Tuesday, November 17, 2015

susun atur:: buku di playroom

aku suka belikan budak-budak ni buku...
sampaikan dah takde ruang nak letak buku dekat mana dah..

idea ni aku dapat pun dari google je...
macam best je kan...
dan kebetulan aku dapat beli RIBBA ni masa Ikea members sale...
normal price adalah RM39.90...so bila sale ni dapat harga RM19.90..
murahhh dah tu...so aku pun pesan pada member beli 3 terus..
kebetulan dia ke ikea masa sale hari tu..
aku tak dapat nak pegi kan sebab hari bekerja...

dah lama beli....baru la nak pasang..
tu pun dapat pasang sebab aku n asben terpaksa EL sebab kakak awliya sakit mata...
nak bawa ke klinik pada sebelah pagi...
sebelah petang baru dapat mulakan projek...
ye la, umah condo/apartment ni mana la boleh nak drill hari sabtu ahad kannn...!!
mau kena ketuk pintu dengan jiran2 sebelah atas dan bawah..huhu
so kalau nak buat keje2 drill yang bisingggg tu kena la buat hari weekday...

yeessss.....siap gak akhirnya
tak sabar2 mama nak kemas buku diaorang ni...
ni pun dapat kemas masa diaorang tengah tido..
kalau tak jangan haraplah dapat kemas dengan tenang tau...




buku tu nampak je macam tinggi,
tapi kalau kakak awliya guna kerusi hijau tu boleh je dia capai..
tapi yang belah atas sekali tu dia akan panjat meja kalau nak ambil buku...hihi
takpe lah, kang dia dah tinggi sikit mesti dah boleh sampai capai yang tu...

tapi sekejap je kemasnya weeiiii....sekali diaorang berdua ni dah bangun tido, keadaan bilik dah macam dilanda todak....huhu
stress mama nak oiiii..........!!!!!!!
redha je la..
asalkan korang gumbira...mama meroyan nak mengemas pun tak pe lah...:)



2 comments:

  1. wahhh cantiknya playroom... saya pun bercita2 nak wujud kan playroom bila pindah rumah sendiri nanti... tetiba rasa nak pegi IKEA... hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik....save nk g cari khamis ni..hehe

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...