Thursday, April 25, 2013

Kitchen cabinet::DONE...yyeeaaayyyy!!!


Alhamdulillah, kitchen cabinet dah siap.
Dua hari juga untuk siapkan keseluruhan.
Hari pertama hanya pasang rangka sahaja, dan hari berikutnya baru dipasang pintu.

Cuma ada satu pintu drawer yang belum disiap dipasang.
Sebenarnya dah pasang, tapi terjatuh pula cermin tu akibat pekerja seorang lagi
gam tak berapa kuat.
Jadi kena tunggu order yang baru. Iiisshhh spoil juga, kalau tak dah siap sepenuhnya.
Tapi tak mengapalah, sikit je tu.
So far, puas hati dengan hasilnya.
Kemas.

Kisah kitchen cabinet ni u all boleh tengok dari mula di post ini.
Kabinet ni nampak macam kecik je sebab dapur kan kecik, tapi bila dah masukkan
barang dalam ruang cabinet, rupanya banyak lagi ruang yang kosong.
Barang memang banyakkkk sangat, dalam gambar je nampak kosong macam takde barang sebab dah letak semua dalam stor. Kalau tengok barang, memang pening kepala nak mengemasnya.




SEBELUM




SELEPAS
(satu cermin dekat drawer belum dipasang)


 
 SEBELUM




 SELEPAS


Ni pulak bahagian wet kitchen. Buat cabinet bawah je. Mula-mula nak buat cabinet bahagian atas juga tapi disebabkan kawasan agak terhad, ianya tidak sesuai. Asalnya kawasan ni adalah yard. So, just pasang hood je.



SEBELUM






SELEPAS

 




Bahagian bawah sinki, diletakkan aluminium door. Pintu ni ada lubang-lubang kecil untuk pengudaraan. Jadi bawah sinki tu takde lah berbau sebab ada udara keluar masuk kan.

En asben dah sound, pasni kena la rajin memasak sebab dapur dah cantik....ngehhhh
Paling tak tahan, suh belajar buat kek....apa guna ada oven built in tu...huhuhu *mcm nk nangis....
In shaa allah, oven tu akan digunakan..mama kan dah ada pembantu kecik tu...hahahaha 

Total keseluruhan adalah RM 8,230. Ni kabinet sahaja, tidak termasuk built in oven dan dapur tu. Yang tu, hani beli asing.So far, ini harga yang paling murah hani dapat setelah survey 2-3 kedai. Biasanya kedai lain mesti harga 10k ke atas. Tak mampu den....huhu

Material: 4G Glass with black mirror

Lepas ni kalau ada rezeki, hani nak buat rak tv dan kabinet dalam bilik stor untuk dijadikan bilik bacaan. In sha allah. Mungkin akan buat dengan Intech Kitchen juga.

Ni hani attachkan sekali add Intech Kitchen, mana tau u all di luar sana tu tengah survey nak buat kitchen cabinet juga kan. Boleh la survey harga dekat sini pulak. Sharing is caring ^_^

Intech Kitchen
No.47-47A, Jalan Mega 1A,
Taman Industri Mega,
Bandar Teknologi Kajang
http://www.artakkitchen.com/ 

p/s:: tengah pening nak pikir tentang susun atur barang dalam cabinet...nti dah selesai, hani akan share kan ye.

8 comments:

  1. boleh lah pegi melawat lepas ni heee

    ReplyDelete
  2. JM: meh la dtg kak...skrg dah xde la segan kalau org dtg, dah tersusun sikit brg tu..klu x, macam tongkang pecah...haaa, bru ada smgt nak msk...hihi

    ReplyDelete
  3. cantiknya hani....kena rajin masak ne...he..he

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tak termasuk table top...yg tu dah buat sebelum psg kitchen cabinet lg..

      Delete
  5. assalam kak,
    nak tny kalau masuk table top + KC + buildin oven n dapur Total berape eh kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam fadhilah,

      table top tak ingat harga sebab buat sekali masa renovation rumah. bayar lumsum.
      built in oven, hood dan dapur sekali satu set RM3K. ni pun beli dengan kedai lain sblm pindah masuk.
      klau nak beli sekali dengan intech kitchen pn bole, maybe harga murah lagi, biasalah kan kalau kita banyak beli harga bole nego lagi...

      Delete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...