8 Tips Membaca Buku Dengan Anak-Anak
credit artikel: http://share.sweetmuslimah.com
Terjumpa artikel ni...so copy paste dalam blog sebab bila free, bole juga baca kan...
#Tip 1: Baca dengan perlahan-lahan
Perlahan-lahan disini bukanlah bermaksud
suara yang perlahan, tetapi kelajuan yang rendah. Kanak-kanak lebih
mudah untuk menangkap setiap patah perkataan dan belajar dengan lebih
baik bila dibacakan dengan perlahan.mungkin agak sukar untuk kita
membaca dengan perlahan, tetapi ianya memang akan membantu.
Jangan lupa untuk menggunakan pelbagai
intonasi (seperti, marah, takut, gembira, sedih dan sebagainya) yang
sesuai ketika membaca untuk lebih manarik minat mereka.
#Tip 2: Bacakan semula buku yang telah anda baca
Kanak-kanak suka membuat perkara secara
berulang-ulang, begitulah juga dengan membaca buku. Jika anak anda
menyuruh anda mengulang buku yang sama sehingga anda muak dan jemu, itu
adalah perkara yang baik!. Kanak-kanak akan belajar lebih banyak dari
buku tersebut apabila dibacakan berulang-ulang kali.
Lebih banyak anda baca, lebih banyak
perkataan dan perkara yang dipelajarinya. Ianya seperti jika anda
menonton filem untuk kali kedua, anda boleh nampak atau perasan kejadian
yang anda tertinggal pada kali pertama menonton. Begitulah kanak-kanak
belajar melalui membaca buku.
#Tip 3:Tunjuk perkataan dengan jari ketika membaca
Strategi ini adalah penting untuk
kanak-kanak memahami bahawa setiap perkataan yang dibacakan mengandungi
maksud. Ia juga membolehkan kanak-kanak fokus pada buku tersebut.
Selain itu kanak-kanak akan belajar
bahawa buku dibaca dari arah kiri ke kanan dan dari atas ke bawah
kecuali buku dengan tulisan jawi yang dibaca dari kanan ke kiri.
#Tip 4: Minta anak anda menunjuk gambar di dalam buku
Libatkan anak anda dalam pembacaan dengan memintanya menunjukkan gambar
di dalam buku. Sebagai contoh “mana kucing?” ataupun “tunjuk ikan kat
mama”. Ini bukan sahaja mengekalkan fokus kanak-kanak kepada buku
tersebut, malah ia juga boleh mengajar kanak-kanak kosa kata yang baru
tentang objek-objek yang biasa dilihat.
adeya baca buku dengan ayah
#Tip 5: Tanya anak anda tentang situasi yang terjadi di dalam buku
Teknik ini akan membantu kanak-kanak
untuk memahami cerita dan apa yang terjadi dan juga membina kebolehan
mereka untuk menjawab pelbagai jenis soalan. Anda boleh menggunakan
soalan seperti ya/tidak, apa, siapa, mana, bila, kenapa dan bagaimana.
Contoh soalan yang boleh ditanya adalah
seperti “mana kucing hitam?, itik buat apa tu?, kenapa dia jatuh?,
kereta besar tak? Dan sebagainya”
#Tip 6: Cari buku yang berkaitan dengan minat anak anda
Kanak-kanak lebih gemar membaca jika buku tersebut berkaitan dengan
minat mereka. Contohya jika kanak-kanak menggemari kereta, anda mungkin
boleh membeli buku cerita berkaitan kereta. Anda boleh membawa anak
bersama untuk membeli buku dan meminta mereka memilih sendiri buku yang
ingin dibaca.
#Tip 7: Baca pelbagai buku yang berbeza
Dedahkan anak anda denga pelbagai jenis buku yang berbeza seperti buku
cerita fiction (cerita yang direka), buku non-fiction (buku berkenaan
fakta atau topic), buku tentang orang yang berbeza, buku yang banyak
gambar dan sebagainya. Ini membolehkan anak anda belajar tentang banyak
perkara dari buku yang berbeza. Mereka juga akan memahami bahawa setiap
buku yang berbeza mempunyai cara pembacaan yang berbeza.
#Tip 8: Lakukan aktiviti yang sama seperti yang terjadi di dalam buku
Untuk membantu kanak-kanak lebih
memahami perkara di dalam buku, anda boleh melakukan perkara yang ada di
dalam buku. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah melukis apa
yang terjadi di dalam buku, bermain paly dough, lego atau blok kayu
untuk membina bangunan seperti di dalam buku atau anda juga boleh pergi
ke zoo dan kaitkannya dengan buku berkenaan haiwan yang telah anda dan
anak anda baca.
Ini membantu kanak-kanak untuk mengaitkan apa yang dibaca di dalam buku dan apa yang terjadi di luar.
Kebolehan membaca adalah penting untuk
kanak-kanak belajar. Tetapi sebelum mereka boleh membaca dengan sendiri,
ibu bapalah yang perlu menjadi pembaca mereka. Membaca merupakan
aktiviti yang seronok dan mudah dilakukan di rumah dan dimana sahaja.
Ianya kelihatan mudah dan ringkas tetapi memberi banyak manfaat kepada
pembelajaran kanak-kanak.
Selamat mencuba tips membaca buku dengan anak-anak!
Tq share....
ReplyDelete