Monday, October 31, 2011

Kad kahwin akan dipos mggu ini.....

Assalammualaikum semua,

Monday blues hari ni. Tak sihat sikit selepas balik dari kursus team building di Felda Residence Tekam, Jerantut. Batuk dan badan dah rasa panas. Tapi gagahkan juga ke ofis, kadang-kadang sakit ni tak boleh dimanjakan sangat kan. Risau makin teruk je nanti. majlis semakin dekat. Ya Allah, berikan lah aku kesihatan yang baik.


Minggu ni dah kena pos kan kad jemputan pada rakan-rakan yang jauh dan dekat. Yang dekat tu sebab tak berkesempatan untuk berjumpa. Setiap minggu bz sangat.
Setem pun dah beli. Minta tolong pada rakan hani, Cik Ani. Tq ye tolong belikan.
Tak sempat nak ke pejabat pos. Kebetulan husband Cik Ani ni keje di pej pos,
so minta tolong husband dia belikan.

Hani beli 100 keping setem berharga 60 sen.
Pernah baca di blog rakan-rakan, menyatakan setem untuk kad kahwin adalah 80 sen.
Confius gak. Cik Ani tanya pada husband dia, diaorg cakap 60 sen je.
Confirm terus beli. Ikut cakap org yang keje pejabat pos, lebih dipercayai kan....hehehe




Tunggu ye kawan2, kad akan sampai tak lama lagi...

Monday, October 24, 2011

Projek DIY - hampir siap

Ingat tak post hani di sini dan di sini
Project DIY ni hampir siap. Buat penuh kasih sayang.
Walaupun pinggang rasa nak patah, tangan sakit kena gam panas...
huhuhu...tapi tetap bersemangat nak siapkan 400 pcs kotak ni....

Ada lagi projek DIY nak disetelkan lagi ni....
Tunggu eh...nanti dah siap kite update !!!







Pre Wendding - Props

Nak share props yang hani gunakan semasa pre wedding photoshoot. Agak kelam kabut nak sediakan barang-barang ni semua. Last minit baru nak beli kan. Mana yang hani terpikir prop yang menarik, hani bawa je masa tu. Bawah ni bukan gambar sebenar. Just ambil dari google. Tapi lebih kurang la dengan prop hani tu.
So, b2b yang nak buat pre wedding utk tema santai @ picnic...maybe bole guna idea di bawah ni.

1. Lolipop
 - Hani beli 2 jenis, 1 yang bulat dan 1 yang berbentuk love. harga RM 5/1 pcs. Beli di Mid Valley. Lepas shoot, terus buang je lolipop ni....dah tentu tak bole nak makan lagi sebab dah kotor kan...hahaha...nape la tak simpan je kan, bole guna masa outdoor wedding photoshoot nanti...adooiii rugi tul...






2. Payung pelangi
-cerita payung ni ada di post ni. Ingatkan nak guna payung lace, tapi dah bawa balik ke Ipoh la pulak...



3. Papan hijau
-Merata-rata cari papan hijau ni. Banyak kedai stationery yang diterjah, sampai ke Shah Alam. Tapi tak ada. Yang ada papan hijau yang dah advance sikit. Keliling tu plastik. Tak suka yang macam tu. Hani nak cari yang kayu keliling tu. Disebabkan dah penat cari, hani beli la jenis besi. Lepas beli terus ke Giant Kelana Jaya nak beli tikar. Sekali nampak lak papan hijau yang dicari-cari. Gggggrrrr slalu macam tu kan. Bila nak tak jumpa, bila dah beli yang lain...baru la jumpa. Geram tul. Arrgghh tak kira, hani tetap beli jugak. 2 lak tu huhuhu. Harga = RM9.90/ 1 pcs (bersekali kapur & pemadam)



4. Buah anggur & apel hijau
- Tema picnic, mestilah kena ada makanan kan....sempat beli buah je. Cadang nak beli cupcake juga, tapi tak sempat nak cari :-P
 





5. Topi pantai & topi koboi
- Topi koboi untuk incik tunang...nasib baik abg din ada bawa sebab incik tunang bole lak tertinggal topi dia...
- Hani lak pakai topi pantai yang dipinjam dari adik...kaw ladang, panas tu :-) skrg ni muka pun dah hitam terbakar hukhuk :'(




6. Gitar
- Pinjam dekat member ofis je ^_^. ehhh...incik tunang pandai gak main gitar rupanya. Bakat terpendam


7. Kipas kertas
- Yang ni abg din bawa 4 kipas




8. Tikar
- Terpaksa jugak la beli sebab di rumah tak de tikar kecil. Beli di Giant dengan harga RM23.00. Tak rugi beli kan, sebab tikar ni bole guna lagi..




9. Belon buih
- Punya la bersusah payah cari belon buih ni. Dah la kena beli sekali byk, dalam 12 botol sebab beli di kedai borong kan, mana bole beli satu-satu. Lasti-last lupa lak nak guna masa pre wedding. Sebab banyak sangat props hehe. Tak pe la, guna masa photoshoot kawen nanti la....



10. Belon
- Hani beli belon berbentuk love. Tapi belon ni tak nak naik ke atas sebab isi dengan angin perut jer hehehe.
Sepatutnya kena isi dengan gas kan. Baru la terbang ke atas. Sekali lagi...sebab tak sempat juga nak isi pakai gas. Pastu asik pecah jer sebab kena rumput kat ladang tu :-)




11. Bunga ungu (nama tak tau la pulak hehe)
- Bunga ni beli di Mydin subang, lebih kurang camni la bunga tu....




12. Majalah

Pre Wedding Photoshoot

Assalammualaikum semua
Rasa macam2 nak cerita pagi ni...nak cerita pasal pre wedding, baju nikah & bertandang yang dah ambil, temujanji dgn puan vispera utk tempahan veil...adeehhh weekend yang sgt busy..

Ok, kita ikut turutan dulu la yer...mulakan dengan pre wedding pada hari sabtu (22/10/11)..
Disebabkan hani ambil pakej photographer dari bertunang hingga majlis perkahwinan dari Extrmedia, so hani layak mendapat pre wedding secara percuma dari Abg Din (Extrumedia.com) /
fb : Extrumedia.com.
Rugi la kalau hani tak gunakan perkhidmatan percuma ni kan. Memandangkan hani dan OP free minggu ni, so kitaorg decide buat shoot.


1. Pokok Setan @ ladang UPM



Seawal pukul 9 pagi, hani dan janji dengan OP (abg Din), untuk berjumpa di depan Uniten. Lokasi utama adalah ladang UPM. Teringin sgt nak bergambor kat POKOK SETAN tu....hahahaha
Pokok yang dapat gelaran sempena filem Lagenda Budak Setan. 

Sebelum hani pilih lokasi ni, hani dah dapatkan beberapa maklumat macam mana nak masuk dalam ladang ni.
Kebetulan ada member kelas hani seorang photographer juga, pernah shoot di ladang UPM ni.
Menurut beliau, kalau ikutkan kena minta kebenaran dari UPM, means kena buat surat semua la.
Dannn......kena bayaran sebanyak RM500....wwooowww tak sanggup den...

Tapi, dia kata kalau berani redah jer...klu pintu pagar tu terbuka. Ikut nasib. Sebab selalunya hari minggu, pagar tu akan tutup. Kalau dapat masuk, tangkap gambar cepat-cepat, then kalau ada penjaga ladang tu datang, kena halau....blah jer la...hahahaha

Disebabkan nak sangat bergambar dekat situ, hani pun tawakkal jer la...dan berharap pintu pagar tu terbuka.
Alhamdullillah, sampai je tgk pintu pagar memang terbuka. Kebetulan ada budak 2-3 orang tengah berposing pakai jubah konvo. Maybe UPM baru lepas majlis konvokesyen kot. Nasib baik orang tak ramai kan. So, kitaorg pun keluarkan semua prop2 yang di bawa. Tema pre wedding kitaorg adalah santai & picnic. Macam-macam la hani bawa. Tikar, gitar, belon, topi, buah anggur & apple hijau. OP lak bawa topi koboi, kipas pusing2 tu, majalah...

kena mendaki dulu...dengan pelbagai props yang dibawa

en tunang kena panjat sebab nak gantung belon...hihihi

 

haha...usaha menggantung belon..nasib baik tak de orang lain masa ni..

Posing punya posing, sekali ramai la pulak budak-budak konvo yang datang ke sini. Yang budak konvo mula-mula tadi dah balik. Memang canteekkk dah tu. Tak sangka lak datang lak yang lain. Tapi kitaorg tetap posing jugak. Tak lama lepas tu, hani dah nampak penjaga ladang dengan menaiki motor menuju ke kitaorg. Ggggrrrr kompem kena halau ni. Dengan buat muka kesian, dia tak sempat keluarkan apa2 perkataan lagi, hani terus je cakap ngan dia :

Hani: Abg (dan-dan guna perkataan abg, nak bodek la katakan), saya nak tangkap gambar kawen. Kejap  jer.
Penjaga ladang: Ikutkan salah ni dik.
Hani: Saya tau abg, tapi saya nak bergambar sekejap je dalam setengah jam-sejam ke.
P'jaga ladang: Sejam tu lama dik. Saya bagi setengah jam jer.
Hani: Ok, terima kasih ye bang.

Yes !!! yes !! i berjaya bodek. Kalau suruh en tunang yg cakap kompem tak dapat hahaha. Sekali hani tengok dia tunggu kat bawah bukit tu. Adooiii....mmg betul-betul 1/2 jam dia bagi. Tapi kan, budak2 konvo tu dia tak cakap apa2 lak. Maybe budak2 UPM sendiri kan, dan lagi satu tgkap gambo konvo, tak kan la dia nak marah kan. So, korang nak selamat nanti, bergambar la pakai baju konvo.

Kitaorg biar je abg tu tunggu. Dan cepat2 abiskan posing. Tak lama lepas tu, tengok abg tu blah. Uuuiikksss mesti malas dah tunggu kitaorg, then biarkan je la...hahahaha...rezeki. Apalagi, kitaorg sambung posing la. Tapi dah tak best la kan, sebab budak2 konvo telah mengannggu pemandangan dah.


Tempat ni memang cantik. Tenang, nyaman. Seperti berada di New Zealand jer (macam la pernah pegi NZ). Dengan pemandangan ladang yang luas menghijau. Dengan langit yang cerah. Indah sungguh ciptaanNya. Memnag jatuh cinta dengan tempat ni. Sgt puas hati dapat bergambar di tempat idaman.
Bila perut dah lapar, kitaorg pegi makan dulu. Sambil pikir-pikir lokasi seterusnya.


Doakan kami yer....^_^

*gambar dari kamera hp Abg Din

2. Putrajaya

i. Pullman
Lokasi seterusnya adalah Pullman Putrajaya. Cantik kaw di situ. Sekali bila sampai sana tengok ramai sangat orang. Rupanya ada sukan air. Melepas la. Sebelum cari port lain, OP perasan ada kaw lalang di area situ. Kebetulan ada photographer lain pun bergambar di situ juga. Tunggu diaorg abis, terus je kitaorg sambung posing. Kawasan lalang pun, bila dalam gambar jadi cantik sangat kan !!!

ii. Jambatan PICC
Kemudian kami ke jambatan yang berhadapan dengan PICC tu. Banyak kali hani lalu jambatan ni, tak sangka di bawah jambatan ni menjadi lokasi untuk buat photoshoot juga. Cantik. Pemandangan tasik putrajaya, berlatar belakang PICC, senibina jambatan yang cantik dan yang paling menarik....keadaan awan yang sangat2 cantik pada petang tu. Alhamdulillah tak hujan. OP pun asik cakap, awan ni memang milik kamu berdua.
*gambar dari camera abg din...ori punya gambar later ehh....


iii. Alamanda
Yang ni idea OP. Suruh kitaorang posing spontan. Konon-konon tengah shopping, tak perasan ada orang ambil gambar...hehehe...kelakar je bab yang ni. Sebab slalu shopping complex kan kita tak bole bergambar sakan. So, OP ambil gambar curi-curi. Siap sms dari jauh 'pandang kamera'. OP shoot dari jauh...
Tapi masa ni tak banyak sangat gambar, sebab dah penat. Lagi satu, indoor photoshoot ni kena cari tempat yang terang skit. So, agak terhad.

Lebih kurang pukul 8.30 malam, kitaorg pun dah surrender...OP siap cakap 'betul  ni dah tak nak shoot'??
Cameraman memang camtu kan, selagi diaorg tak puas shoot, diaorg takkan stop. Abg din pernah cakap, selalu org yg suruh dia berenti shoot, sebab dah tak larat. Serius cakap, macam tak penat je OP hani ni.
9.00 pagi - 8.30 mlm tu......kitaorg rasa macam nak PENGSAN okeh!!!

Kalau ikut dalam quo, pre wedding ni dalam 2-3 jam jer...tapi OP hani tak berkira, 2-3 jam hani rasa abg din pun tak puas shoot gambar. Hampir 12 jam tu. Siap tanya, nak shoot kat mana lagi....

Penat tapi sangat enjoy...gambar kena tggu dari OP. Dapat crystal album skali...~weeeeee~

Tuesday, October 18, 2011

Day 1 in Seoul

Dah hampir 6 bulan review psl percutian ke Seoul terletak dalam draf....tapi tak publish. Skrg baru ada mood utk buat review ni. Saje nak share dgn rakan2 blog semua. Mana tahu korang ada peluang ke sana kan, so dpt la info skit dari pengalaman hani ni.

Pengalaman yang sgt menyeronokkan dan mencabar. Mencabar sebab 1st time pergi Korea. Pergi 2 org pulak tu tanpa pakej. Errkkk, mmg kitaorg gamble jer pergi. Tapi yang penting, perlu dapatkan seberapa byk info. Dalam kepala otak memang zero psl Korea ni. Beli tiket masa AA buat promotion tahun lepas. RM650 (termasuk mkn) pegi balik. Murah bangattt kan.

Jom ikuti pengembaraan kami ke bumi Seoul.

  ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

19/4/11 - Teruja, gembira, nervous bila dah tiba harinya. Kul 8 pagi hani dah kuar dr umah menuju ke Putrajaya..letak kereta dkat umah K.Ros. Flight kami pukul 1.55 ptg..saje keluar awal, tak nak kelam kabut nanti...sempatlah kami breakfst dulu di Persint 9. Selepas tu, kami gerak ke Putrajaya Sentral utk menaiki ERL Transit ke stesen Salak Tinggi..dari Salak Tinggi pula kami naik bas ke LCCT.


Kami tiba di LCCT lebih kurang pukul 11.00 pg...terus check board kaunter mana nak check in..terus je kami check in sbb tgk kaunter dah pun buka Lepas check in, ada masa lagi 2 jam nak tggu boarding...so, kitaorg lepak minum di Mc'D dulu sambil smbil layan fb.


Dalam kul 1 kitaorg dah naik flight...dalam 1.40 ptg flight pn meninggalkan LCCT..perjalanan memakan masa selama 8 jam..adehhh rasa mau kebas muntut ni dok lam flight..xlama pastu stewardess pn kasi borang utk declare negara Korea dan menghidangkan kami makan tghari...

Pas perut kyg..apa lagi..time to ZZzzzzzzZZZ la....


Terbang punya terbang, akhirnya kami smpai di Incheon International Airport pada pukul 9.30 mlm. Lepas settle semua urusan di Imegresen, kami pn ke tempat baggage claim utk ambil beg..rupanya nak ke tpt baggange claim tu kita kena naik tren ke terminal bersebelahan...oohh kitaorg pn xtau sbnarnya, cuma ikut org dan jgn risau..di Korea sbnarnya sistem pengangkutan diaorg sgt sistematik..mcm nak amik beg ni, kat lantai pun ada t'tera anak panah smpai ke tren..so,ikut jer la anak panah tu..xyah susah2 nak tnya org..sgt mudah utk pelancong yg mcm kitaorg ni...



tgh tunggu lagguage

di luar airport...tgh tunggu driver ambil kereta

Pas dah dpt beg masing2...keluar je dr pintu terus nampak org pegang kertas dgn tertera nama hani...sgt puntcual..mybe dia dah tggu lebih awal dr yg aku janjikan...sbnrnya hani dah booked awal2...guest house yg  hani booked tu juga ada menyediakan pick up service utk customer diaorg..kena byar dlm 75,000 won (RM 200++)..mahal kan...tp xper la,1st time smpi sana..mlm pulak tu...nak naik public transport mmg xreti lg..nak menuju ke guesthouse pn xtau area mana...nak selamat amik jer la pickup service tu...kang xpasal2 kena tdo kat airport lak kan...
http://www.loadtest.com

Dari airport nak ke Seoul memakan masa selama 1 jam...Dalam perjalanan, kami akan melalui Incheon Bridge, jambatan yg menghubungkan Incheon & Seoul..huhuhu..sgt xcited sepnjg jln...kitaorg menginap di Seoul Backpackers...hrga bilik double utk 1 malam adalah 55,000 won (RM 160)...klu menginap 7 mlm berturut2, kita hnya perlu bayar utk 6 mlm shj..kira 1 mlm tu dok free la..masa check in, kitaorg kena bayar terus utk 6 hari..bkn bayar masa check out yer...

Citer psl bilik...hani tgk ok la..ada toilet kt dlm, ekon, tv, telefon, hair dryer...pada hani dah ok sgt2..ala,bkn nak dok lama pn dlm bilik...setakat utk tdo jer..lg satu yg best, siap ada wifi lg smpai dlm bilik..xsia2 la hani bw netbook..hehehe..lgpn mmg hani dah tau ada wifi, sbb dah buat research psl ghouse ni pn...haaa, ada lg yg nak cite..owner juga ada sediakan telefon kat lobi..klu nak tau, kita bole gunakan fon tu utk buat international call...dan yg paling besssstttttt gilerrrr, FREE jer !!!! call la mana2 negara2 pn..dari pukul 9.00 pagi smpai 11 mlm...xde charge pn..hani rasa hotel pn xde kasi free mcm tu...mmg hani suka sgt dok kat Seoul Backpacker ni..

                           



Tu citer yg best...citer yg berapa best, kitaorg tak bw towel besar...ingtkan ada la disediakan...owh kitaorg lupa, ni guesthouse..bukan hotel...ms check in, owner tnya 'u ada towel x'..kitaorg pn jwb la xde, terus dia kasi...tup!tup aku tgk...besoorrr bebeno towelnya (mean kecik la tu...)..hand towel jer la...belasah jer la labu...janji bole lap badan skit2 jadi ler...nsb baik la juga kitaorg bw toiletteris siap2...


Bdn mula terasa penat sgt...pas mandi..mkn roti n tidooo....esok mahu memulakan agenda yg pertama...

Dah penat menaip ni. Ok la, nti ada masa sambung cite hari 2 pulak....















Monday, October 17, 2011

GA from nazaisma




Syarat:

1. Anda mesti lah seorang Blogger yang mempunyai alamat di Malaysia --> senang nk pos ;-)
2. Jadi Follower di blog nazaisma home made ni..
3. Once dah jadi follower, sila tinggalkan jejak blog anda di ruangankomen
4. Lengkapkan sekali ayat ini --> Saya nak menang GA ini kerana ......
5. Terpulang pada anda untuk memasukkan entry tentang GA ini di dalam blog anda --> Kalau anda
    masukkan lebih ramai blogger yang tahu.
6. Tempoh masa GA ini adalah dari 14.10.2011 - 21.10.2011 --> seminggu sahaja

Berminat nak join, boleh klik sini

"SAYA NAK MENANG GA INI KERANA INGIN MERASAI KESEDAPAN BISKUT NAZA ISMA HOME.
DAN SAYA YAKIN NAZA ISMA HOME ADALAH PILIHAN YANG TEPAT"

Sunday, October 16, 2011

Item for RENT

Salam semua readers & silent readers. Dah smggu tak update blog, agak bz sikit. Skrg ni hani berada di kampung. Sebab nak setelkan pasal borang nikah dan jumpa pendaftar nikah sekali. Tgh2 kemas rumah, nampak la brg2 masa bertunang hari tu. Masih elok tersimpan. Rasa rugi lak bila tak digunakan. So, hani terpikir untuk sewakan semua barang2 ni. Niat hani bukan nak cari keuntungan sgt, tetapi lebih kepada menolong b2b utk berjimat kan. Tak perlu beli mahal-mahal. Sebagai seorg b2b, hani amat2 memahami bgaimana bujet memainkan peranan yg penting dlm persiapan ke alam perkahwinan.

Klu ada yg berminat, boleh la emailkan kepada hani (hanizamhuri@gmail.com)
Lokasi collect: Ipoh, KL, PJ, Putrajaya, Bangi, Seri Kembangan, Shah Alam, Kajang, Puchong dan kaw sekitar yang berhampiran.

Banyak lagi brg yang hani nak sewakan tapi belum ambil gambar lagi. Ada setengah tu guna gambar masa
bertunang je. TOC (term of condition) pun belum sediakan lagi. Tak pe, korang jamu2 la mata dulu yer.
Nti hani upload lagi barang-barang yang lain k....^_^


1. Bekas hantaran kayu
    -warna hitam
    -kuantiti: ada 4 pcs
    -harga: RM6/pcs (termasuk hiasan, jika tak nak hiasan tu...sy akan buka)




2. Bekas hantaran besi berkaki tinggi
   -warna putih
   - kuantiti: ada 5 pcs
   - harga RM7/pcs (beserta hiasan biru tu, jika tak nak hiasan..sy akan buka kan)




2. Carpet panjang
    -kuantiti: ada 2
    -ukuran: nanti saya update
    -harga: RM15/pcs





Carpet ni hani gunakan untuk letak barang-barang hantaran masa
bertunang hari tu.



3. Bantal 
    -warna krim
    -kuantiti: ada 4pcs
    -RM10 (beserta sarung)





 4. Dulang plastik
 -warna kuning
 -jenis: plastik
 -kuantiti: ada 15 pcs
 -harga: RM5/pcs

pandangan sisi

pandangan atas


5. Bekas cincin
    -warna maroon
    -kuantiti: ada 1
    -harga: RM5/pcs



Tuesday, October 11, 2011

Project DIY

Minggu ni bz dengan keje2 memotong riben dan TQ tag.
Pastu asingkan ikut kaler.
Lenguh pinggang dan urat sendi....huhuhu
hasilnya tunggu eh....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...