat muka blurrr, nanti tak pasal-pasal kena tipu.

Perjalanan dalam 20 minit juga, sampai je kat sana rasa macam excited nak shopping dah. Tapi bila masuk je dalam, adoyaiiii....rasa macam serabut okeh. Keadaan sesak dengan penjual dan pembeli. Laluan kedai pun agak sempit, dekat laluan tu juga diaorg dok membungkus barang la, sampai takde laluan nak jalan. Kebanyakkan pembeli adalah orang tempatan yang beli dalam kuantiti yang banyak. Mungkin diaorang peniaga. Jarang aku nampak pelancong. Rupanya Chinatown ni untuk belian borong. Jadi sesetengah kedai, kita tak boleh beli sehelai..kena beli borong. Tapi ada kedai yang jual satu-satu juga. Harga kat sini memang jauh lebih murah dari Ben Thant. Cuma aku tak berkenan sangat kain pasang di sini sebab kebanyakkan design yang lama-lama. Aku tanya juga cotton berkaki, tapi tak de. Lagi satu, di sini tak de jual pun baju kurung siap tu.

Di sini pelbagai barang di jual termasuk peralatan plastik, peralatan dapur (periuk, kuali, pinggan mangkuk dll), pakaian, kain pasang, beg, topi dan macam-macam lagi.

Kebanyakkan penjual di sini tak pandai bahasa melayu, tidak seperti di Ben Thant. Tapi cakap BI tu bole la skit-skit. Kami berjalan dalam setengah jam je, kemudian terus keluar. Takde apa-apa yang berkenan. K.Nor je sempat sambar sepasang baju gaun untuk anak buahnya.
Kami ambil teksi Vinasun di depan pasar dan terus ke Kedai Hjh Basiroh. Nasib baik bawa business kad, so tunjuk je kat teksi alamat kedai tu.
Sekali lagi, aku suruh teksi gunakan meter....hehehe. Punya la risau kena tipu, sampaikan pemandu tu cakap 'dun worry..vinasun is number 1'. Ye laaaaa  tuuuuu....dulu aku kena tipu dengan Vinasun la.
Nasib baik kali ni dapat pemandu yang jujur hehe.

Ni baru satu kedai jual topi...banyak kedai lagi sebenarnya. Dah rasa macam lautan topi je kat sini.


 masa ni adik aku tengah nak beli pisau....nak potong buah kat hotel nanti








vietnam silk dekat sini memang jauh lagi murah


Kedai Hjh. Basiroh
Teksi berhenti depan kedai dengan tambang 170 ribu dong. Perjalanan aku rasa macam jauh sangat. Dalam 1/2 jam juga. dengan keadaan jalan yang jem. Sampai ngantuk dalam teksi dibuatnya. Sampai je kedai hajah, terus kami naik ke tingkat atas. Niat nak cari telekung. Tapi tak berkenan. Telekung sulam tangan ada yang berkenan tapi harga RM90. Dapat kurang pun jadi RM85 je. Bila kami minta kurang, kata tempat lain murah sikit harganya, boleh pulak pekerja nama Aziz tu cakap 'kalau tempat sana murah, beli je la kat sana'. Kurang sopan betul cakap dengan customer macam tu kan. Bengang je rasa.

Kami di sini tak lama, nak cari baju kurung pun susah sebab keadaan yang tak teratur. Baju tak tersusun. Sama keadaan macam aku pergi setahun yang lalu. So, kami ambil keputusan tak nak beli apa-apa di sini.

Kami tahan teksi depan kedai dan terus balik ke hotel. Semasa perjalanan, kami nampak deretan butik yang menjual baju. Bila tengok betul-betul, tak jauh dari Saigon Square. Terus kami plan nak ke sana nanti bila ada masa.



Taka Plaza
Tempat ni pestime datang juga. Dulu tak jumpa pun. Ni jumpa pun kebetulan pergi ke butik yang kami nampak masa naik teksi tadi.
Direction nak ke sini senang je, tak jauh dari Saigon Square.

1.Jika Saigon Square belah kanan anda (kalau tak tahu, korang tanya je penjual kat mana Saigon Square)
2.Jalan terus sehingga nampak simpang empat.
3.Korang akan nampak kedai Adidas di simpang jalan (tepi sekali)
4.Taka Plaza sebaris dengan kedai Adidas tu, sebelum sampai Taka Plaza, korang akan nampak  beberapa butik menjual baju kurung / kain pasang




Dalam Taka Plaza ni, kami jumpa kedai Rokiah Collection.Telekung dan baju lebih murahhhhh di sini. Siyesss...telekung yang sebijik sejebon macam dekat Kedai Hjh Basiroh, kami dapat dengan harga RM67 berbanding di kedai hjh basiroh RM85 manakala di Ben Thant RM75. Banyak pilihan juga. Pakcik dalam gambar tu adalah tokei kedai ni. Fasih berbahasa melayu. Baik dan mudah untuk minta tawarkan harga.
Baju kurung manik veitnam silk pun murah, pakcik letak harga RM70..belum tawar lagi tu. Aku beli di kedai dekat dengan hotel, letak harga RM80...dah kurang baru jadi RM70.

Kami beli telekung sulam tangan sebanyak 12 pasang. Masa tu terpikir 'alamak...camne nak bawa ni, berat juga kan, dengan barang yg memang dah ada kat tangan lagi ni'. Sekali pakcik tu cakap dia boleh terus hantar ke hotel, tak perlu susah-susah nak bawa. Waaahhhh, cam tau-tau je isi hati kami ni hehehe...time kasih pakcik.



  


telekung sulam tangan...cantik2



Keadaan dalam Taka Plaza lebih selesa. Orang pun tak ramai sangat. Harga barang pun lebih murah. Macam-macam juga dijual di sini. Ada jual baju kurung siap, pakaian kanak-kanak, aksesori telefon, t-shirt, handbeg dan kasut.


Dah penat menulis ni....nanti aku sambung pulak part II ok.

Ho Chi Minh lagi (Part II)
Ho Chi Minh lagi (Part III)

9 comments:

  1. Last akak pegi bulan okt 2012..akak pung stay kat Hoang Hai Long 2 ni..bilik besar dan selesa..plan bulan 10 2013 nanti nk stay kat sini jugak :-)

    Kalau mcm tu tak nak pegi lagi lah kedai hjh Basiroh tu kain telekong makin mahal coz akak pegi last trip masih leh dpt RM80 sepasang

    Aha..dapat info baru..nak terjah Rokiah Collection lah mcm ni heee

    ReplyDelete
  2. Kak Ani! Nk review sal makanan kt sane gak!

    ReplyDelete
  3. salam..
    tiap kali pergi mesti pg kedai cotton amoi tu..(cewah..baru 2x pg..hehe). Memang malaysian ramai carik dia je..

    ReplyDelete
  4. salam kenal :)
    menarik dan terperinci sungguh penceritaan tuan rumah ni.seronok baca

    ReplyDelete
  5. salam alaykum..sis, sy ade tbaca blog sis pasal anak sis kna batuk n selesema..anak sy pun tgah batuk sakan jugk ni..n sy try ptua yg mcm sis guna tuu..sapu kunyit hidup dr ubun2 smp hdung die..tp lpas sapu tuu, baby sy batukk byk sgt kali n muntah + buang air lendir semata..ank sis pun mcm tuu ke? wld really like to knw..thanx!!

    ReplyDelete
  6. aishah: anak sy terus ok lepas pakai kunyit tu. batuk yg dh 2 mggu x sembuh2..terus ok je. alhamdulillah. kalau anak awk batuk semakin teruk, sy rasa elok stop dulu cara tu. maybe cara tu xsesuai dgan anak ke kan. setiap bby ni tak sama. maybe awk leh try cari petua lain yg mgkn lebih sesuai.

    ReplyDelete

  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  8. passport dia pegang terus ke? atau ambik unutk pengesahan je. mcm bahaya je bunyi. jd pedatang tanpa izin la xde passport

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak hotel pegang terus nti nak balik baru dia bagi. jgn risau, polis sana pun tau passport pelancong ni pihak hotel pegang. so xde istilah pendatang tanpa izin kat sana klu kita takat nak melancong dan membeli belah..

      Delete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...