Monday, April 15, 2013

Review Set Berpantang::Afiat

Hani nak share set berpantang yang digunakan masa bersalinkan awliya.
Serius masa mula-mula confius nak beli yang mana satu.
Niat dihati teringin nak pakai Nona Roguy (NR).
Tau-tau je la harga dia kan, RM300++.
Masa ni memang bujet agak terbatas, maklum la...bujet banyak dihabiskan dekat barang
baby, anak pertama kan...semua barang takde lagi.

Bila tanya pendapat kawan-kawan yang dah pernah bersalin, ada yang mengatakan
'tak payah beli mahal-mahal, nanti tak semua barang dalam tu kita pakai...rugi je'
Bila pikir balik betul jugak kan.

Bila jumpa kakak ipar, dia pulak rekemenkan pakai set berpantang Afiat.
Sebab dia sampai anak ke 3, guna set Afiat je dan dia rasa ok.
Survey punya survey, set ni harganya dalam RM90 je. Murah kan.
Tapi hani masih tak beli lagi, pending dulu.

Sekali sampai bersalin...haaa ambik ko, tak beli jugak set berpantang.
Lepas keluar dari hospital, badan rasa lemah dan letih sangat.
Seminggu jugak berpantang tanpa makan ubat apa-apa.
Just makan ubat yang hospital bekalkan je.

Masa balik kampung, minta mak belikan juga Afiat ni.
Terpaksa suh mak sebab en asben dan abis cuti, kena balik kl semula.

Dalam set Afiat ni ada:

Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 
4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam.
Untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan untuk memanaskan badan selepas mandi.
Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.
Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
Bengkung
Untuk membantu mengempiskan perut.
Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita. Memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badan 
dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.



Dalam banyak-banyak benda dalam set ni, ada gak benda yang hani tak usik lansung macam akar kayu tu, risau sebenarnya nak minum sebab bf baby kan. Walaupun sebenarnya bole je, bukannya jamu pun. Pil Afiat tu pun banyak lagi tak abis sebab makan tak ikut aturan sungguh, main skip pulak. Adoooiiiii......susah betul la diri ini nak konsisten makan ubat. Sampai mak tegur 'kamu tak makan ke ubat tu, penuh je lagi botol tu...macam tak luak pun'.....ngehhh ngehhh....hani diam je la.
Jangan dicontohi perangai tak elok ni ye. Sila la berpantang dengan betul.

Masa nak beli ni, baru hani tahu...set afiat ni ada lagi satu kotak yang warna kelabu.
Yang tu pakaging lama, dan berbeza sikit kandungan dengan yang baru ni.
So far, pada hani set berpantang ni ok. Gel mandian serai wangi dan feminin care tu memang digunakan sampai abis. Rasa badan wangi je dan segar. Best !!!.

Bengkung tu pulak bukan lah bengkung yang panjang melilit tu, pendek je...khas untuk perut. Bengkung tu ada biji-biji herba, letakkan je pada perut untuk bagi perut kempis. Hani akan pakai bengkung herba ni dulu, kemudian baru pakai bengkung yang melilit dari peha sampai perut tu. Tak la semata-mata pakai bengkung afiat ni.

Yang lain-lain tu semua hani guna jugak...tapi macam biasalah, tak abis sepenuhnya....heeee
Betul kan kata kawan hani tu, nasib baik la tak beli yang mahal....kalau tak rugi jeee...
Diingatkan sekali lagi...jangan dicontohi perangai ini ^_^
Kalau u all jenis konsisten, apa salahnya cuba yang mahal kan.
Tepuk dada tanya selera. 

p/s::next time, i nak berpantang betul-betul....janji!!! Betul, tak tipu ni........ngggeeee - in shaa allah

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...