4th Maternity & Chil Expo 30 Nov - 2 Dis 2012

Hari sabtu lepas kami berkesempatan ke baby expo di Mid Valley...Cadang nak keluar pagi-pagi, mudah dapat parking kan..
Awliya dah bangun seawal pukul 7 pagi, lepas bagi susu dan main-main dengan dia,
pukul 8.30 dah bagi mandi - sian kena mandi pagi-pagi hehe
Pakai baju siap-siap terus. Sebelum keluar kena tidurkan dulu, baru la si kecik tak mengamuk nanti bila dah puas tidur kan.

Bila dah tidur, mama & ayah terus bersiap. Tunggu awliya bangun tidur je.
Sekali lama la pulak dia tidur, dekat 2 jam okeh - klu tak kuar umah, tidur kejap gile, alahai anak sabor je la...
Si ayah pun dah sampai tertidur di sofa...

Penantian akhirnya berakhir - ceh ayat skema tul...
Terus je angkat awliya dah keluar rumah pukul 11.30...barulah nak breakfeast sekali

Kami sampai di MV pukul 1.00 pm, perrghh susah tul cari parking...
Masa smpai tempat expo, orang agak ramai juga...
Terus buat pendaftaran untuk dapatkan goodies beg..




Sebenarnya datang sini nak survey play mat utk awliya...
Si kecik tu kan dah lama pandai meniarap, bila ada play mat best skit dia nak
meniarap kan...[mama dia yg teruje sebenarnya nak beli]

Booth untuk play mat tak banyak, ada 3 je..
Rupanya play mat ni ada dua jenis, PVC dan PE
PVC lebih mahal berbanding PE
Bila dah survey semua booth, PVC ni dalam linkungan harga RM390-RM429, PE pulak dalam lingkungan harga RM99-RM150
PVC ni lebih tebal dan lembut berbanding PE

Disebabkan awliya ni masa meniarap kadang2 suka menghentak kepala ke lantai - ganas anak dara ni
kami decide beli PVC.
Mula2 nak beli jenama Parklon, memang best...sedap je klu pijak dan baring...tapi mahal la pulak
harga RM429...percuma dapat kipas angin kecil -comel lak kipas tu
ada kerusi comel...nsb baik xjual...klu tak, mama nak beli juga hahaha

booth Parklon


Lama gile nak buat keputusan nak beli yang mana satu.
Lastly kami buat keputusan beli jenama Comflor dengan harga RM399 - sebab lebih tebal 1.3 inci berbanding parklon 1.2 inci, warranty selama 1 tahun, both side ada corak yang berlainan
Dan yang penting BPA free...selamat untuk baby - kan baby ni klu meniarap suka je nak menjilat
Play mat ni juga waterproof - kalau basah tak la diserap sampai bahagian dalam tu.
U oll bole refer website Dwingler di sini.


Mula-mula mama berkenan dengan corak polar bear, sebab ada ABC..nti awliya boleh blaja sambil guling2 tu kan.. tapi nasib baik penjual tu bgtahu kami ada gambar ba alif ba ya. Nasib baik promoter cina tu alert bab ni dengan customer melayu.. So kawan2, kalau nak beli tu...tengok betul2 corak tu..
kadang2 kita memang tak perasan sangat sebab corak di play mat ni kan crowded dan colourful..


sila lihat pada bulatan hitam tu

Kami pilih design space rabbit - mama tak berkenan sebenarnya
Tapi en asben suka sbb material nampak lembut sikit, tak la tangan baby berbekas merah masa meniarap tu
Rela kan jer la - moga anak nanti boleh jadi ahli sains @ angkasawati Msia yang pertama hahaha *berangan jap

Bila balik rumah, mama lak tak sabar nak bentang di ruang tamu..tempat awliya suka golek-golek - mama pun tumpang guling jgak ngeeee...
Buat masa ni tikar ni letak di ruang tamu sementara mama nak siapkan bilik awliya - dlm proses





Buat aksi akrobatik la pulak !!!

Tips penjagaan play mat
  • jangan letak benda berat di atasnya etc kabinet, katil
  • jangan letak benda tajam di atasnya etc pisau

Bila dah dapat apa yang diidamkan, biasalah terbeli juga benda2 sampingan hehehe - dah nama pompuan kan, memang la camtu
Dekat booth pureen mama beli 3 pasang baju awliya, kat sini tak la semurah macam pureen warehouse tu...sepasang RM15


Dan.....beli kasut rm15 [walaupun ta pandai jalan lagi] heee
Headband-RM10
Buku 123- RM10
Kotak simpan menan - RM25
terus test headband baru walaupun tak match dengan baju....

kasut tomei polkadot...


Nasib baik masa mama n ayah agak pokai sebab gaji lambat lagi...klu tak banyak lagi nak memborong heeeee....




Comments

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu