Wednesday, March 18, 2015

bila melihat sendiri kemalangan MAUT!!!

Ini kali pertama aku melihat sendiri kemalangan....kemalangan ngeri yang melibatkan kematian.
Sebelum tak pernahhhh, kalau nampak eksiden pun...eksiden dah berlaku.
Tapi kali ni aku nampak bagaimana mereka dilanggar. Bagaimana mereka tercampak.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, di persimpangan trafic light di Jalan Klang Lama,
Sedang kami menunggu arahan polis untuk jalan, tiba-tiba terdengar bunyi kuat.

Aku nampak sebuah motorsikal dilanggar dan masa tu motor di celah tayar lori.
Aku tak pasti salah siapa, yang pasti lori tu memang lajuuuuu.....!!!!!

Dua tubuh tercampak di atas jalan raya.

Bila aku tengok....ya Allah anak diaaaaa !!!!!

Terus aku menangis ckp dengan asben aku 'abg....anak dia tu....anak dia'

Anak dia (berumur 4 tahun) terbaring kaku.

Kemudian seorang brader alihkan anak kecil tersebut di atas divider jalan.
Dan aku nampak darah mula mengalir dari kepalanya.

Allahuakbar, sebak dan sedih hanya Allah yang tahu.

Kebetulan kemalangan berlaku depan polis trafik yang bertugas menjaga lalulintas.

Kami berlalu pergi, tapi aku masih menangis lagi. Dalam hati tak putus aku berdoa
semoga mereka berdua tidak serius.

Dalam perjalanan pulang dari kerja, kami melalui tempat kejadian (memang jalan berkenaan tempat pergi balik kerja)...aku nampak kesan darah anak kecil itu. Dalam hati tertanya apa kabar berita mereka berdua.

Sampai rumah, terbaca berita kemalangan tersebut di facebook.

Rupanya anak kecil tadi telah meninggal dunia. Ya allah, sedihnya tak terkata. [ok...aku nangis lagi ni!!!] akibat kecederaan kepala. Ye, aku perasan anak kecil ini tidak memakai helmet.

Allah lebih menyanyangi anak kecil ini. Semoga syurga tempat mu sayang .

Al-Fatihah.

Kepada penunggang motorsikal, hati-hatilah di jalan raya. Utamakan keselamatan pembonceng juga.
Aku pulak jadi fobia bila nak naik motor ni.

Semoga kita sama-sama di bawah lindungan Allah.






credit pic: DAily TRaffic REport 

5 comments:

  1. ya allah..sedihnya..semoga syurga tempat mu..

    ReplyDelete
  2. Allahu. Sedihnyaa.. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Sebak baca..al-fatihah..moga dia tenang di alam sana..

    ReplyDelete
  4. Ya allah..takut tgok..bc pun takut..al fatihah

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...