Peluang memiliki hartanah di Selangor

Kepada yang berminat untuk memiliki rumah di negeri Selangor dan telah melepasi syarat2 yang ditetapkan, bolehlah try apply kan...mana tau ada rezeki.

Sekarang rasa mcm nak pengsan kan kalau tengok harga rumah yang dibangunkan oleh pemaju. Kata je rumah mampu milik tapi sebenarnya rumah 'mampu tengok' je.

So, aku rasa usaha kerajaan negeri selangor adalah satu langkah yang baik untuk memberi peluang kepada kita untuk memiliki kediaman di negeri Selangor terutamanya yang bekerja dan tinggal di Selangor. Kalau tengok harga rumah yang ditawarkan pun bawah RM250 000.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan online, boleh layari laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

Aku baru nak apply, sekali tengok ada syarat 'belum memiliki kediaman di Selangor'.....sobs sobs

--------------------

SHAH ALAM - Sebanyak 726 unit Rumah Selangorku di sembilan projek sudah dibuka untuk dibeli oleh orang ramai.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, unit tersebut adalah baki dari 1,683 unit yang pernah ditawarkan untuk jualan.
"Lokasi projek-projek itu adalah di Bandar Baru Bangi, Cheras, Taman Subang Mas, Sutera Damansara, Desa Alam U12, Antara Gapi, Cyberjaya dan Taman Emas Dengkil.

"Mereka yang berminat bolehlah melayari laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, borang boleh didapati melalui laman web itu secara percuma kepada orang ramai.

"Orang ramai juga diingatkan agar tidak lagi tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab, yang sebelum ini pernah menjual borang permohonan pembelian rumah sehingga RM200 sekeping," katanya.

Katanya, sebanyak 8,402 unit lagi akan dilancarkan selewat-lewatnya bulan April ini.

"Rumah SelangorKu adalah rumah mampu milik di bawah RM250,000 sebuah dan pendapatan isi rumah pembeli mestilah tidak melebihi RM8,000 sebulan. Ia wajib dibina oleh pemaju dan kerajaan negeri menyasarkan 15,000 unit dibina dalam tahun ini," katanya.

Katanya, sasaran keseluruhan adalah 35,000 unit mula dibina atau siap dibina menjelang 2018.

Sumber Berita: Sinar Harian, 21 Februari 2015




Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale