DIY Nursing Cover

Yeeayyy...dah siap pun nursing cover ku ini...
Eh, walaupun namanya DIY tapi bukan hani yang buat sendiri kehkeh...
Hani tempah dekat rakan ofis ni..si FIZI.
Fizi pun ada buat tutorial bagaimana nak jahit nursing cover ni.
Uoll bolehlah terjah blog dia di SINI.

Yang mana pandai menjahit, boleh buat sendiri.
Lebih jimat. Senang jer. [suka2 je kata senang ek...]
Hani bukan tak pandai menjahit, tapi tangan dah keras hahaha. [alasan]
Mesin jahit dalam stor tu pun tak tau berfungsi lagi ke tak.
Lagipun masa bila la nak menjahit kan, kang ada je budak kecik tu nak menolong...huhu
Senang citer, tempah ajer...tak mahal sangat pun.

Kalau korang nak tempah pun boleh, just contact fizi yer.
Bukan setakat nursing cover, baju kurung pun fizi ambil tempahan
*eh malunya aku....tak pandai menjahit. Lelaki pun pandai menjahit huhu...

 
 *pic from blog fizi*
Beli kain cotton ni di Nagoya. Semeter RM2.50.
Hani beli semeter je untuk setiap corak.
Fizi dah pesan supaya beli kain murah je sebab dia 1st time nak jahit nursing cover ni.
Katanya risau kalau guna kain mahal.
Hani beli 2 corak berbeza sebab nak buat reversible.
Pilih corak polkadot sebab lebih simple, tak minat corak bunga-bunga tu.
Agak-agak boring pakai polkadot biru tu, hani boleh terbalikkan pakai polkadot warna gelap tu pula.
Tips nak pilih kain untuk nursing cover ni, kena beli kaler yang tak menyerlah.
Kalau tak nanti jadi perhatian orang pulak kalau kaler terang ni.
Jadi tak selesa pula kan kalau nak bagi baby menyusu.

 

 *pic from blog fizi

Hani minta fizi letakkan boning supaya nursing cover tu melengkung di bahagian atas
dan ring bulat tu pula supaya panjang tali boleh di adjust mengikut keselesaan.

Hani banyak juga survey online nursing cover ni.
Agak mahal weiii....simple je kot.
Ada yang mencecah RM60 sepasang.
Maybe mahal pada material kain kot...tak pasti.
Rasanya guna kain cotton juga.
Tapi macam tak berbaloi jer.

Penting ke nursing cover ni???
Pada hani penting juga sebab hani ni jenis suka berjalan.
Hari minggu je mesti nak bawa anak2 keluar pegi shopping complex ke, taman ke..
Tak semua tempat ada baby room kan..
Kalau ada pun kadang-kadang terhad je.
Pernah hani pegi Jusco di Mid Valley, time Adra nak menyusu hani pergi la baby room.
Baby room hanya ada 2 bilik je, dan ada orang di dalamnya.
Siap bawa masuk 2-3 orang anak dalam tu..dengan stroller lagi...penuh weiii dalam tu.
Ada yang 'sengal' siap bawa masuk laki ko dalam tu...
Terpaksa la menunggu sampai diaorg keluar, nasib baik la Adra tak menjerit lagi...huhu

Hani pernah juga berlari ke kereta untuk susukan Adra.
Pernah juga hani terpaksa menyusukan Adra di taman permainan dengan menutup guna
kain selimut Adra sebab kereta parking jauh.
Mencabar betul jadi bf mom ni kan...apa saja utk mu wahai anak...
Mama sanggup hadapinya....

So, bila ada nursing cover ni hani rasa agak mudah sikit.
Tak perlu terkejar-kejar cari kereta, cari baby room ke.
If ada baby room hani akan utamakan baby room dulu sebab lebih selesa kan.
Kalau terdesak sangat baru hani gunakan nursing cover ni.
Macam kat restoren ke...boleh la cari tempat tersorok skit dan guna nursing cover ni.
Lagipun masyarakat sekarang ni lebih open minded tentang Nursing In Public (NIP) ni, so rasanya tak segan sangat kot.
As long as kita masih menjaga dan menutup aurat.

 pandangan depan


Pandangan atas.
Rupa boning bila dah pakai nursing cover ni. Nampak kan ianya akan melengkung.



Boleh main cak-cak dengan Adra. Adra ni kalau menyusu mesti nak tengok muka mama kan..
Tujuan boning ni pun untuk pengudaraan juga. Baby lebih selesa.
Sebelum ni hani gunakan shawl. Agak tebal dan Adra memang tak suka dok dalam shawl tu.
Meronta-ronta nak keluar. Rimas kot.
Mama nak tengok Adra pun susah.
Bila test pakai ni, Adra ok je dan dok diam dalam tu.

Puas hati dan hepi...:-)


Comments

  1. tqah nip pakai nursing inner je..selamat juak..baby rimas n xtahan panas.. kite pon selesa pakai bursing inner.. just labuhkan tudung je

    ReplyDelete
  2. Untungla pandai jahit, leh wat sendiri barang2 baby.. jimat duit. (saya tak pandai jahit, huhu)

    ReplyDelete
  3. Berapa meter ye.. pakai kain utk buat nursing cover?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat corak depan belakang, setiap satu corak tu saya beli 1 meter je...

      Delete
    2. Heee.. tq sgt2! Nak jahit jugak..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Cantik sis buat Buat ibu-ibu yang tak sempat DIY, mai la singgah blog saya http://aisyahhumairahcollection.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu