Kad kahwin akan dipos mggu ini.....

Assalammualaikum semua, Monday blues hari ni. Tak sihat sikit selepas balik dari kursus team building di Felda Residence Tekam, Jerantut. Batuk dan badan dah rasa panas. Tapi gagahkan juga ke ofis, kadang-kadang sakit ni tak boleh dimanjakan sangat kan. Risau makin teruk je nanti. majlis semakin dekat. Ya Allah, berikan lah aku kesihatan yang baik. Minggu ni dah kena pos kan kad jemputan pada rakan-rakan yang jauh dan dekat. Yang dekat tu sebab tak berkesempatan untuk berjumpa. Setiap minggu bz sangat. Setem pun dah beli. Minta tolong pada rakan hani, Cik Ani. Tq ye tolong belikan. Tak sempat nak ke pejabat pos. Kebetulan husband Cik Ani ni keje di pej pos, so minta tolong husband dia belikan. Hani beli 100 keping setem berharga 60 sen. Pernah baca di blog rakan-rakan, menyatakan setem untuk kad kahwin adalah 80 sen. Confius gak. Cik Ani tanya pada husband dia, diaorg cakap 60 sen je. Confirm terus beli. Ikut cakap org yang keje pejabat pos, lebih dipercayai kan....hehehe Tungg...