Solid Food::Sup Ikan Merah

Dah lama tak bercerita pasal solid food awliya ni...
Memang pening nak pikir pasal makanan anak ni kan.
Bukan boleh bagi sebarangan.
Kena kreatif pelbagaikan menu supaya baby tak jemu.
Jangan kata baby, mama pun boleh jemu kalau asik masak benda yang sama je kan.

Setakat ni memang hani kena merajinkan diri memasak pelbagai bubur dan lauk 
untuk budak kecik tu.
Hani tak pernah bagi Nestum/Cerelac pada awliya.
Eh...ada masa mula-mula nak kenalkan solid food dulu, itupun 2 sudu je.
Pastu dia tak nak. Sampai sekarang hani tak ajar dah dia makan makanan segera tu.
Nampaknya terbiar macam tu je Cerelac.
Tak pe lah anak, mama sanggup bersusah payah memasak demi kamu.
Air tangan dari mama ni kan terbaik untuk kamu.
Rasa puas dan hepi bila anak berselera makan masakan kita kan.....

Ini menu semalam 'Sup Ikan Merah'
Memandangkan awliya dah nak masuk 10 bulan,
hani dah start menumis bila nak masakkan lauk untuk budak kecik ni.

Menu ni pun main campak-campak je, guna bahan yang sedia ada dalam peti sejuk je

Ok, hani nak sharekan cara memasak sup ikan merah ni - walaupun senang je, tak le hebat sgt pun..poyo je lebihhh hahahaha

Bahan-bahan
1. Ikan merah
2. Lobak
3. Kentang
4. Sayur bayam
5. Daun bawang/sup
6. Sedikit ikan bilis

Bahan menumis
1. Minyak olive oil
2. Bawang putih
3. Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
 
Cara memasak
1. Tumiskan sedikit bawang putih menggunakan olive oil.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Jangan banyak sangat, cukup-cukup rasa je.
3. Kemudian masuk air secukupnya. 
4. Masukkan kentang dan lobak. Masak sehingga empuk.
5. Masukkan ikan merah
6. Masukkan sayur bayam
7. Masukkan sedikit ikan bilis untuk bagi rasa masin sedikit. Pastikan rendam ikan bilis terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa masinnya.
8. Tunggu sehingga mendidih
9. Masukkan daun bawang dan daun sup.
10. Sedia untuk dihidang.

Nyum...nyum....menyelerakan sebab ikan merah ni rasanya manis.
Boleh dihidangkan bersama nasi putih/bubur. 
Memandangkan awliya dah tumbuh gigi 2 batang dan dah pandai mengunyah,
kadang-kadang hani hidangkan dengan nasi biasa je. Cuma masa masak tu lebihkan
sedikit air untuk bagi nasi tu lembut sikit. 

Setakat ni hani tak pernah masukkan GARAM atau GULA dalam masakan awliya.
Dia pun dah biasa dengan masakan yang tawar....
Hanya rasa masin ikan bilis yang tak berapa nak masin je tu...
Hehe....bagus untuk kesihatan kan...
Jangan ikut mama kamu ni yang suka manis-manis...ngeeee



Comments

  1. jgn kata Awliya, Auntie Rose tgk pun dh terliur..sedapnya..leh try kat umah nanti heeee

    Awliya mkn byk2 tau kasi cepat besar..nanti leh main ngan adik..heee

    ReplyDelete
  2. Wah..org dewasa pun suka ni..hee

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu