Renovation done

Dah lama aku tak post pasal progress renovation umah aku.
Boleh rujuk post aku di SINI dan SINI.
Alhamdulillah, renovation dah siap sepenuhnya sebulan yang lalu.
So far aku puas hati dengan hasilnya.
Dari rumah macam 'Villa Nabila'...kini dah tak mengerikan...hoho
Bila dah cantik, ramai la orang nak sewa kan.
Tu belum iklankan lagi dalam mudah.com tu.

Sekarang ni penyewa pun dah ada.
Nak pilih penyewa ni kenalah tengok betul-betul kan....
Taknak la main pilih jer....nanti takut keadaan rumah rosak.
Sebab bukan sikit pelaburan yang aku buat ni.
Penyewa aku ni masih bujang dan akan berkahwin bulan April nanti.
Sebelum dia kawin, dia memang duduk sorang-sorang je dalam rumah ni.
Lagipun dia tokei kedai makan, selalu tak de di rumah.
So, agak selamat di situ... i means rumah selalu dalam keadaan elok la kan [hopefully]
Harap-harap dia boleh jaga rumah aku dengan baik seperti rumah dia sendiri.

Urusan dengan lowyer pun hampir selesai.
Lega.
Lepas ni terima duit sewa jer la hehe.
Best kalau ada banyak rumah sewa kan...
Pelaburan tu...
Tapi setakat ni aku baru mampu beli sebuah jer.
In shaa allah...ada rezeki lebih...aku nak melabur lagi dalam
pelaburan hartanah ni.






SEBELUM

Ni baru gambar luar...tak yah la aku tunjuk gambar dalam camne....korang dah boleh agak kan....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

SELEPAS

Banyak perubahan kan....mana yang masih elok, aku tak tukar pun. Macam lantai dan syiling, ada juga yang masih elok. Tapi boleh dikatakan 80% juga perubahan untuk rumah ni.

Porch depan

Bahagian ni semua baru. Kalau korang tengok dari gambar asal pun dah tau kan semua dan bertukarrrr.....


 Ruang tamu

Ruang tamu ni aku extend 10 kaki ke depan...nampak lagi besar sikit dari keadaan asal.
Syiling baru, tiles lantai (saiz 4 inci) yang baru, letak 2 kipas dan lampu pun baru juga.
Eh, satu lagi pintu kayu baru....siap kena tambah extra duit untuk buat pintu bercermin.
Kalau takde cermin, tak perlu tambah duit pun.


Bilik 1

Dalam bilik tak banyak perubahan pun. Sekadar ganti syiling yang dah rosak. Pasang kipas dan cat baru (kaler soft blue)

Ruang makan

Ruang makan hanya pasang kipas dan tambah wiring untuk letak lampu kiri dan kanan.

 Dapur

Dapur pun banyak perubahan. Extand dapur bagi besar skit. Letak table top, tiles pada dinding dan lantai, tambah pintu besi, tambah 2 sinki dan letak sliding window.

bilik air
Bilik air ni memang banyak perubahan. Tambah tiles baru dan kolah baru (sebelum ni hanya ada shower)

Selesai juga semuanya...fuhhh...
Asalnya aku plan nak jual je rumah ni bila dah siap.
Tapi bila dah cantik, rasa macam sayang pulak nak jual kan!
Hurrmmm.....so aku buat keputusan biar je la dulu.
Simpan pun tak rugi, harga rumah makin naik kan.
Lagipun dah ada orang sewa, tak membebankan aku pun untuk bayar monthly pada bank.

Kalau u all nak tau kos renovation ni, email me ye :-)















Comments

  1. Wah...totally different...cantik tu...saya pulak kalau nk di sewa kan...heeee...tapi tak rugi lah Hani buat pelaburan ni...kalau la ada duit lebih kan..boleh cari lagi umah lelong tuk buat pelaburan

    akak pun tgh mencari umah lelong ni...area bangi...dah email pada Edy tapi belum ada feedback...jika ada jugak umah area ipoh pun akak on je....sbb lepas tgk hani dh nampak hasil ni teringin jgk nk terjebak...kalau boleh area bangi dan ipoh..kira 2 tempat lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak. email saya takut terlupa. Call 012-5033364 xpon PM kat fb ke. hhehe

      Delete
  2. cantik la beb...pandai ko...aku kalau tgk rumah mcm horror je tu aku x dpt bayangkan cane dia jadik cantik...pasni aku x pandang rendah dh kat rumah horror ni...aku pun nak beli....!!!~

    ReplyDelete
  3. betul tu, nak bagi sewa kena pilih penyewa jugak
    takut nanti rosak rumah

    ReplyDelete
  4. sis, cantik rumah u sis.brapa u invest utk renovation ye?if u dont mind..

    ReplyDelete
  5. Assalam,,,nak tanya berapa kos renovation rumah sewa awak ni? boleh tau berapa saiz rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya tlg jwbkan bagi pihak kakak saya. Kos dalam 25k. saiz 20x55

      Delete
  6. salam...boleh tau brp kos reno semua skali...nk emel xjmpe emel add...

    ReplyDelete
  7. salam..sy berminat jg nk tau kos renovate dan nama kontraktor yg sis guna..sbb sy pon nak beli rumah d ipoh jg. sy nk emel, tp xjumpa emel pula. syidah_vibred@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ye boleh saya kenalkan dgn kontraktor ni. Boleh call 012-5033364

      Delete
  8. Salam. Saya berminat nak tau kos renovate rumah dan nama kontraktor sebab saya ada beli rumah di klebang. Boleh x email pada saya nnadiahms@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ye boleh saya kenalkan dgn kontraktor ni. Boleh call 012-5033364

      Delete
  9. salam...boleh saya tau kt mna beli kolah mcm tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu