Qaseh Gold Junior

Dah 2 bulan awliya mengamalkan minum jus Qaseh Gold Junior.
Member ofis yang rekemenkan, kebetulan dia jadi ahli.
Produk ni adalah keluaran Bumiputera dan semestinya HALAL.
So, hani pun try beli untuk diberi pada awliya.
Sebotol ni harganya RM60.

Mula-mula risau juga kalau Awliya tak nak jus ni, kang membazir je.
Tapi rupanya, awliya suka sangat.
Ayah gunakan picagari untuk bagi pada awliya.
Sekarang ni kalau nampak ayah pegang picagari tu, dia dah tau time untuk minum jus qaseh ni.
Terus jer serbu dekat ayah tak sabar-sabar nak minum.
Lepas ni kalau betul2 kena makan ubat, takde awliya fobia nampak picagari dah hehe.

Kadang-kadang kalau dia nampak botol Qaseh tepi meja, dicapainya dan terus bawa dekat ayah suh kasi minum..

Sepatutnya kena minum 2x sehari, pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.
Tapi pagi tu memang tak sempat, agak kelam kabut. Dengan bersiap-siap nak pegi keje kan.
Dengan budak kecik tu tak bangun tido lagi.
So, dapat bagi pada awliya sebelah malam je.

Kandungan dalam qaseh ni adalah campuran makanan sunnah Nabi seperti badam, kurma, kismis, madu, tiin, zaitun, delima, habbatus sauda dan air zam-zam.
Antara kebaikan jus junior qaseh ni adalah:
-membekalkan tenaga
-mencerdaskan minda
-menguatkan sistem imun
-menyokong tumbesaran
-membekalkan serat

Boleh refer di sini [link]

Setakat ni, syukur alhamdulillah...
Awliya dah jarang demam, antibodi pun dah semakin kuat. [dengan izin Allah].
Kalau batuk dan selesema pun tak lama.
Kalau tidak sebelum ni, boleh dikata dia selalu demam.
Kalau batuk mesti lama, sampaikan pernah 2 minggu tak hilang-hilang.
Rasanya dah lama awliya tak telan ubat-ubat klinik tu.
Kalau tengok dia selesema dan batuk sikit, kami teruskan bagi minum jus ni je.


Bab membekalkan tenaga tu yang tak boleh tahan hahaha...
Tenaga si kecik ni mengalahkan tenaga mama dan ayah dia...
Sampaikan kitaorang selalu cakap, 'awliya tak tau penat ke'??
Kitaorang yang penat melayan kerenah dia...huhuhu
Tak per lah wahai anak, mama sebenarnya gembira melihat kamu cergas..

Sebelum minum, disaran ibu bapa membaca bismillah, selawat ke atas nabi dan berniat untuk anak.
Niatla supaya anak kita sentiasa sihat dan cergas.
Jadi anak yang soleh/solehah.
In shaa allah.
Semoga doa2 kita sebagai ibu bapa ni dimakbulkan Allah swt.


p/s: hani bukan pengedar produk ni ye, sekadar berkongsi pengalaman menggunakannya. Sharing is caring kan....

*pinjam gambar google




tengok....bukan main suka minum jus Qaseh Gold Junior ni...

Comments

  1. Assalammualaikum...

    Saya terbaca mengenai qaseh junior ini sewaktu sedang google search dan tertarik untuk berkongsi mengenainya... boleh saya link kan entry mengenai qaseh junior ni ke blog dan fb sy? Untuk pengetahuan puan.. saya baru bermula sebagai pengedar qaseh gold.. diharap puan dapat memberikan keizinan.. terima kasih

    Ni link blog saya http://qasehdarwisyah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam...

      Saya tiada masalah untuk berkongsi pengalaman menggunakan qaseh gold ni.
      dan saya memberi keizinan kepada pihak puan.

      Delete
    2. Terima Kasih puan.. budi puan amat saya hargai.. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Saya juga nak minta izin Puan untuk meletakkan link blog puan di fb saya. Boleh Puan?

    ReplyDelete
  3. sis, anak sis umo berapa ye? ada x anak sis cirit semasa minum qaseh? Ank sy dh 4hari cirit,dlm sehari 4,5x sejak sy bagi dia minum qaseh (sbb dia batuk berkahak)...ke mmg efek qaseh mcm tu?? sy xmampu nk teruskan sbb kesian tgk anak terbaring je penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa minum kasih tu rasanya umur dia setahun. Sampai skrg dh 2 thn masih minum. Alhamdulillah xde cirit semua. Ok je. Maybe anak awk tak sesuai. Klu ada simpton mcm tu lebih baik terus stop..kesian kt dia kan

      Delete
  4. Slm puan.blh x Sy mohon share link blog puan di fb sy? Sy ingin kongsikan pngalaman ank puan dgn Qaseh Gold junior

    ReplyDelete
  5. salam kak .. boleh sy tanye sikit .. akak start bagi mase awliya umur berapa ? setahun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...akak bg masa umur setahun...kalau bwh setahun ni tak digalakkan bagi apa2 vitamin tambahan kan...smpai sekarang umur awliya dah 2 tahun setengah...masih minum qaseh gold ni...

      Delete
  6. Salam puan..
    boleh tyn,sebotol tu tahan berapa lama ye?10q😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahan dlm 2-3 bulan....sebab ada gak ter'skip' minum....

      Delete
  7. Terima kasih ye puan Hanizan.insyaallah nak beli untuk anak saya juga kalau mcm tu.:)

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu