nak ber'freemie' jugak

bila memula freemie ni keluar dalam pasaran,
tertanya-tanya apa benda la ni...tapi bila dah tau,
eh..mcm best jer...eh mcm senang jewww....
bila tengok harga...mak aihhh mahalnyaaaa..
takpelah, usha-usha je...bukan penting sangat pong kan...

lepas tu, seminggu dapat email dari littlewhiz bagitau ada cyber sale....
aku kan meroyan sikit bila ada benda sale niiii 
bila buka page littlewhiz tengok harga freemie...eh RM292.50 jeww
biasanya harga mesti RM300 ke atas
sekali klik...klik...eh...terrrrrbeli la pulakkkk..:-p
rasa nak lempang diri sendiri miahmiah...
bila dah beli....siap meracun kekawan yang lain suh beli jugaaaa....
haha....jahat takkk !!!!

cyber sale ni berlansung selama 3 hari je dari 27/1 sehingga 29/1
dan pembelian secara online sahaja...tak boleh beli walk in sebab kedai ditutup kerana littlewhiz nak memberi laluan kepada cyber sale.
servis dekat littlewhiz memang cepattt....aku order petang semalam, dapat email kata dah pos dan dijangka barang sampai snin tapi hari jumaat ni jugak sampai.

bila dah sampai, mula la tak sabar nak guna kannn....
tapi tak boleh la pakai lagi sebab belum basuh dan steriliser kan
kena tunggu balik umah la jawabnya...
haaaa....nanti dah pakai, ai kasi review k !!!






Comments

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu