Thursday, October 29, 2015

Family Day @ Gold Cost Morib

2 minggu lepas ofis aku adakan family day pada 17-18 okt 2015..
dah bertahun takde family day yang menginap sejak staff dah ramai...
zaman dulu2 je merasa, lepas staf dah mencecah 300 lebih, hari keluarga buat dekat2 je..
tidak menginap...itupun buat separuh hari je...

kali ni di Gold Coast International Resort, Morib
aku tak laaaa xcited nak ke sini sebab dah pernah datang masa cuti-cuti Merdeka tahun lepas..
pengalaman yang lepas pun macam tak berapa nak best kan...
pergilah juga sebab free...

masa kami sampai dalam pukul 2 petang, kebanyakkan bilik tak siap berkemas lagi.
sejam lebih juga aku dah rakan yang lain terpaksa menunggu bilik kosong
hurmm...memang sejarah la kali ni, selama family day yang menginap...ni la pertama kali kami kena menunggu bilik...
selain family day ofis aku, ada lagi beberapa event dari jabatan lain..
mungkin sebab tu bilik agak terhad..rasanya laaaa....

masa  tiba giliran aku dapat bilik, urus setia maklumkan yang bilik tersebut belum berkemas lagi..
aku pun bagitau tak pe lah tak kemas lagi, suruh kemas kemudian..dah tak larat menunggu..
at least kalau dah masuk bilik bole gak la nak solat dulu ke kan...
tapi nasib baik masa aku masuk bilik tu, dah dikemaskan pun..


penuh parking masa ni....

dapat bilik mengadap parking...nasib baik tak dapat view waterpark, kalau tak mesti budak2 tu tak sabar2 nak pergi pool...
aku gayat bila tengok adra macam ni....walaupun ni view dari tingkat 2 je..
badan dia saiz kecik je, jadi kepala tu bole lepas palang besi..
berderau darah ok! terus cakap dengan asben jangan buka sliding door...
make sure sentiasa lock..
risau kalau tak perasan dia keluar ke balkoni..
kalau nak bagi dia tengok kat luar tu, pastikan salah seorang antara kami kena ada untuk pantau..
patutnya tiang tu kena buat rapat-rapat untuk keselamatan.


biasalah aku kalau memula masuk bilik mestilah nak snap gambar dalam bilik kan....
sebelum bilik tu jadi tunggang terbalik....hihi
masa ke sini dulu, aku menginap di bilik apartment...memang takde jakuzi
bila masuk bilik ni, anak-anak nampak jakuzi....terus nak masuk mandi
si adra tak sempat pun nak tukarkan baju, dia dah masuk dulu....




lepas mandi, masa nak buang semula air dalam jakuzi ni, asben tercari-cari mana la lubang keluarkan air tu...
pusing tu tak boleh, pusing ni tak boleh...
rupanya memang dah longgar semua...means rosak laaa 
nak call tanya housekeeping pun, tengok2 telefon dalam bilik tak boleh pakaiiii...
hadoiiii.....
perasan gak ada device wifi dalam bilik ni, tapi tak guna pun sebab dah tak boleh pakai kannn...
line tepon masa kat sini memang slow gilerrr....internet dalam tepon pun kejap bole kejap tak bole..
kebanyakkan memang tak bole la..

masa nak pergi dinner lalu dekat kaunter, asben pun bagitau la telefon rosak, jakuzi pun masalah..
boleh pulak staff tu cakap 'ha'a...memang kebanyakkan rosak'
soooo.....korang kalau dah tau rosak, nape la tak baiki...
adoiii stress betul la....sian anak2 tak dapat nak mandi lagi sebab tak bertukar air...

hurmmm....seperti jangkaan saya, servis dekat hotel memang agak mengecewakan!!!
macam takde penambahbaikan jeww...










waktu petang memang takde apa2 program dari urusetia, so acara bebas.
lepas solat, terus siap-siap untuk pergi waterpark bawa anak2 terjun pool.
fuhhh...ramaiiiinya...
dah nama family day kan....haruslah penuh waterpark.

ayah: 'dah...dah...jom naik'
adra: 'alaaa....ayah, adik nak mandi lagi'
kakak: zzzzzzzzzzzzz

sebelah malamnya ada dinner....ada persembahan kumpulan dan juga karaoke
selain tu, acara yang dinantikan tentulah hadiah cabutan bertuah..
alhamdulillah no asben naik...itupun kakak awliya yang cabutkan no untuk ayah...
nombor mama juga yang tak naik...nampak sangat tangan mama tak bertuah malam tu hihi...
balik bilik masing-masing dah kepenatan.....



pagi esoknya ada sukaneka...tapi saya tak join pun...datang tengok2
bawa kakak awliya dan adra jalan2 tepi pantai dan main pasir...
pantai ni tak boleh mandi, keadaan airnya nampak keruh sedikit..


masa lepak2 tepi pantai, nampak member ofis tengah buat aktiviti ni...
teringin pula nak mencuba...aku memang suka aktiviti mencabar ni...
minta izin dengan asben...nasib baik dia benarkan....
maklum la dah jadi mak2 orang, malu gak nak panjat-memanjat ni...
tapi dah sukaaaaa nak buat camne kannnn...ngeh ngeh
bayaran dikenakan RM28 tapi aku minta diskaun dapat la RM25...
gayat weiii.....penat jugak nak habiskan banyak halangan..
dan halangan yang terakhir, kena buat flying fox yang berakhir dekat laut...
eh.,takde la tengah laut, tepi gigi pantai je..
tgh laut aku tak berani hahahaha..
yang pastinya memang besttt !!!
pastu sambung bawa budak2 mandi kolam lagi....
mandi puas2 sebelum kami check out pukul 1...


lepas check out, lunch dulu dan terus gerak balik ke rumah...
penat dan mengantuk....
sampai asben berenti dekat stesen minyak sebab tak tahan ngantuk..
dapat la tido sekejap sebelum teruskan perjalanan ke rumah...







No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...