Tuesday, April 30, 2013

engrave nama baby pada kasut....comel je !!!


Entah bila nak insaf shopping online ni hehe...
Ada je benda yang nak dibeli 
Yang terbaru...kasut kedua dari Freedie the frog...
Yang istimewanya kasut ni adalah boleh diengrave nama baby..
Hani beli dari fb: Baby and Bits
Harga RM 56 termasuk engrave nama.
Kena tunggu 3-4 minggu untuk dapat sebab engrave nama dihantar ke Indon,
so makan masa sikit kan...

Banyak juga pilihan kasut pre-walker ni....comel-comel gilerrrr...
Kalau ikut nafsu, memang nak sambar 2-3 pasang, tapi nasib baik nafsu ongkosnya
tak mengizinkan hihihi...

Masa hani tempah ni, owner bagitahu lepas ni mungkin dia akan buka order lambat sikit.
Sebab tu hani terus je buat tempahan, takut tak dibuka order dah lepas ni.
Masa nak hantar engrave nama pun, owner akan kumpul tempahan dulu, baru dihantar untuk
engrave nama, tak la boleh tempah sorang-sorang kan.

Kalau u all berminat, try la terjah fb beliau...mana tahu dia ada buka pre order lagi kan...
Check it out!!!!



warna hitam jadi pilihan sebab boleh match dengan semua baju kan..



engrave nama 'Awliya' dengan menggunakan font 'blossom'



Thursday, April 25, 2013

Kitchen cabinet::DONE...yyeeaaayyyy!!!


Alhamdulillah, kitchen cabinet dah siap.
Dua hari juga untuk siapkan keseluruhan.
Hari pertama hanya pasang rangka sahaja, dan hari berikutnya baru dipasang pintu.

Cuma ada satu pintu drawer yang belum disiap dipasang.
Sebenarnya dah pasang, tapi terjatuh pula cermin tu akibat pekerja seorang lagi
gam tak berapa kuat.
Jadi kena tunggu order yang baru. Iiisshhh spoil juga, kalau tak dah siap sepenuhnya.
Tapi tak mengapalah, sikit je tu.
So far, puas hati dengan hasilnya.
Kemas.

Kisah kitchen cabinet ni u all boleh tengok dari mula di post ini.
Kabinet ni nampak macam kecik je sebab dapur kan kecik, tapi bila dah masukkan
barang dalam ruang cabinet, rupanya banyak lagi ruang yang kosong.
Barang memang banyakkkk sangat, dalam gambar je nampak kosong macam takde barang sebab dah letak semua dalam stor. Kalau tengok barang, memang pening kepala nak mengemasnya.




SEBELUM




SELEPAS
(satu cermin dekat drawer belum dipasang)


 
 SEBELUM




 SELEPAS


Ni pulak bahagian wet kitchen. Buat cabinet bawah je. Mula-mula nak buat cabinet bahagian atas juga tapi disebabkan kawasan agak terhad, ianya tidak sesuai. Asalnya kawasan ni adalah yard. So, just pasang hood je.



SEBELUM






SELEPAS

 




Bahagian bawah sinki, diletakkan aluminium door. Pintu ni ada lubang-lubang kecil untuk pengudaraan. Jadi bawah sinki tu takde lah berbau sebab ada udara keluar masuk kan.

En asben dah sound, pasni kena la rajin memasak sebab dapur dah cantik....ngehhhh
Paling tak tahan, suh belajar buat kek....apa guna ada oven built in tu...huhuhu *mcm nk nangis....
In shaa allah, oven tu akan digunakan..mama kan dah ada pembantu kecik tu...hahahaha 

Total keseluruhan adalah RM 8,230. Ni kabinet sahaja, tidak termasuk built in oven dan dapur tu. Yang tu, hani beli asing.So far, ini harga yang paling murah hani dapat setelah survey 2-3 kedai. Biasanya kedai lain mesti harga 10k ke atas. Tak mampu den....huhu

Material: 4G Glass with black mirror

Lepas ni kalau ada rezeki, hani nak buat rak tv dan kabinet dalam bilik stor untuk dijadikan bilik bacaan. In sha allah. Mungkin akan buat dengan Intech Kitchen juga.

Ni hani attachkan sekali add Intech Kitchen, mana tau u all di luar sana tu tengah survey nak buat kitchen cabinet juga kan. Boleh la survey harga dekat sini pulak. Sharing is caring ^_^

Intech Kitchen
No.47-47A, Jalan Mega 1A,
Taman Industri Mega,
Bandar Teknologi Kajang
http://www.artakkitchen.com/ 

p/s:: tengah pening nak pikir tentang susun atur barang dalam cabinet...nti dah selesai, hani akan share kan ye.

Wednesday, April 17, 2013

penyakit kaki tangan dan mulut menyerang awliya

kelmarin awliya demam, badan dah naik ruam.
Mula-mula ingatkan demam campak, sebab hari tu awliya demam campak
tp sehari je, kemudian bintik merah xkeluar banyak sangat pun.
Tu yang ingat kali ni demam campak yang tak habis keluar lg.
Hari isnin awliya dah ok, cuma badan dedo je....
Hantar juga ke rumah pengasuh sebab tgk dia masih aktif dan ceria.
Lega, takde lah hanu susah hati kan.
Tapi bila petang masa ambil awliya, dia macam lemah sangat badan.
Selalu bila hani sampai dkat muka pintu, awliya akan merangkak ke arah hani.
Tapi kali ni, dia terbaring dkat bantal dan merengek minta hani yang datang dkat dia.
Rupanya demam lagi.

Cian bucuk mama ni.....

Semalam, tengok bibir awliya macam bengkak dan berdarah sikit.
Tengok dalam mulut macam ada ulser.
Oohhh...risau betul.
Patutla tak nak minum susu sangat, biskut kegemaran dia baby bites pun tak nak makan. Bubur je yang boleh diterima.
Rupanya mulut sakit. Sian anak mama.

Nasib baik mama dan ayah cuti sbb nak tggu org pasang cabinet.
Malam tadi bawa ke klinik panel, setelah doc check...
Doc kata awliya terkena penyakit kaki,tangan dan mulut (HFMD).

Doc just bagi ubat demam, selesema dan antibiotik.
Hani minta juga ubat sapu, tapi doc xkasi sebab bahaya utk baby
jika tersentuh kulit dan baby kan suka masukkan tangan dalam mulut.
Doc bgtahu penyakit ni akan hilang dengan sendiri, ubat yang diberikan untuk
kurangkan demam dan gatal di badan akibat ruam.
hani juga diminta jangan menghantar awliya ke rumah pengasuh sebab penyakit ni
boleh berjangkit dengan budak2 lain.
Nasib baik doc offer bagi mc untuk hani jaga awliya - tak teringat lansung nak minta mc, terpikir nak amik cuti rehat je...hehe jimat cuti den.
next week ada appointment utk doc buat check up lagi.
Hopefully, awliya cepat sembuh. Amin...amin

so, hani pun google la tentang penyakit ni
haaaa.....dh kena kat anak baru nk ambil tahu kan...
Sebelum ni pernah dgr psl penyakit ni, tapi buat tak tau je kan...huhu
Nampaknya lepas ni nk kena cuci semua barang menan awliya, suka sgt bawa
masuk dlm mulut tauuuuu.....
Utamakan KEBERSIHAN dalam semua aspek...k


HFMD

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
  • Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan

p/s::minggu ni nk ke gambang waterpark...family vacation..dh booking  dan buat pyment semua.adoyaiiii camni ni?????ooohhhh dugaan sungguh

Tuesday, April 16, 2013

Kitchen cabinet::in progress

Short entry
hari ni hani n asben cuti sebab intech kitchen akan datang psg kitchen cabinet.
Yeaaayyy.....akhirnya kc idamanku ada dpan mata dah. setelah byk benor dugaan yang datang.
Dr kul 11 pagi, sehinggs post ini ditulis (530 ptg) masih belum siap.
Menurut pekerja tu, memang tak sempat siap hari ni, kena sambung esok.
Nampaknya kena ambil cuti lagi la esok.


Simple je.
Nanti hani post lagi bila dah siap yer.
Tunggguuuuu..........

Monday, April 15, 2013

Avent Manual Breastpump

Finally....beli jugak avent breastpump manual ni...
Akibat frust mencari dkat baby ekspo ari tu..
Beli online je, puas hati...lebih murah kan.

Survey punya survey, mylittilekids.com antara yang murah la jugak.
Sekarang ni tengah ada promotion.
Grab je la, malas nak pending lama-lama.
Walaupun benda ni jarang digunakan, sebab medela fs tetap dihati hehehe.
Tapi tetap nak beli awal-awal.
Lepas ni, bujet boleh beli benda lain pulak.

Lagi satu page yang jual murah...bole tengok dekat page Nuriz Shar
My fren yang rekemen kat Nuriz Shar, servis mantap juga.

Asalnya nak beli yang ni....
 


Tapi...tapi...sekarang dah keluar paten baru lak....hehehe...terus berkenan nak beli yang ni..comel lak bentuk botol tu.

Memandangakn littlekids ada promotion untuk combo pack, breastpump dan botol sekali...
dengan harga RM235.80...dapat free gift 2 biji tupperware.
Yeaaayyy...suke-suke. i kan pengumpul barang-barang tupperware..ngeeee
Tak sabar tunggu barang sampai. Esok kot dapat sebab baru terima tracking number dari dioarg
Servis pun cepat.

Sekarang ni tak boleh la nak review pasal breastpump ni sebab belum pernah guna kan...nanti dah guna baru boleh review, tapi lambattttt lagi la hehehe...

Tapi kalau u all google, ramai yang bagi good feedback....
Sebab tu la, hani beli yang ni pulak.....


Review Set Berpantang::Afiat

Hani nak share set berpantang yang digunakan masa bersalinkan awliya.
Serius masa mula-mula confius nak beli yang mana satu.
Niat dihati teringin nak pakai Nona Roguy (NR).
Tau-tau je la harga dia kan, RM300++.
Masa ni memang bujet agak terbatas, maklum la...bujet banyak dihabiskan dekat barang
baby, anak pertama kan...semua barang takde lagi.

Bila tanya pendapat kawan-kawan yang dah pernah bersalin, ada yang mengatakan
'tak payah beli mahal-mahal, nanti tak semua barang dalam tu kita pakai...rugi je'
Bila pikir balik betul jugak kan.

Bila jumpa kakak ipar, dia pulak rekemenkan pakai set berpantang Afiat.
Sebab dia sampai anak ke 3, guna set Afiat je dan dia rasa ok.
Survey punya survey, set ni harganya dalam RM90 je. Murah kan.
Tapi hani masih tak beli lagi, pending dulu.

Sekali sampai bersalin...haaa ambik ko, tak beli jugak set berpantang.
Lepas keluar dari hospital, badan rasa lemah dan letih sangat.
Seminggu jugak berpantang tanpa makan ubat apa-apa.
Just makan ubat yang hospital bekalkan je.

Masa balik kampung, minta mak belikan juga Afiat ni.
Terpaksa suh mak sebab en asben dan abis cuti, kena balik kl semula.

Dalam set Afiat ni ada:

Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 
4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam.
Untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan untuk memanaskan badan selepas mandi.
Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.
Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
Bengkung
Untuk membantu mengempiskan perut.
Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita. Memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badan 
dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.



Dalam banyak-banyak benda dalam set ni, ada gak benda yang hani tak usik lansung macam akar kayu tu, risau sebenarnya nak minum sebab bf baby kan. Walaupun sebenarnya bole je, bukannya jamu pun. Pil Afiat tu pun banyak lagi tak abis sebab makan tak ikut aturan sungguh, main skip pulak. Adoooiiiii......susah betul la diri ini nak konsisten makan ubat. Sampai mak tegur 'kamu tak makan ke ubat tu, penuh je lagi botol tu...macam tak luak pun'.....ngehhh ngehhh....hani diam je la.
Jangan dicontohi perangai tak elok ni ye. Sila la berpantang dengan betul.

Masa nak beli ni, baru hani tahu...set afiat ni ada lagi satu kotak yang warna kelabu.
Yang tu pakaging lama, dan berbeza sikit kandungan dengan yang baru ni.
So far, pada hani set berpantang ni ok. Gel mandian serai wangi dan feminin care tu memang digunakan sampai abis. Rasa badan wangi je dan segar. Best !!!.

Bengkung tu pulak bukan lah bengkung yang panjang melilit tu, pendek je...khas untuk perut. Bengkung tu ada biji-biji herba, letakkan je pada perut untuk bagi perut kempis. Hani akan pakai bengkung herba ni dulu, kemudian baru pakai bengkung yang melilit dari peha sampai perut tu. Tak la semata-mata pakai bengkung afiat ni.

Yang lain-lain tu semua hani guna jugak...tapi macam biasalah, tak abis sepenuhnya....heeee
Betul kan kata kawan hani tu, nasib baik la tak beli yang mahal....kalau tak rugi jeee...
Diingatkan sekali lagi...jangan dicontohi perangai ini ^_^
Kalau u all jenis konsisten, apa salahnya cuba yang mahal kan.
Tepuk dada tanya selera. 

p/s::next time, i nak berpantang betul-betul....janji!!! Betul, tak tipu ni........ngggeeee - in shaa allah

cuak bila kali pertama guna FlOATING NECK

Semalam bawa awliya mandi pool lagi..
Walaupun badan dia dedo (panas skit macam nak demam) - bahasa org perak
Mama sibuk gak nak terjun pool...hehe
Lagipun nak test floating neck dan swim wear yang dah lama beli tapi tak pakai-pakai lagi.

Alahai....kelakar ok tengok muka dia yang cuak tu.
Maklum la, tak pernah guna lagi pelampung ni.
Selalu guna pelampung kapal je, yang separuh badan je masuk air.
Kali ni, tinggal kepala je tak masuk air.
Mula-mula macam ok, cuma muka je cam terkejut.
Dah lama sikit, mula menagis ketakutan.
Mesti dia ingat nak tenggelam kot hihihi.

Tak pe, nanti kita try lagi ye awliya.
Next time mesti awliya dah berani guna pelampung ni.
Dah pandai apungkan badan, baru boleh belajar berenang tau !!!!
Mama & ayah akan jadi jurulatih tak profesional utk awliya ekekekeke....

Mula-mula steady je....





Dah mula cuak....dan seterusnya menangis ketakutan




 
'mama....tolong awliya, nak tenggelam ni'!!!!!


 
 Akhirnya.....berpaut jugak pada mama, sampai tak lepas tu.

Okeh, kita tukar pelampung yer....yang ni awliya berani


Kalau tak pakai pelampung pun....awliya berani jugak !!!! gud girl sayang....


p/s :: nasib baik demam awliya tak tinggi, badan just suam2 kuku je....walaupun demam, masih aktifffff lagi dan mulut masih kuat membebel...lega!!! mama pun boleh pergi keje.

Wednesday, April 10, 2013

5th Maternity & Children Expo 2013 @ Mid Valley

Macam biasa, setiap kali ada expo..sibuk je nak pegi..
Takde la nak beli apa sgt, cuma nak survey avent manual breastpump.
Kalau murah, nak terus beli jer...
Eh, nape nak beli manual pulak sedangkan dah ada medela freestyle?
Sebenarnya saje je nak buat backup...2nd breastpump..sbb tu cari yg murah je.

Kami sampai di expo lebih kurang pukul 4.00 petang, cadangnya nak keluar pagi.
Tapi budak kecik bangun lambat lak - sbb anak bgn lambat, mak ayah pun join la skali ngeeee....
Bila dah bangun...mandi, minum susu, makan..dah ngantuk semula.
Terpaksa la mama biarkan awliya tido dulu.
Dah tido 1 jam, terus mama kejutkan - tak sabar nak pegi dah hehe

Bila sampai sana, terus buat pendaftaran sebab nak dapatkan goodies bag.
Then terus masuk hall 1 & hall 2.
Round punya round, hanya jumpa satu je booth yang jual produk Avent Breastpump.
Tapi...normal price tu. Ek elleh....beli online lagi murah ok.
 

free gift yang dapat. Goodies bag dapat 2 sebab suruh en asben pun daftar jugak

Disebabkan benda yang nak dibeli tak de, macam biasalah...mana boleh balik dengan tangan kosong kan...ngggeeee...dah nama perempuan.
Singgah booth pureen, beli la 4 pasang baju budak kecik tu. Walaupun harga takde lah murah sangat, tu yang beli sikit je. Ada harga RM10, RM15 dan RM16.
Total = RM 56


Then singgah booth Mamours. Beli botol bebeconfort dan puting botol.
Harga botol RM39.90 ada diskaun 30%.
Jadi RM27.93
Harga puting pulak RM19.90 (2 pcs) setelah diskaun 30% jadi RM13.93
Botol ni jenis flip, bukan jenis yang biasa tu yang kena pusing-pusing untuk tutup botol.
Total = RM41.86



Ni pulak singgah booth QQ Baby. Beli cloth diaper. Saje nak try bagi awliya pakai ni.
Nak pakai dekat rumah je. Kalau ok, nanti boleh tambah lagi. Dapat jimatkan stok pampers.
Yang ni harganya RM27 sehelai.
Ada yang murah sikit, harga RM25 tapi kalau dibandingkan kualiti, yang ni lebih ok dan selesa.
Lapik warna putih tu lebih lembut berbanding yang biasa, agak kasar macam tuala.
Total  = RM54


Lepas tu singgah pulak booth Mumdreams. Beli nursing bra. Beli 2 helai percuma sehelai.
Sehelai harganya RM29.90. Total RM59.80.
Dekat booth Autumz pulak beli sehelai nursing bra.
Total 4 pasang nursing bra = RM89.70


Last sekali, belikan awliya headband sedondon dengan baju yang dipakai.
Harga RM8 je.

Masa lalu dekat booth yang snap gambar utk join Contest Baby Fotogernik,
saje nak try masuk contest ni.
Dah isi borang dan ambil nombor, tapi lama lak kena tunggu.

Ye la, sorang budak pun snap banyak gambar kan...nak pilih mana yang terbaik.
Kalau sewa custom diaorg, kena bayar RM50 dan dapat free sekeping gambar 4R.
Lepas tu, diaorg akan make up anak kita lak.
Kalau tak nak sewa, pakai baju sendiri...free je masuk contest ni.
Kalau dah kena Q tu, leh bayangkan brape lama kena tunggu kan... - mama awliya bukan seorg penyabar
Last-last, cancel je la...hehehe...next time la awliya masuk contest, xde rezeki kali ni.

                                                          tomeyyyy tak kite pakai headband ni???

Total yang telah dilaburkan adalah sebanyak RM249.56
Haaaa....kan dah cakap, barang yang nak dibeli tak dapat.
Barang yang takde dalam senarai pulak yang terbeli ngeeee....
Habis jugak duit huahuahua

Ekspo kali ni tak berapa best. Orang pun tak berapa ramai sangat.
Booth pun tak banyak yang menarik macam booth tommy tippie pun tak de macam ekspo sebelum ni.
Harga pun tak de murah sangat kan. Hurrrmmm, tunggu next ekspo pulak.

 
 Awliya xcited jumpa Mamy Poko


 
p/s: 20-21 april 2013, pureen warehouse sale....yang dinanti-nanti setiap tahun, nak pegi tapi masa tu ada family vacation.
uuuwwwaaaaaaa...........*meroyan tak dapat pegi






Saturday, April 6, 2013

Mula tumbuh gigi

Awliya mula tumbuh gigi masa umur 8 bln setengah.
Masa mama suapkan makanan (guna tangan), dah terasa benda keras kat gusi tu.
Confirm gigi dh mula kuar.
Mula-mula demam tapi nasib baik tak lama, sehari je.
Tapi lepas demam, meragamnya masyaallah sabar je la.
Asik nak mengamuk je, tak boleh silap sikit.
Kalau tidur malam pun tak lena. Gelisah je memanjang.
Bila tak lena tidur, mula la asik nak menangis je kan.
Sabar je la wahai anak...
Tapi skrg ni dah ok semula.
Sekarang ni dh mula mengunyah makanan, sebelum ni telan je hehe...
Gigi tu belum kuar abis, masih separuh lagi.
Jgn lepas ni awliya geget mama udah la yer....kikiki

p/s::hari ni awliya dh masuk 9 bulan....yeeeaaayyy


Jadi model ubat gigi jap....nggeeee

Monday, April 1, 2013

1 April 2013: Hepi besday to me

Alhamdulillah, hari ni genap usia ke-32 tahun
Hepi besday to me...
Eh..eh...rasa macam dah tua la...
Ala, apa yang ada pada umur....yang penting kita sentiasa rasa muda kan ahakkksss

Semoga Allah memanjangkan umurku, murahkan rezekiku, memberikanku kebahagiaan di dunia dan akhirat, diberkati kehidupan ini dan mendapat keredhaan dariNya. Semoga Allah memudahkan segala urusanku dalam menjadikan diriku seorang anak, isteri dan ibu yang terbaik untuk ahli keluargaku. Amin...amin

Memandangkan hari ni besday hani,
Dengan rasminya hani nak umumkan berita gumbira seperti yang hani pernah post hari tu.

Berita pertama....
Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki tukar kereta...- tambah hutang juge huhu
Kali ni tukar ke MPV, walaupun mampu beli kereta buatan M'sia je,
tapi syukur. lebih besar, sesuai untuk family...
Senang nak balik kampung, barang budak kecik mmg penuh satu kete kan hehehe..
Kereta lama masih ada lagi, dalam proses untuk jual...

dan yang kedua.....jeng...jeng....jeng...
Awliya akan dapat ADIK.....hehehehehe
Alhamdulillah, rezeki di awal tahun 2013. -produktif sungguh hahaha
Walaupun tak rancang untuk tempoh yang terdekat ni, tapi alhamdulillah
rezeki dari Allah. Rezeki yang tidak ternilai.
Terima dengan hati yang gembira. 
Buat masa sekarang belum lagi jumpa doc, sekadar buat UPT sendiri je.
Kalau ikut pengiraan, sekarang ni dah masuk 2 bulan. Insyaallah akan due bulan 11 nanti.
Tak sabar nak bagi awliya kawan :-)
Ohhh....tak sia-sia beli kete MPV sebab family pun bertambah nanti

Ok, akhirnya berita gumbira dah diumumkan....
Semoga bertambah rezeki kami sekeluarga tahun ini. Amin ya rabbal alamin

'hepi besday mama....awliya cayanggggg mama'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...