Friday, October 2, 2015

ostrich farm, port dickson

ehhh...berkurun bebeno nak abiskan entry yang basi...

Day 2
sambungan entry yang lepas

Lepas check out dari Primaland Port Dickson, on the way nak balik tu, kami singgah dulu di Ostrich Farm di kawasan Teluk Kemang. Bayaran masuk adalah sebanyak RM13 untuk dewasa.
Seronok juga masuk dalam ni....pertama kali tengok ostrich, kalau dalam bahasa melayu burung unta.
Teruja anak-anak. Di sini kalau haiwan kecil-kecil tu macam ayam, burung dibiarkan berkeliaran je. Anak-anak happy je sambil kejar ayam.



muka senyum padahal nervous kena patuk kang!









ada juga arnab-arnab yang diletakkan dalam kandang tapi kita boleh masuk dalam kandang arnab tu dan boleh main dan bagi makan, jinak-jinak belake. 
tapi arnab tu nampak si adeya lintang pukang arnab ni lari pasal asik kena dukung je dengan adeya. tengok la gaya adeya pegang arnab tu, senak arnab tu nak! mana la diaorang tu tak lari nampak kamu hihi....
si kakak pulak memang penakut, awal dah panjat bangku takut. pegang badan pun sikit-sikit je.



sorang berani sangatttt.....sorang lagi penakutttt


eksited kejar burung











nak pegang tapi takut-takut


adeya dah mula meragam


so far anak-anak memang happy masuk dalam ni. berbaloi juga la masuk kan!
lepas tu, kami lepak-lepak ambil petang di tepi pantai Teluk Kemang.



Lepak-lepak dalam sejam, kami terus gerak balik ke KL...eh! sebelum sampai KL sempat singgah makan di Nasi Arab Damsyik di Senawang.
Dah kenyang, sampai rumah terus terbongkang kepenatan...

alhamdulillah, percutian pendek kali ni memang menyeronokkan.
walaupun sekadar pecutian bujet...hehe
yang penting dalam luangkan masa dengan keluarga kan!









No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...