Friday, January 11, 2013

SOLID FOOD:: Puri carrot

Malam tadi dengan semangatnya mama sediakan 3 puri sekaligus.
Puri carrot, bronkoli dan pear.
Nak buat hari-hari memang la tak sempat, wanita bekerjaya la katakan...kerjaya la sangat huahua

Basuh carrot. Sebelum tu, buang skit kulit yang belah luar tu.


kemudian potong kecik-kecik, senang nak blender nanti



 
Rebus/kukus [seeloknya kukus sebab nutrien tak mudah hilang]
Tapi hani malas nak keluarkan periuk kukus dalam kotak [hadiah kawen]
...so, rebus saje lorrr hehe

Jangan rebus terlalu lama, agak-agak dah empuk...dah ok la tu


Tapis dan blender. Air rebusan jangan dibuang semua, ambil sedikit untuk dimasukkan ke dalam blender. Nak guna air biasa pun bole, tapi air rebusan tadi lagi elok kan...dah berperisa carrot :-)
Blender sehingga betul-betul hancur.

Untuk blander hani gunakan baby bullet yg telah dibeli [post ini]
Guna blender biasa pun boleh, tapi jgn la guna blender yg dah digunakan utk blender cili padi, bawang n sebagainya. Nanti sakit pulak perut anak.
Beli je yang lain....untuk kesihatan anak juga kan.


Masukkan ke dalam bekas. Guna je apa-apa bekas yang sesuai.
 Food storage baby bullet ni comel kan...


food storage ni ada tarikh yang kita boleh setkan. 
So, kita bole ingat bila tarikh kita buat puri ni.


.
 selebihnya simpan dalam bekas kiub ais tu.
hijau::puri bronkoli
oren::puri carrot
krim::puri pear

pastikan simpan dalam bekas bertutup.
bekas kiub ais ni ada penutup, beli di Giant harga RM3.90
 colourful lagi tu, i likesss !!!!


 
   sedia untuk dibekukan

Puri yang telah dibekukan boleh bertahan selama 3 bulan. Tapi seelok-eloknya gunakan dalam masa 8 minggu sahaja sebab masih segar lagi dalam tempoh ni.

Setiap hari awliya akan makan 2 ketul kiub puri sahaja....nanti dah lama sikit baru mama upgrade ke 3 ketul puri yer. Sebab perut baby ni kan kecil je, jadi tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak.

Mama sangat suka makan carrot, harap-harap awliya pun macam tu juge.
Untuk puri pear dan puri bronkoli, cara penyediaan adalah sama sahaja seperti di atas.

 
kalau di rumah, hani akan gunakan warmer untuk cairkan semula kiub puri tu. Masukkan dalam bekas kecil hijau tu, kemudian panaskan.

Jangan panaskan puri tadi direct dengan api (dapur gas) atau microwave. Sebabnya, microwave tidak elok untuk kesihatan. Manakala kalau kita panaskan direct ke api, semakin banyak nutrien yang dah hilang. Ye la kan, tadi dah rebus, pastu bekukan, pastu panaskan lagi dekat api.
Last-last, baby kita makan tanpa mendapat nutrien dari makanan.

Kalau takde warmer, mummies boleh letak dalam bekas kecil dan rendamkan dengan air
panas buat seketika.
Masa nak bagi baby makan, letakkan sedikit susu badan ataupun susu formula. 
Lemak berkrim, mesti baby sukeeee.....
Tak pun, letak air pun dah memadai supaya puri tersebut cair sedikit.
 
okeh, itu sahaja nak kongsi dengan kawan2 bagaimana saya sediakan puri untuk si kecil.
jom mummies semua, kita sediakan sendiri makanan utk anak.
'say no to instant food for baby' [wlupun mamanya suka makan fast food hakhak]

hani masih baru dalam penyediaan makanan baby ni, byk yang perlu dipelajari.
mana-mana mummies yang lebih berpengalaman, bolehlah memberi tunjuk ajar pada mummies2 baru ni...
sharing is caring kan ~thanks~



10 comments:

  1. now dah dpt gambaran utk prepare 1st food for baby..tq for the post..

    ReplyDelete
  2. izzati:welcome...sharing is caring. mesti xcited kan nti nak sediakan makanan baby :-)

    ReplyDelete
  3. Klu nk pnskan puri..bole ke rendam pakai bekas bby bullet tu?or kene salin bekas lain?

    ReplyDelete
  4. gud info..mmg tgh cri bby bullet ni..\D

    ReplyDelete
  5. Princess:bole je rendam bekas bby bullet tu..xperlu salin..lg mudah sbnrnya sbb kita gunakan bekas tu sbg bekas mkanan bby ms mkn nti..jimat masa n tenaga, xyah basuh byk bekas hehe

    ReplyDelete
  6. Perlu x kite cmpur carrot ngn nasi..kalau bg je puree gitu saje tnpa nasi ok?

    ReplyDelete
  7. Perlu x kite cmpur carrot ngn nasi..kalau bg je puree gitu saje tnpa nasi ok?

    ReplyDelete
  8. hilmi::ms bby sy start mkn, sy hanya bagi puree macam tu jer..nak biasakan dulu perut bby dgn makanan, so just bg yg ringan2 dulu. dah 7 bulan baru saya start bg nasi (bubur) yg dicampur dgn puree tadi.

    ReplyDelete
  9. anakMommy: biasa je sbnrnya bby bullet, sama macam kita guna blender la..ni cuma kita rasa smgat nak sediakan mkanan bby sbb ada bekas2 comel ni..hehe

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...