Thursday, October 1, 2015

cubaan membuat apam beras


assalammualaikum semua..

alahaiiii....kesian blog ni, kurang mendapat perhatian dari tuannya.
tak tau la kenapa mood nak update blog asik ke lautttt je...

jadi hari ni nak naikkan semula mood mengupdate blog, kita update pasal makanan..
yeaaahhhh....bersemangat sikit  kalau bab makan-makan ni kannn...heee *lepas tu asik ngomel kat asben 'ehhh...macam dah gemukkk la'..huhu

ni cerita semalam, ada lebihan nasi yang dimasak tapi tak makan,
kebetulan keluar rumah ada hal, so terus makan kat luar.
bila balik dah kenyang, kompem la tak usik pun nasi tu kan.
lama-lama mesti basi dan ke tong sampah la akhirnyaaaa...
iiisshhh jangan membazir, itu amalan syaitoooonnnnn....!!!!

so, apa nak dibuat dengan lebihan nasi tu???
meh kita buat apam beras
dah lama sebenarnya nak try buat apam beras ni....
semalam gagahkan juga diri buat sebab rasa sayangggg sangat kat nasi yang tak terusik tu.
apa lagi, tanya la pakcik google..

simple dan sangat mudah nak buat ok..*biasalah hani ni akan buat benda yang mudahhh jeee :)
walaupun pestim buat, alhamdulillah menjadi juga.

apam beras

ni kalau letak kelapa parut memang maebelesss....tapi masa ni buat tengah2 malam, mana
nak cari kelapa parut kannn....


Bahan-Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar (tak letak pun tak pe)
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering – mauripan
Pewarna makanan
Kelapa parut putih dikukus – gaul dengan sedikit garam

Cara Membuat:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.

3. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.


4. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

5. Ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.

6. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.

7. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.




tips nak pastikan apam jadi gebu gebas...pastikan perap dalam 3 jam gitu...tapi jangan la perap lamaaa sangattt kang bancuhan apam tu akan kembang dan melimpah keluar dari bekas. Itupun hani tau sebab masa bancuhan mula-mula tu hani biarkan sekejap je, bila dah masak tak nampak kembang sangat pun. 

kemudian anak hani meragam , jadi layan dia...susukan dia....so apam tadi terbiar lama la sikit. 
bila hani masak kemudiannya, ehhh.....kembang, mekar dan gebusss. 
kesimpulannya, perapkan lebih lama untuk nampak gebu. 


selamat mencuba

1 comment:

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...