dah terjebak dengan CAR BOOT SALE

dah sebulan lebih rasanya tak update apa-apa dalam blog ni.
banyak sebenarnya nak share....
hari-hari buka blog, hari-hari blogwalking...tapi bila nak menulis jadi blur yang amat.
sebab dah lama tak menuliskan.
aku busy sangat sejak akhir-akhir ni [ceh...konon!!!]
sebab aku ada aktiviti baru setiap minggu hehe...

inilah aktiviti setiap hari ahad aku dan en asben....eh termasuk anak-anak sekali hehe..
kena la bawa anak-anak kan, sape lak nak tolong jagakan...huhu
dah sebulan lebih aku terjebak dalam car boot sale ni.

 

kali pertama kami join cbs lembah keramat ni di AU5.

ceritanya begini, kawan ofis memang dah lama join cbs ni.
Kebetulan masa tu dia sewa 2 tapak, tapi nak cancel 1 tapak tu.
masa tu dia hanya bercerita je pada aku....
terus aku rasa berminat nak try...
sebelum ni pernah nak try tapi tak tahu camne kan...
so bila ada kawan ni, rasa ok la skit kot.

balik rumah, aku terus cakap dengan asben, dan dia setuju.
lepas tu terus geledah stor cari barang-barang yang tak pakai dan memang dah tak nak pakai.
stor dah saratttt sangatttt....macam tongkang pecah.
asben cakap banyak sangat barang.
aku yang nak mengemas pun jadi peningggg....tak tau nak susun macam mana.

lepas geledah stor, geledah almari pulak.
keluarkan baju yang lama....yang saiz kecik zaman anak dara.
eh, baju-baju tu kompem la aku takleh pakai dah kan....
bermimpi je la nak dapat saiz macam zaman lansing dulu kan....xoxo -_-
nak simpan untuk anak, rasanya sempat reput kot baju2 tu...kiki
so...let go je la.
banyak juga yang terkumpul.

kali pertama join, admin bagi kami sebelah petang.
sampai je terus bentang tikar dan gantung baju...
baru je letak barang-barang, dah ada orang datang membeli.
kami pun letak barang harga murah-murah jewww....walaupun barang/baju tu masie elok-elok.
ada juga yang belum pakai pun lagi.
memang sayang nak dijual, tapi lagi sayang kalau terbiar je macam tu.

tak pe lah, jual murah je janji terjual...dari tersimpan je kan.
tu pun ada beberapa handbeg aku yang jarang pakai, abis rosakkkk...
tak koyak, tak kotor cuma mengelupas kulitnya....nak jual pun rasa tak sanggup, tak sampai hati.
campak dalam tong sampah je la....sobs sobs...
so aku mengambil keputusan nak let go je barang yang aku jarang guna.

konsep cbs di sini adalah menjual barang terpakai sahaja.
tak boleh barang-barang baru yee...
kalau nak jual barang baru, kena cari cbs yang lain macam cbs subang ke, melawati ke...
di sini hanya berniaga pada hari Ahad sahaja, ada 2 sesi pagi dan petang.
bayaran tapak adalah RM10 satu sesi.
admin akan bagi penggiliran sesi di mana peniaga akan berniaga secara bergilir pagi dan petang.
means kalau minggu ni pagi, next week kena meniaga petang pula.
baru adil kan.
setiap peniaga akan diberi nombor tapak.

alhamdulillah, hari pertama dapat la hasil dalam RM70 walaupun hari hujan sikit.

minggu ke-2 pulak kami dapat sebelah pagi.
waahhh, pagi la best rupanya....orang pun ramai sikit.
kebetulan masa ni time gaji kan...orang mesti nak membeli.
dapat juga hasil jualan RM130...alhamdulillah.


banyakkkkk giler beg....ada beg yang dibeli sendiri, ada yang dapat free sebab masuk macam2 acara sukan. beg ni dijual dari harga RM5-RM10.


ni antara koleksi baju yang dah tak pakai. banyak lagi sebenarnya tapi ni je yang sempat digeledah almari tu.
Baju ni aku jual RM5 jerrr...murah sangat tu. Ada yang masih belum pakai lagi.
masih cantik lagiiii tau....

seronok juga join car boot sale ni.

dapat tambah pendapatan. walaupun tak banyak mana, tapi ok la....setiap kali meniaga mesti dapat RM50 ke atas....pernah juga dapat RM100 lebih kalau kena time orang dah gaji. Dari dok melepak kat umah RM10 pun susah nak dapat tauuu hihi....
selain tu, dapat isi masa lapang di hari minggu...kalau dok umah selalu pun bosan juga kan.
Peniaga kat sini pun ok semuanya. Cepat mesra walaupun baru je kali pertama jumpa.
Admin yang uruskan tempat ni pun ok sangatttt....
yang best dapat mengurangkan kesesakan barang dalam stor, barulah boleh mengemas sikit.
lapang sikit mata nengoknya.

lepas join cbs keramat ni, aku pernah try beberapa car booth sale area kl/selangor ni.
next entry aku buat review lagi.....



 



gambar sekitar car boot sale...masa ni awan agak mendung menandakan hari nak hujan

Comments

  1. I nk joint gak bleh ker? hehehehe

    ReplyDelete
  2. wahh..boleh ye mcm ni juga..mmg plan nak buat car boot sale jgk utk raise money utk program kmi.. doakan kami..hee


    datang dari Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa :D

    PS : Nak Beli Chocolate MOist Cake yg Super Murah?

    ReplyDelete
  3. kat melaka kat mana ya kita nak daftar untuk car boot sale.. ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori cik sal....kat melaka sy tak pasti...yg saya tau area kl/selangor je...

      Delete
    2. Kat bukit katil ada..stiap ahad pg

      Delete
  4. bleh bg detail tempat/waktu utk cbs?
    sy bminanat tp tau dmana lokasi yg ada die area kl ni..
    email kan pd: iekhwaned@gmail.com

    ReplyDelete
  5. assalam kak...sy mnt nak tau cra nk buat car boot sale ni...hrp kak sudi share dgn sya..ni no sya 0132728630:)

    ReplyDelete
  6. Salam.... boleh sy tahu list CBS utk barang baru area puchong or subang ? whatsapp saya 0193000607 (norra)

    ReplyDelete
  7. bestnya join cbs.. nak cari gak cbs kat area muar ni..

    ReplyDelete
  8. Menarik... Saya di Kota Damansara :) hihi. Next 2 weeks baru nak try menjual. sebab sekarang tengah tak free. Ada class :)

    ReplyDelete
  9. assalam, sy nak tau cra nk daftar car boot sale area ipoh...hrp kak sudi share dgn sy..ni no sy 0112346827

    ReplyDelete
  10. assalam, sy nak tau cra nk daftar car boot sale area ipoh...hrp kak sudi share dgn sy..ni no sy 0112346827

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu