Tips::Idea kreatif yang merangsang anak menjadi bijak

saje simpan artikel ni dalam blog.....untuk rujukan diri sendiri/pembaca blog tersayang kite ni :)

credit: http://pama.karangkraf.com/

Ibu yang bijak juga perlu merancang idea yang kreatif untuk merangsang perkembangan anak di rumah supaya dia boleh membesar sebagai anak yang bijak.

Oleh kerana ibu hendak menjimatkan penggunaan wang ringgit dalam perbelanjaan rumah, tidak semestinya ibu perlu membeli pelbagai alat permainan dan alat bantu mengajar untuk anak. Sebaliknya ibu boleh buat sendiri permainan anak menggunakan bahan sedia ada di rumah. Berikut adalah beberapa contoh kreatif permainan merangsang anak bijak.

1.    Belajar mengira

Bunyi permainan ini macam membosankan sebab ia berkaitan dengan bab mengira. Jangan menggunakan kaedah konvensional di mana anak perlu mengira dan menulis angka di atas kertas. Kanak-kanak cepat belajar mengira bila ada objek. Anda boleh pilih sebarang objek yang ada di sekitar rumah. Contohnya menggunakan penceduk susu tepung anak sebagai objek untuknya belajar mengira. Kemudian letak bilangan objek itu di dalam pinggan kertas yang ditulis nombor atasnya.

2.    Mengenal warna

Sediakan apa sahaja objek yang sama tetapi mempunyai pelbagai warna dan yang penting selamat untuk kanak-kanak. Suruh anak asingkan objek mengikut kumpulan warna yang sama. Aktiviti ini sangat membantu kanak-kanak yang baru hendak belajar mengenal warna. Bermain dengan warna merupakan cara terbaik merangsang minda anak. Kanak-kanak lebih teruja untuk belajar dan tidak cepat bosan kerana dalam masa yang sama mereka boleh bermain.  Antara objek yang boleh digunakan seperti sudu, sepit baju, batang aiskrim, gelung ikat rambut dan banyak lagi.

3.    Kemahiran motor halus

Bagaimana hendak menyuruh anak kecil duduk diam? Buat aktiviti yang boleh membuatkan mereka khusyuk seperti menyusun manik. Sediakan manik pelbagai warna dan bentuk. Masukkan ke dalam mangkuk dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna. Bagaimanapun aktiviti ini agak berbahaya dan ia mesti dilakukan dengan pantauan orang dewasa. Penggunaan objek kecil membantu merangsang kemahiran motor halus anak dan membantu anak lebih fokus.

4.    Menyusun objek

Gunakan cawan atau mangkuk plastik pelbagai warna. Suruh anak susun ia menjadi satu bentuk menara. Secara tidak langsung anak belajar mengenal bentuk dan cara membuat susunan tinggi yang seimbang.
di rumah kakak awliya dan adik adra selalu  menyusun blok lego/blok kayu



Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu