Monday, October 24, 2011

Pre Wedding Photoshoot

Assalammualaikum semua
Rasa macam2 nak cerita pagi ni...nak cerita pasal pre wedding, baju nikah & bertandang yang dah ambil, temujanji dgn puan vispera utk tempahan veil...adeehhh weekend yang sgt busy..

Ok, kita ikut turutan dulu la yer...mulakan dengan pre wedding pada hari sabtu (22/10/11)..
Disebabkan hani ambil pakej photographer dari bertunang hingga majlis perkahwinan dari Extrmedia, so hani layak mendapat pre wedding secara percuma dari Abg Din (Extrumedia.com) /
fb : Extrumedia.com.
Rugi la kalau hani tak gunakan perkhidmatan percuma ni kan. Memandangkan hani dan OP free minggu ni, so kitaorg decide buat shoot.


1. Pokok Setan @ ladang UPM



Seawal pukul 9 pagi, hani dan janji dengan OP (abg Din), untuk berjumpa di depan Uniten. Lokasi utama adalah ladang UPM. Teringin sgt nak bergambor kat POKOK SETAN tu....hahahaha
Pokok yang dapat gelaran sempena filem Lagenda Budak Setan. 

Sebelum hani pilih lokasi ni, hani dah dapatkan beberapa maklumat macam mana nak masuk dalam ladang ni.
Kebetulan ada member kelas hani seorang photographer juga, pernah shoot di ladang UPM ni.
Menurut beliau, kalau ikutkan kena minta kebenaran dari UPM, means kena buat surat semua la.
Dannn......kena bayaran sebanyak RM500....wwooowww tak sanggup den...

Tapi, dia kata kalau berani redah jer...klu pintu pagar tu terbuka. Ikut nasib. Sebab selalunya hari minggu, pagar tu akan tutup. Kalau dapat masuk, tangkap gambar cepat-cepat, then kalau ada penjaga ladang tu datang, kena halau....blah jer la...hahahaha

Disebabkan nak sangat bergambar dekat situ, hani pun tawakkal jer la...dan berharap pintu pagar tu terbuka.
Alhamdullillah, sampai je tgk pintu pagar memang terbuka. Kebetulan ada budak 2-3 orang tengah berposing pakai jubah konvo. Maybe UPM baru lepas majlis konvokesyen kot. Nasib baik orang tak ramai kan. So, kitaorg pun keluarkan semua prop2 yang di bawa. Tema pre wedding kitaorg adalah santai & picnic. Macam-macam la hani bawa. Tikar, gitar, belon, topi, buah anggur & apple hijau. OP lak bawa topi koboi, kipas pusing2 tu, majalah...

kena mendaki dulu...dengan pelbagai props yang dibawa

en tunang kena panjat sebab nak gantung belon...hihihi

 

haha...usaha menggantung belon..nasib baik tak de orang lain masa ni..

Posing punya posing, sekali ramai la pulak budak-budak konvo yang datang ke sini. Yang budak konvo mula-mula tadi dah balik. Memang canteekkk dah tu. Tak sangka lak datang lak yang lain. Tapi kitaorg tetap posing jugak. Tak lama lepas tu, hani dah nampak penjaga ladang dengan menaiki motor menuju ke kitaorg. Ggggrrrr kompem kena halau ni. Dengan buat muka kesian, dia tak sempat keluarkan apa2 perkataan lagi, hani terus je cakap ngan dia :

Hani: Abg (dan-dan guna perkataan abg, nak bodek la katakan), saya nak tangkap gambar kawen. Kejap  jer.
Penjaga ladang: Ikutkan salah ni dik.
Hani: Saya tau abg, tapi saya nak bergambar sekejap je dalam setengah jam-sejam ke.
P'jaga ladang: Sejam tu lama dik. Saya bagi setengah jam jer.
Hani: Ok, terima kasih ye bang.

Yes !!! yes !! i berjaya bodek. Kalau suruh en tunang yg cakap kompem tak dapat hahaha. Sekali hani tengok dia tunggu kat bawah bukit tu. Adooiii....mmg betul-betul 1/2 jam dia bagi. Tapi kan, budak2 konvo tu dia tak cakap apa2 lak. Maybe budak2 UPM sendiri kan, dan lagi satu tgkap gambo konvo, tak kan la dia nak marah kan. So, korang nak selamat nanti, bergambar la pakai baju konvo.

Kitaorg biar je abg tu tunggu. Dan cepat2 abiskan posing. Tak lama lepas tu, tengok abg tu blah. Uuuiikksss mesti malas dah tunggu kitaorg, then biarkan je la...hahahaha...rezeki. Apalagi, kitaorg sambung posing la. Tapi dah tak best la kan, sebab budak2 konvo telah mengannggu pemandangan dah.


Tempat ni memang cantik. Tenang, nyaman. Seperti berada di New Zealand jer (macam la pernah pegi NZ). Dengan pemandangan ladang yang luas menghijau. Dengan langit yang cerah. Indah sungguh ciptaanNya. Memnag jatuh cinta dengan tempat ni. Sgt puas hati dapat bergambar di tempat idaman.
Bila perut dah lapar, kitaorg pegi makan dulu. Sambil pikir-pikir lokasi seterusnya.


Doakan kami yer....^_^

*gambar dari kamera hp Abg Din

2. Putrajaya

i. Pullman
Lokasi seterusnya adalah Pullman Putrajaya. Cantik kaw di situ. Sekali bila sampai sana tengok ramai sangat orang. Rupanya ada sukan air. Melepas la. Sebelum cari port lain, OP perasan ada kaw lalang di area situ. Kebetulan ada photographer lain pun bergambar di situ juga. Tunggu diaorg abis, terus je kitaorg sambung posing. Kawasan lalang pun, bila dalam gambar jadi cantik sangat kan !!!

ii. Jambatan PICC
Kemudian kami ke jambatan yang berhadapan dengan PICC tu. Banyak kali hani lalu jambatan ni, tak sangka di bawah jambatan ni menjadi lokasi untuk buat photoshoot juga. Cantik. Pemandangan tasik putrajaya, berlatar belakang PICC, senibina jambatan yang cantik dan yang paling menarik....keadaan awan yang sangat2 cantik pada petang tu. Alhamdulillah tak hujan. OP pun asik cakap, awan ni memang milik kamu berdua.
*gambar dari camera abg din...ori punya gambar later ehh....


iii. Alamanda
Yang ni idea OP. Suruh kitaorang posing spontan. Konon-konon tengah shopping, tak perasan ada orang ambil gambar...hehehe...kelakar je bab yang ni. Sebab slalu shopping complex kan kita tak bole bergambar sakan. So, OP ambil gambar curi-curi. Siap sms dari jauh 'pandang kamera'. OP shoot dari jauh...
Tapi masa ni tak banyak sangat gambar, sebab dah penat. Lagi satu, indoor photoshoot ni kena cari tempat yang terang skit. So, agak terhad.

Lebih kurang pukul 8.30 malam, kitaorg pun dah surrender...OP siap cakap 'betul  ni dah tak nak shoot'??
Cameraman memang camtu kan, selagi diaorg tak puas shoot, diaorg takkan stop. Abg din pernah cakap, selalu org yg suruh dia berenti shoot, sebab dah tak larat. Serius cakap, macam tak penat je OP hani ni.
9.00 pagi - 8.30 mlm tu......kitaorg rasa macam nak PENGSAN okeh!!!

Kalau ikut dalam quo, pre wedding ni dalam 2-3 jam jer...tapi OP hani tak berkira, 2-3 jam hani rasa abg din pun tak puas shoot gambar. Hampir 12 jam tu. Siap tanya, nak shoot kat mana lagi....

Penat tapi sangat enjoy...gambar kena tggu dari OP. Dapat crystal album skali...~weeeeee~

10 comments:

  1. best nye...t tunjuk pic ek..nak tgk..mst cntik2(^_^)

    ReplyDelete
  2. @ain: insyaallah, nti review pre wedding ni bila dah dpt gmbr dr OP..

    ReplyDelete
  3. mesti cantik gambar tu nnti..=)

    ReplyDelete
  4. Gadis: harap2 begitu la kan :-) tak sabar lak nak tgk hasilnya

    ReplyDelete
  5. cpt²..x saba nk tgk pic. tuuu..
    pokok UPM tu pokok yg same dlm Magika eh..?

    hehe ;)

    ReplyDelete
  6. Suria: hani xsure lak...sbb xtgk pun lg cite Magika tu..rasanya ye kot sbb pokok ni slalu org buat shoot kat sini

    ReplyDelete
  7. ramai yg shoot kt bwh pokok setan ;) teringin gk nt wt kt situ tp takut kene marah kalo wt situ..hehhe xberani.so plan pre wedding kt tempat lain je :) btw,nice idea..

    ReplyDelete
  8. lyana: boleh je redah...ramai yg buat camtu..klu pjaga ladang tu dtg, dia xmarah pun...just cakap tak boleh bgambr..then kita say sorry pastu bole terus angkat kaki hehehe

    ReplyDelete
  9. nice :) follow me storyofnadiaa.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. nadiaa::tq sudi singgah blog hani...i follow u back :-)

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...