Friday, February 27, 2015

1st giveaway tinggal sehari lagiiii.....


hai korang....
alhamdulillah, 1st giveaway mendapat sambutan yang menggalakkan.
tak sangka juga, ingatkan takde orang nak join :)
maklumlah, blog hani bukanlah glamer sangat kan...hehe

1st giveaway tinggal SEHARI je lagi....
yang mana belum join....cepat2 join k!

mana tau rezeki korang, boleh dapat hadiah Kinetic Sand kan...

yang mana terlepas entry hani yang lepas, boleh refer sini untuk
tengok cara-cara nak join.

jommm kita meriahkan giveaway ni....

luv u all.....

Wednesday, February 25, 2015

Peluang memiliki hartanah di Selangor

Kepada yang berminat untuk memiliki rumah di negeri Selangor dan telah melepasi syarat2 yang ditetapkan, bolehlah try apply kan...mana tau ada rezeki.

Sekarang rasa mcm nak pengsan kan kalau tengok harga rumah yang dibangunkan oleh pemaju. Kata je rumah mampu milik tapi sebenarnya rumah 'mampu tengok' je.

So, aku rasa usaha kerajaan negeri selangor adalah satu langkah yang baik untuk memberi peluang kepada kita untuk memiliki kediaman di negeri Selangor terutamanya yang bekerja dan tinggal di Selangor. Kalau tengok harga rumah yang ditawarkan pun bawah RM250 000.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan online, boleh layari laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

Aku baru nak apply, sekali tengok ada syarat 'belum memiliki kediaman di Selangor'.....sobs sobs

--------------------

SHAH ALAM - Sebanyak 726 unit Rumah Selangorku di sembilan projek sudah dibuka untuk dibeli oleh orang ramai.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, unit tersebut adalah baki dari 1,683 unit yang pernah ditawarkan untuk jualan.
"Lokasi projek-projek itu adalah di Bandar Baru Bangi, Cheras, Taman Subang Mas, Sutera Damansara, Desa Alam U12, Antara Gapi, Cyberjaya dan Taman Emas Dengkil.

"Mereka yang berminat bolehlah melayari laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, borang boleh didapati melalui laman web itu secara percuma kepada orang ramai.

"Orang ramai juga diingatkan agar tidak lagi tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab, yang sebelum ini pernah menjual borang permohonan pembelian rumah sehingga RM200 sekeping," katanya.

Katanya, sebanyak 8,402 unit lagi akan dilancarkan selewat-lewatnya bulan April ini.

"Rumah SelangorKu adalah rumah mampu milik di bawah RM250,000 sebuah dan pendapatan isi rumah pembeli mestilah tidak melebihi RM8,000 sebulan. Ia wajib dibina oleh pemaju dan kerajaan negeri menyasarkan 15,000 unit dibina dalam tahun ini," katanya.

Katanya, sasaran keseluruhan adalah 35,000 unit mula dibina atau siap dibina menjelang 2018.

Sumber Berita: Sinar Harian, 21 Februari 2015




Friday, February 13, 2015

Permohonan PPA1M telah dibuka - Fasa 2


Entri khas untuk orang yang bekerja dengan gomen/badan berkanun.





Tujuan PPA1M
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh lawati laman web PPA1M.

Permohonan dibuka sekarang ini adalah untuk Fasa 2.
Bagi Fasa 1, undian telah pun dilaksanakan.
Tempoh Permohonan adalah dari 12 Februari 2015 – 12 Mac 2015.
Cepat-cepat la korang apply, nanti kalau lambat terlupa pulak kan!

Syarat permohonan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18-60 tahun
3. Telah disahkan dalam jawatan (tetap)
4. Bekerja/tinggal di Putrajaya (keutamaan)
6. Tidak muflis
7. Keutamaan kepada pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
8. Pemohon/pasangan tidak pernah memiliki hartanah di Putrajaya
9. Pemohon/pasangan belum memiliki PPA1M di mana-mana Negeri/Putrajaya

Kalau korang dah melepasi syarat-syarat di atas ni, bolehlah membuat permohonan di SINI

Walaupun hani tak bekerja atau tinggal di Putrajaya, hani saje mohon juga.
Sebab keje gomen juga kan...
Manalah tahu kan, rezeki kalau dapat...hihihi aminnnnn




Pureen Stock Clearance 2015 - kembali lagi....


kepada yang menunggu warehouse sale ni...
jangan lupa tanda kat kalender korang....

tarikh: 7-8 Mac 2015 
lokasi: Summit Company, Glenmarie Industrial Park, Shah Alam

hani dah lama tak terjah warehouse sale ni.....
kali ni tak tau lagi nak pegi ke tak....klu pegi pun maybe dah petang skit, orang dah kurang.
nak beli detergent, pencuci botol, wet tisu....
kain baju takde rasa nak beli pun....sebab tu rasa macam nak pegi belah petang saja.
itupun tengok tahap kerajinan en asben nak bawa...
maklum la, ada 'handbeg' kiri kanan ni....nak pegi tempat sesak ramai orang ni kena pikir 2-3 kali dulu....xoxo

so korang,  yang mana nak memborong......simpan duit dari sekarang ye :-P

Thursday, February 12, 2015

Resepi Lasagna Choc




Pertama kali makan choc lasagna ni....perghhh sedappppnyaaa
Terus teringin nak buat sendiri...
Bila fizi sharekan resepi, balik kerja terus pergi kedai bakeri beli bahan-bahan.
Tengok...tengok...semangatttt sungguh !!!!

Ni hani copy resepi dari blog rafiziyunos.blogspot.com
TQ fizi for sharing....
Kalau korang nak lagi detail, boleh buka blog beliau, siap ada gambar sekali.
Lagi mudah.....
Macam aku, kalau nak try sesuatu masakan tu...aku memang suka step yang ada gambar.
Bila aku yang masak, aku malas lak nak snap gambar setiap step ...hehe...tak sabor nak buat la katakan.
Nak cepat jewww...

So korang...try la buat...siyes mesti menjadi...memang SEDAPPPP di makan bila sejuk (letak dalam peti sejuk...lagi lama lagi sedap)

Adunan A
Lapisan Bawah


2 bungkus oreo
5 sudu besar butter (dicairkan)

Adunan B
Chocolate Coconut Pudding


1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
Secubit garam
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan santan kotak
200 gram dark coklat
1 penutup penuh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko

Adunan C

250g cream cheese
2 sudu besar susu segar
100 gram gula aising
300ml non-dairy whipping cream

Cara-cara
1. Kisar biskut oreo (beserta krimnya sekali) & butter dalam food processor kalau takder food processor pakai tangan pun boleh, ramas-ramas biskut dan gaulkan dgn butter cair. 

 2. Masak adunan B secara kaedah double boiler.

3. Putar cream cheese sehingga lembut. Pastikan creem cheese telah diletakkan pada suhu bilik dahulu yer. Campurkan 2 sudu besar susu dan gula aising. Putar sehingga semua sebati.

 4. Putar non-dairy whipping cream secara berasingan. Whipping cream tu kena yang baru keluar dari freezer tau. Mula dgn kelajuan perlahan dan teruskan putar dengan kelajuan tinggi. Putar sampai kental, maksudnya bila kita terbalikkan bowl, cream tu takkan jatuh.

5. Pastu barulah adunan cream cheese td di tuang kedalam adunan whipping cream. Gaulkan dengan
 spatula je tau.

6. Lapisan bawah ialah Oreo yang kita dah hancurkan tadi…buat sedang-sedang je lapisannya. Kemudian letakkan adunan C (separuh sahaja), pastu adunan B (chocolate coconut pudding). Dan separuh dari adunan tadi untuk sebelah atas. Taburkan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan menggunakan blender.

Nota:

1. Chocolate coconut pudding tu mestilah likat sedikit dari susu pekat yang kiter beli kat kedai tu…x cair sangat dan tak pekat sangat
2. Masa double boiler, selalu lah kacau adunan tu supaya tak berketul-ketul…fizi pon confused juga masa mula2 buat kenapala tak pekat2 langsung…memang makan masa rupanya, pastikan air cukup tau..kalau kering air kang jenuh..dan pastikan air menggelegak betol2 sebelum di double boile kan…ok..
3. Boleh je nak tukar oreo dengan chips more, tapi fizi prefer lagi pakai oreo..sebab more chrunchy.
4. Topping pilihan (stroberi, chocolate rice, chocolate chip, white choc chip)


p/s: dah cuba buat oreo aiskrim? Boleh terjah resepi dekat sini ye [LINK]

Wednesday, February 11, 2015

strata title oh strata title


Apa itu Hakmilik Strata?
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah yang unit-unitnya telah dijual.  Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Townhouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.

Mengapa Perlu Hakmilik Strata?
Hakmilik Strata perlu ada –
  • Untuk menjaga kepentingan kuasa pemilik petak (pembeli) untuk urusan urusniaga (pindahmilik, gadaian, pajakan dll). Selain daripada itu:-
  • Menjadi rekod /bukti yang sah bagi menunjukkan petak tersebut adalah kepunyaan pemilik petak (pembeli);
  • Memudahkan urusan jual-beli, pinjaman bank, urusan kematian/pembahagian pusaka.
sumber: Pejabat Tanah dan Galian Selangor [link]

So, kepada uols yang membeli rumah seperti yang dikategorikan di atas, bersiap sedialah dengan duit untuk urusan pertukaran hak milik ini. Lagi mahal aset yang dibeli, makin mahal yang dikenakan.
Nasib umah yang aku beli ni bukan berharga RM500 ribu...hihi...kalau tak, aku pengsannnnn 10 juta kali.

Beli rumah bawah ni (landed house) pun kan sama ada bayaran juga cuma tak dipanggil hak milik strata, tapi dipanggil cukai tanah.

Sebenarnya aku tak pernah tau pun pasal benda alah ni...sampai abang aku yang bagitau pada aku lepas dia setelkan strata title kondo dia di Setapak. Lepas tu aku terus google, buat research sikit...
Aku pernah tanya call developer tanya pasal strata title ni. Developer bagitau lambat lagi strata title ni akan dikeluarkan. Fuh lega skit.

Sekali tup-tup bulan Nov 2014 aku dapat surat dari lowyer pasal benda ni. Arrggg nampak gayanya dah kena get ready dengan duit la jawabnyaaaa....!!!
2 minggu lepas aku ke pejabat lowyer di Kelana Square untuk sain Memorandum of Transfer (MOT) dan buat bayaran sekali.




Pengiraan jumlah ni seperti berikut:

1. Perfection of Transfer - RM427.15
    Service Tax - RM25.63

2. Disbursements :-
Land search - RM60
Stamp Duty - RM2596.00
Registration Fee (MOT) - RM200
Transportation, communication and courier charges - RM100
Photocopy and printing charges - RM300
Miscellaneous charges - RM50


Total RM3,758.18

Tempoh untuk selesaikan adalah 12 bulan dari tarikh surat yang kita terima dari lowyer.
Ikutkan aku masih ada banyak masa lagi....cuma aku tak tahu sama ada aku banyakkkk tak duit masa akan datang hahahaha. Sekarang ni takde la banyak duit pong, cuma ada la lebihan sikit sebab dapat bonus kan (melepas aku nak shopping...............). Maka abislah bonus + gaji aku untuk bulan berikut...sobs sobs :'(
Jika dalam masa 12 bulan kita masih tak selesaikan urusan strata title ni, kita boleh dikenakan denda sehingga boleh mencecah RM10 ribu......xoxo..pening ai dengarrr!!!!
Jadi aku rasa keputusan aku bayar dengan cepat ni adalah keputusan yang sangatttt tepattt.

Sebelum urusan hak milik strata ni, kita kena pastikan cukai pintu dan tanah telah dibayar serta tiada bayaran penyelenggaraan tertungggak (pengurusan rumah). Yang ni pun aku dah setel semua....hampir RM 3K tauuu...ni la padahnya kalau maintanance tu dibiarkan tertunggak lama.
hambekkkk kau sedebukk aku kena bayar. (-_-) *nangis lagiiii..........

Memandangkan rumah yang dibeli tu masih ada hutang dengan pemberi pinjaman, nanti atas geran tu akan ada nama pemberi pinjaman. Contohnya macam aku buat pinjaman dengan Perbendahaaran Malaysia dalam erti kata lain pinjaman kerajaan, nanti atas geran tu ada nama aku dan juga Perbendahaaraan Malaysia. Nanti dah abis bayar hutang, baru la nama Perbendahaaraan Malaysia tu dikeluarkan. Ala....sama macam korang beli kereta tu kan. Atas geran kete kan ada nama bank..melainkan korang beli cash....hehe

Aku diberitahu oleh lowyer, kemungkinan boleh dapat 50% pengecualian bayaran kerana ini adalah rumah pertama dan rumah ini pula memang aku duduk (bukan untuk disewakan). Cuma aku perlu buat bayaran penuh dahulu, jika dapat pengurangan..nanti lowyer akan refund semula baki. Ada juga sesetengah kes kena reject sebab bila semak semula, rumah tersebut bukan rumah pertama (ni orang yang banyak rumah la kot!). Harap-harap aku dapat pengurangan tu, dapatlah balik dalam RM1880.00, banyakkkk tu :-P

setakat ni, ni je yang aku nak kongsikan pasal strata title ni. banyak lagi yang aku nak kena tau, kena google, kena study...untuk pengetahuan umum kan!

apapun, aku dah lega selesaikan perkara ni....eh! nasib baik ada sebijik je rumah atas awan ni....kalau ada 3-4 biji, adoiiii.....berpinor mata nak bayarrrr kan. So sekarang aku hanya perlu tunggu surat dari lowyer yang menyatakan aku dah berjaya memiliki hak milik rumah..yahooooo!!!!

Friday, February 6, 2015

1st Giveaway

Assalammualaikum semua,

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, hani berbesar hati nak buat GIVEAWAY.

Memandangkan ni first giveaway, so kita buat cara yang mudah-mudah jeww...




Cara:
1. Follow blog ini .
2. Buat satu entry di blog anda dengan meletakkan banner gambar di atas.  Lepas tu tulis apa saja ayat ringkas je. Contoh: 'Jom kawan-kawan.....join giveaway ni'. Linkkan banner tersebut di blog ini.
3. Letakkan tajuk entry anda dengan perkataan : 1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com
3. Bila dah selesai, tinggalkan link enrtry anda di ruangan komen blog ini.

MUDAH sangattt kannnn!!!!

Tarikh Penyertaan: 6-28 Februari 2015

Hanya seorang pemenang bertuah yang akan dipilih. Insha allah, next time kalau ada rezeki lagi hani akan buat giveaway dan pilih lagi ramaiiiii pemenang ok.

Uolss mesti nak tauuuu kan dapat hadiah apa kannnn....!!!!

Pemenang akan dipilih secara RANDOM.....dan akan menerima hadiah berupa KINETIC SAND. 
Boleh la bagi anak-anak uolls main pasir...tak perlu risau berkudis hehe....eh!mak ayah nak main pun boleh juga, kot la main kecik tak dapat main pasir sebab kena marah ngan mak pak kan, boleh la lepaskan gian :-P

Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.


GOOD LUCK uolss !!!!




 KEISTIMEWAAN Kinetic Sand:
* Tidak mengotorkan apabila dimain
* 98% daripada pasir original
* Tidak akan kering apabila dimain.
* FREE dari bahan bersifat alergen
* FREE dari bahan replica rolex bersifat gluten
* Dibuat dengan bahan antimikrobiol semulajadi
* Tidak meninggalkan baki ketika dimain
* Tangan kekal bersih apabila dimain
* Kinetic sand hanya melekat sesama mereka!

::KELEBIHAN Kinetic Sand::
*Sangat sesuai untuk tumbesaran kemahiran motor halus anak-anak.
* Sangat sesuai untuk tumbesaran kemahiran menyelesaikan masalah anak-anak.
*Sangat sesuai untuk tumbesaran daya sensori anak-anak
* Sangat sesuai untuk tumbesaran daya kognitif anak-anak
* Boleh mengelakkan anak-anak ketagih gadget



Wednesday, February 4, 2015

8 Tips Membaca Buku Dengan Anak-Anak


credit artikel: http://share.sweetmuslimah.com

Terjumpa artikel ni...so copy paste dalam blog sebab bila free, bole juga baca kan...


#Tip 1: Baca dengan perlahan-lahan
Perlahan-lahan disini bukanlah bermaksud suara yang perlahan, tetapi kelajuan yang rendah. Kanak-kanak lebih mudah untuk menangkap setiap patah perkataan dan belajar dengan lebih baik bila dibacakan dengan perlahan.mungkin agak sukar untuk kita membaca dengan perlahan, tetapi ianya memang akan membantu.
Jangan lupa untuk menggunakan pelbagai intonasi (seperti, marah, takut, gembira, sedih dan sebagainya) yang sesuai ketika membaca untuk lebih manarik minat mereka.

#Tip 2: Bacakan semula buku yang telah anda baca
Kanak-kanak suka membuat perkara secara berulang-ulang, begitulah juga dengan membaca buku. Jika anak anda menyuruh anda mengulang buku yang sama sehingga anda muak dan jemu, itu adalah perkara yang baik!. Kanak-kanak akan belajar lebih banyak dari buku tersebut apabila dibacakan berulang-ulang kali.
Lebih banyak anda baca, lebih banyak perkataan dan perkara yang dipelajarinya. Ianya seperti jika anda menonton filem untuk kali kedua, anda boleh nampak atau perasan kejadian yang anda tertinggal pada kali pertama menonton. Begitulah kanak-kanak belajar melalui membaca buku.

#Tip 3:Tunjuk perkataan dengan jari ketika membaca
Strategi ini adalah penting untuk kanak-kanak memahami bahawa setiap perkataan yang dibacakan mengandungi maksud. Ia juga membolehkan kanak-kanak fokus pada buku tersebut.
Selain itu kanak-kanak akan belajar bahawa buku dibaca dari arah kiri ke kanan dan dari atas ke bawah kecuali buku dengan tulisan jawi yang dibaca dari kanan ke kiri.

#Tip 4: Minta anak anda menunjuk gambar di dalam buku
Libatkan anak anda dalam pembacaan dengan memintanya menunjukkan gambar di dalam buku. Sebagai contoh “mana kucing?” ataupun “tunjuk ikan kat mama”. Ini bukan sahaja mengekalkan fokus kanak-kanak kepada buku tersebut, malah ia juga boleh mengajar kanak-kanak kosa kata yang baru tentang objek-objek yang biasa dilihat.


adeya baca buku dengan ayah

#Tip 5: Tanya anak anda tentang situasi yang terjadi di dalam buku
Teknik ini akan membantu kanak-kanak untuk memahami cerita dan apa yang terjadi dan juga membina kebolehan mereka untuk menjawab pelbagai jenis soalan. Anda boleh menggunakan soalan seperti ya/tidak, apa, siapa, mana, bila, kenapa dan bagaimana.
Contoh soalan yang boleh ditanya adalah seperti “mana kucing hitam?, itik buat apa tu?, kenapa dia jatuh?, kereta besar tak? Dan sebagainya”

#Tip 6: Cari buku yang berkaitan dengan minat anak anda
Kanak-kanak lebih gemar membaca jika buku tersebut berkaitan dengan minat mereka. Contohya jika kanak-kanak menggemari kereta, anda mungkin boleh membeli buku cerita berkaitan kereta. Anda boleh membawa anak bersama untuk membeli buku dan meminta mereka memilih sendiri buku yang ingin dibaca.

#Tip 7: Baca pelbagai buku yang berbeza
Dedahkan anak anda denga pelbagai jenis buku yang berbeza seperti buku cerita fiction (cerita yang direka), buku non-fiction (buku berkenaan fakta atau topic), buku tentang orang yang berbeza, buku yang banyak gambar dan sebagainya. Ini membolehkan anak anda belajar tentang banyak perkara dari buku yang berbeza. Mereka juga akan memahami bahawa setiap buku yang berbeza mempunyai cara pembacaan yang berbeza.

 #Tip 8: Lakukan aktiviti yang sama seperti yang terjadi di dalam buku
Untuk membantu kanak-kanak lebih memahami perkara di dalam buku, anda boleh melakukan perkara yang ada di dalam buku. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah melukis apa yang terjadi di dalam buku, bermain paly dough, lego atau blok kayu untuk membina bangunan seperti di dalam buku atau anda juga boleh pergi ke zoo dan kaitkannya dengan buku berkenaan haiwan yang telah anda dan anak anda baca.
Ini membantu kanak-kanak untuk mengaitkan apa yang dibaca di dalam buku dan apa yang terjadi di luar.
Kebolehan membaca adalah penting untuk kanak-kanak belajar. Tetapi sebelum mereka boleh membaca dengan sendiri, ibu bapalah yang perlu menjadi pembaca mereka. Membaca merupakan aktiviti yang seronok dan mudah dilakukan di rumah dan dimana sahaja. Ianya kelihatan mudah dan ringkas tetapi memberi banyak manfaat kepada pembelajaran kanak-kanak.

Selamat mencuba tips membaca buku dengan anak-anak!

Review: Freemie

 


semalam cuti umum thaipusam baru berkesempatan buka kotak freemie ni, basuh dan steriler part.
untuk part freemie, pastikan baca dulu user manual sebab bukan semua part dalam freemie boleh di stereliser. ada sesetengah tu hanya perlu handwash sahaja.
lepas dah basuh semua part, gigih la aku baca user manual, tengok youtube cara nak pasang part.
semangat okehhh....
sampai cakap dekat anak 'jangan kacau mama ye...mama sibuk ni ada keje' aaggagaga

 

hari ni dengan rasminya telah menggunakan freemie di ofis.
aku guna bersama lacte solo yang baru dibeli juga.
nak test pakai dengan lacte solo, lepas ni nak pakai dengan medela fs lepas antar servis nanti.
pertama kali guna macam kekok juga, ye la freestyle kan....tak yah pegang-pegang
walaupun medela freestyle ku itu handfree juga, tapi aku tak pernah buat jadi handfree tauuu...
gigih juga pegang hahaha
cuma sekarang ni aku baru try guna satu je cup freemie, belum guna kedua-dua belah sekaligus sebab guna lacte solo kan [single pum]

memandangkan aku ada kursus IT ari ni, aku try bawa ke kelas....
letak lacte solo dalam beg laptop..
kursus kan...dalam kelas sunyi la skit sebab dok dengar cikgu mengajar
risau juga lacte ni bunyi kuat...
dah letak siap-siap freemie dalam baju..
sambil tangan dan mata tertumpu ke laptop....
lacte ni memang sangatttt senyap..
kawan sebelah pun tak tahu aku tengah mengepam...
sayup-sayup je dengar bunyi pam tu.

test guna sebelah cup je dulu

nak ikutkan aku ni bukanlah busy sangat sampai susah nak mengepam
keje programmer ni kan banyak keje dengan komputer je, masa fleksibel...
so aku boleh banyak kali pam pun, janji keje kita bole setel ontime kan..
tapi biasalah, kadang-kadang perasaan malas nak mengepam tu ada..
ish..ish...tak boleh camtu.
kena jaga DEMAND, barulah SUPPLY juga sentiasa ada kan...
sebab tu aku beli juga freemie ni supaya maintain mengepam giteww...huhu *alasan

walaupun aku dah breastfeed adeya dah 1 tahun 3 bulan, aku tak rasa rugi pun beli freemie ni walaupun harganya agak mahal, bagi aku la...mungkin bagi orang lain tak mahal mana sangat kot!
sebab aku boleh gunakan untuk anak seterusnya (eh??) :-P

guna freemie ni korang tak boleh nak gerak lebih sangat, maksud aku korang nak menunduk ke, nak bersandar ke...sebab susu boleh masuk ke dalam tubing.
tapi jangan risau, kalau pakai backflow protector.....selamat la skit susu nak masuk dalam motor pam kan.
kalau masuk dalam tubing, nanti lepas pam cuci je tubing tu..jangan biar lama lak sisa susu dalam tu. nanti boleh menyebabkan berkulat lak.

so far aku puas hatiii dengan freemie...
sangat memudahkannn !!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...