Friday, February 13, 2015

Permohonan PPA1M telah dibuka - Fasa 2


Entri khas untuk orang yang bekerja dengan gomen/badan berkanun.





Tujuan PPA1M
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh lawati laman web PPA1M.

Permohonan dibuka sekarang ini adalah untuk Fasa 2.
Bagi Fasa 1, undian telah pun dilaksanakan.
Tempoh Permohonan adalah dari 12 Februari 2015 – 12 Mac 2015.
Cepat-cepat la korang apply, nanti kalau lambat terlupa pulak kan!

Syarat permohonan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18-60 tahun
3. Telah disahkan dalam jawatan (tetap)
4. Bekerja/tinggal di Putrajaya (keutamaan)
6. Tidak muflis
7. Keutamaan kepada pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
8. Pemohon/pasangan tidak pernah memiliki hartanah di Putrajaya
9. Pemohon/pasangan belum memiliki PPA1M di mana-mana Negeri/Putrajaya

Kalau korang dah melepasi syarat-syarat di atas ni, bolehlah membuat permohonan di SINI

Walaupun hani tak bekerja atau tinggal di Putrajaya, hani saje mohon juga.
Sebab keje gomen juga kan...
Manalah tahu kan, rezeki kalau dapat...hihihi aminnnnn




1 comment:

  1. Akak dah apply fasa 1 alhamdulillh dpt cuma tgh fikir mana nk cari duit byr bulan2 nanti :-)

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...