strata title oh strata title


Apa itu Hakmilik Strata?
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah yang unit-unitnya telah dijual.  Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Townhouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.

Mengapa Perlu Hakmilik Strata?
Hakmilik Strata perlu ada –
  • Untuk menjaga kepentingan kuasa pemilik petak (pembeli) untuk urusan urusniaga (pindahmilik, gadaian, pajakan dll). Selain daripada itu:-
  • Menjadi rekod /bukti yang sah bagi menunjukkan petak tersebut adalah kepunyaan pemilik petak (pembeli);
  • Memudahkan urusan jual-beli, pinjaman bank, urusan kematian/pembahagian pusaka.
sumber: Pejabat Tanah dan Galian Selangor [link]

So, kepada uols yang membeli rumah seperti yang dikategorikan di atas, bersiap sedialah dengan duit untuk urusan pertukaran hak milik ini. Lagi mahal aset yang dibeli, makin mahal yang dikenakan.
Nasib umah yang aku beli ni bukan berharga RM500 ribu...hihi...kalau tak, aku pengsannnnn 10 juta kali.

Beli rumah bawah ni (landed house) pun kan sama ada bayaran juga cuma tak dipanggil hak milik strata, tapi dipanggil cukai tanah.

Sebenarnya aku tak pernah tau pun pasal benda alah ni...sampai abang aku yang bagitau pada aku lepas dia setelkan strata title kondo dia di Setapak. Lepas tu aku terus google, buat research sikit...
Aku pernah tanya call developer tanya pasal strata title ni. Developer bagitau lambat lagi strata title ni akan dikeluarkan. Fuh lega skit.

Sekali tup-tup bulan Nov 2014 aku dapat surat dari lowyer pasal benda ni. Arrggg nampak gayanya dah kena get ready dengan duit la jawabnyaaaa....!!!
2 minggu lepas aku ke pejabat lowyer di Kelana Square untuk sain Memorandum of Transfer (MOT) dan buat bayaran sekali.




Pengiraan jumlah ni seperti berikut:

1. Perfection of Transfer - RM427.15
    Service Tax - RM25.63

2. Disbursements :-
Land search - RM60
Stamp Duty - RM2596.00
Registration Fee (MOT) - RM200
Transportation, communication and courier charges - RM100
Photocopy and printing charges - RM300
Miscellaneous charges - RM50


Total RM3,758.18

Tempoh untuk selesaikan adalah 12 bulan dari tarikh surat yang kita terima dari lowyer.
Ikutkan aku masih ada banyak masa lagi....cuma aku tak tahu sama ada aku banyakkkk tak duit masa akan datang hahahaha. Sekarang ni takde la banyak duit pong, cuma ada la lebihan sikit sebab dapat bonus kan (melepas aku nak shopping...............). Maka abislah bonus + gaji aku untuk bulan berikut...sobs sobs :'(
Jika dalam masa 12 bulan kita masih tak selesaikan urusan strata title ni, kita boleh dikenakan denda sehingga boleh mencecah RM10 ribu......xoxo..pening ai dengarrr!!!!
Jadi aku rasa keputusan aku bayar dengan cepat ni adalah keputusan yang sangatttt tepattt.

Sebelum urusan hak milik strata ni, kita kena pastikan cukai pintu dan tanah telah dibayar serta tiada bayaran penyelenggaraan tertungggak (pengurusan rumah). Yang ni pun aku dah setel semua....hampir RM 3K tauuu...ni la padahnya kalau maintanance tu dibiarkan tertunggak lama.
hambekkkk kau sedebukk aku kena bayar. (-_-) *nangis lagiiii..........

Memandangkan rumah yang dibeli tu masih ada hutang dengan pemberi pinjaman, nanti atas geran tu akan ada nama pemberi pinjaman. Contohnya macam aku buat pinjaman dengan Perbendahaaran Malaysia dalam erti kata lain pinjaman kerajaan, nanti atas geran tu ada nama aku dan juga Perbendahaaraan Malaysia. Nanti dah abis bayar hutang, baru la nama Perbendahaaraan Malaysia tu dikeluarkan. Ala....sama macam korang beli kereta tu kan. Atas geran kete kan ada nama bank..melainkan korang beli cash....hehe

Aku diberitahu oleh lowyer, kemungkinan boleh dapat 50% pengecualian bayaran kerana ini adalah rumah pertama dan rumah ini pula memang aku duduk (bukan untuk disewakan). Cuma aku perlu buat bayaran penuh dahulu, jika dapat pengurangan..nanti lowyer akan refund semula baki. Ada juga sesetengah kes kena reject sebab bila semak semula, rumah tersebut bukan rumah pertama (ni orang yang banyak rumah la kot!). Harap-harap aku dapat pengurangan tu, dapatlah balik dalam RM1880.00, banyakkkk tu :-P

setakat ni, ni je yang aku nak kongsikan pasal strata title ni. banyak lagi yang aku nak kena tau, kena google, kena study...untuk pengetahuan umum kan!

apapun, aku dah lega selesaikan perkara ni....eh! nasib baik ada sebijik je rumah atas awan ni....kalau ada 3-4 biji, adoiiii.....berpinor mata nak bayarrrr kan. So sekarang aku hanya perlu tunggu surat dari lowyer yang menyatakan aku dah berjaya memiliki hak milik rumah..yahooooo!!!!

Comments

  1. bro...nk tanye, harini dh 14/10/2016. Strata title dh setel ke bro? berapa bulan/tahun nk completed?
    thx in advance for ur attention to this matter.

    ReplyDelete
  2. * Pemindahan yang sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi kami: (cashfirm.morris@gmail.com)

    Dr Ahmed Morris
    BORANG TUNAI MORRIS

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale