Sepetang di Taman Bukit Jalil

Aktiviti kami pada hari minggu  mesti bawa awliya jalan-jalan...tak kira la sama ada jalan di shopping kompleks atau taman. Si kecik ni memang suka berjalan [ikut mama dia la tu...hehe]. Kesian dekat awliya sebenarnya...dari Isnin-Jumaat duduk kat rumah jer, jadi hari minggu la kami dapat bawa awliya jalan-jalan, tengok dunia luar, ini juga salah satu cara untuk meningkatkan perkembangan otak si kecil kan.

Minggu lepas si ayah kena pergi kursus dari hari jumaat-ahad...so, tinggal la kami berdua di rumah. Risau juga kalau awliya meragam. Selalu kalau dia meragam, kami akan gilir-gilir jaga dia, biasalah time meragam nak dilayan, nak didukung, dipujuk bagai la semua..haiii la anak bertuah ni..

 Tapi alhamdulillah, awliya macam tahu jer ayahnya tak de. Baik je kat rumah, tak banyak ragam..tidur siang pun lama, malam pun tidur awal..mama pun bole buat kerja rumah.

Hari ahad, lepas ambil ayah di ofis...baru balik dari kursus, kami terus pergi makan KFC dulu...isi perut yang tengah lapar.

posing dulu....eh, awliya posing kalah mama yerrr....

mama...awliya pun nak makan kfc double down ni....nyum!nyum!

On the way balik rumah, singgah sekejap di Taman Bukit Jalil...memang tak jauh dari rumah. First time datang sini, selalunya lalu jer sebab taman ni tepi jalan besar je. Best juga taman ni, besar. Trek jogging pun panjang sampai kena turun naik bukit, mengelilingi tasik. Dalam tasik pula, ada banyak kura-kura dan ika-ikan besar. Taman permainan kanak-kanak pun besar.
Nanti awliya dah besar dan pandai lari-lari, bolehlah mama bawa awliya joging dekat sini -[aktiviti mama yang dah lama ditinggalkan huhu...sebab tu lemak berkumpul kat badan ni hihi]

Dekat KFC tadi bukan main mengantuk je awliya ni, tapi bila bawa pegi taman...bukan main segar matanya.
Bulat je mata memandang keliling, sambil mulut membebel sorang-sorang.

Tengok la tu...bukan main suka awliya bila bawa berjalan....



awliya naik kuda eh....

Dekat 1 jam jugak dekat taman ni, bila tengok keadaan cuaca macam nak hujan, terus je balik rumah...

Minggu ni takde plan lagi nak bawa awliya ke mana-mana....nanti mama pikir-pikir yer ^_^



muka hepi dapat bermain...jom kita balik sayang....



nota kaki : tidak ada perkara lain yang dapat membahagiakan bila tengok si kecil ini sentiasa tersenyum.....

Comments

  1. comelnyer awliya...pndai senyum lah ek tgok kamera...

    ReplyDelete
  2. cik mah: awliya ni pantang kamera depan mata..tau je dia nak posing hehe...

    ReplyDelete
  3. awliya...sudah besar...gerammmm :-)

    ReplyDelete
  4. JM:haa kak...dah semakin besar awliya ni...mcm2 dah perangai dia hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu