Monday, October 3, 2011

wahai HATI....bersabarlah :-(

Ya Allah, tabahkanlah hatiku...
Tingkatkan lah kesabaranku...
Sesungguhnya aku bersyukur kerana diuji olehMU
dan aku yakin, ada HIKMAH disebalik dugaanMU...
(saat ini rasa seperti mahu menitiskan airmata)

Sabtu lepas...hani terlibat dengan kemalangan..
mmg salah hani....mengaku !!!
sebabnya adalah kecuaian..itu jer yg dapat hani katakan...

ingatkan rosak skit, setakat lampu dan bumper depan
so, setel ngan tuan punya kete depan..kete Gen2..hani akan bayar kos baiki kereta dia...
just bumper rosak skit, calar dan no plate patah...
malas nak claim insurans sbb ingatkan tak byk yang rosak kete hani tu...

otw nak balik ke ipoh...kereta dah berasap dan berhenti
btul2 tengah jalan di Sg Besi.
Terpaksa panggil towing ke bengkel.
Rupanya radiator bocor. Nampaknya terpaksa jugak la claim insurans.
Buat report. Tapi dgn owner Gen2 still bayar jugak, sebabnya...susah la.
Nanti nak kena deal ngan dia, nak kena buat report sama...hurrrmmm 
byk hal la pulak...

Entahlah....macam2 dugaan kena sebelum kawin ni...
Seriussss.....rasa takde mood nak kawin....
baru 3 bulan lepas kereta eksiden....bulan lepas lak kena samun.
Hani pernah post cite di sini.
Bulan ni pulak eksiden lagi. Dah la banyak nak pakai duit untuk majlis,
lepas tu macam2 lak jadi...

Ramai org suh jual kereta tu...sebab org kata kalau kereta dah pernah eksiden,
mmg selalu akan eksiden selepas itu. Memang hani akui kebenaran tu.
Kali ni dah kali ke-3 eksiden di bahagian yang sama pulak tu. 
Bahagian depan kereta.

Ikutkan hati memang nak tukar kereta baru. Kalau kereta tu harga 2-3 ribu,
kompem dah angkat sebijik. Tapi tau-tau jer la....rasa macam tak mampu..
eh bukan rasa tak mampu.....tapi memang tak mampu lagi...

Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ini.
Lagi 2 bulan majlis, tapi rasa dah takde mood nak buat preparation...
tengok la post skrg ni pun takde citer pasal wedding preparation kan...










sian bf i ni...mesti dia buat hal sebab i dah ada boyfren baru (en tunang la...hehehe)
*hiburkan hati sendiri*

2 comments:

  1. sabar byk2 hani .. bwk keta elok2 k pasni ..

    ReplyDelete
  2. amalina: tq..lepas ni mmg kena berhati2...serik la pulak rasanya dh byk kali eksiden..:-(

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...