Thursday, October 8, 2015

Aqua & Pets Exhibition




aku pegi Aqua & Pets Exhibiton ni pada bulan lepas..
dari 18-20 September 2015..di MIECC, Mines
hari Sabtu memang kami free, jadi terus plan nak ke sini..
memandangkan Mines ni tak jauh pun dari rumah, bolehlah kami nak pergi.
kalau jauh tu tak kuasa juga kannn.....hehe
ni pertama kali aku ke exhibiton ni, sebelum ni tak pasti sama ada pernah diadakan atau tidak..
budak-budak ni kan suka sangat tengok binatang ni, best la skit nak bawa kan...
kami sampai pun dah petang, orang pun taklah ramai sangat...
dalam dewan pun tak crowded..
niat hati tak nak lama sangat pun dekat sini..

bila sampai sana, masa nak masuk baru tahu kena bayar tiket...ingatkan masuk free..
nasib baik tak mahal sangat pun, bayaran untuk dewasa RM5/seorang.
kanak-kanak bawah 12 tahun barulah free.

bila masuk sana, aku jadi macam takut pula sebab ada booth yang ada anjing...
eh! aku fobia sikit dengan anjing pasal dulu masa kecik-kecik pernah kena kejar anjing..
sampai beso ni haaaa jadi penakuttt...
pengunjung yang bawa anjing pun ada juga....
si awliya dah takut minta dukung je dengan ayahnya
adra pulak rileks je, tapi aku lak yang risau kalau anjing datang dekat kan...
terus je dukung dia, tak nak biarkan dia jalan sendiri.
terus cepat-cepat kami meninggalkan kawasan yang menakutkan ni hihi...

banyak juga booth dalam ni...
kebanyakkan menjual haiwan macam arnab dan kucing...
makanan, aksesori haiwan dan peralatan untuk haiwan...
aku pun tak tengok sangat...bukan nak beli pun kan...

kami terus mencari tempat port kucing....
bukan main seronok anak2 aku ni terutama adra sibuk dok panggil kucing dalam sangkar tu..
masa ni kucing tak banyak sangat, sebab baru je lepas pertandingan kucing...jadi ramai yang ikut
tuannya balik...

lepas puas tengok kucing, kami ke tempat rabbit pula...
rabbit memang tengah banyak masa ni..
yang dalam sangkar, luar sangkar..nak pegang pun boleh...

'mama....cat tido laa'




 






pegang arnab ni best ooo....bulu macam karpet


pestime aku tengok 'giant rabbit' ni...bapak besar kot rabbit ni...
nak pegang pun aku rasa takut...
tapi rabbit ni manjaaaa sangattt....kalau dah pegang, dia macam peluk je kitaa

sambung tengok pameran ikan pula..
alahai berkenan aku dengan akuarium ni, tapi harga fuhhhh memang tak mampu la aku nak beli kan...
dah lama sebenarnya teringin nak bela ikan dekat rumah
tapi nak akuarium macam yang kat bawah ni hehe...ahhh demand sungguh..
eh! tak la harga macam akuarium ni, dapat lebih kurang macam ni kan best *berangan


adik: 'kakak...adik tak nampak laaaa'


haaaa...baru lah nampak fish tu

 


jangan ingat orang je nak kena ada kad pengenalan, haiwan pun kena ada tauuu...
kang jadi pendatang haram juga..hihi


haiwan ezotik pun ada....eeee geli geliman aku nengok




nak snap gambar macam ni...kena bayar RM20


stroller untuk kucing atau anjing...


hampir 2 jam juga kami dekat sini....bila adra dah meragam nak tido, kami pun balik.


No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...