penyakit kaki tangan dan mulut menyerang awliya

kelmarin awliya demam, badan dah naik ruam.
Mula-mula ingatkan demam campak, sebab hari tu awliya demam campak
tp sehari je, kemudian bintik merah xkeluar banyak sangat pun.
Tu yang ingat kali ni demam campak yang tak habis keluar lg.
Hari isnin awliya dah ok, cuma badan dedo je....
Hantar juga ke rumah pengasuh sebab tgk dia masih aktif dan ceria.
Lega, takde lah hanu susah hati kan.
Tapi bila petang masa ambil awliya, dia macam lemah sangat badan.
Selalu bila hani sampai dkat muka pintu, awliya akan merangkak ke arah hani.
Tapi kali ni, dia terbaring dkat bantal dan merengek minta hani yang datang dkat dia.
Rupanya demam lagi.

Cian bucuk mama ni.....

Semalam, tengok bibir awliya macam bengkak dan berdarah sikit.
Tengok dalam mulut macam ada ulser.
Oohhh...risau betul.
Patutla tak nak minum susu sangat, biskut kegemaran dia baby bites pun tak nak makan. Bubur je yang boleh diterima.
Rupanya mulut sakit. Sian anak mama.

Nasib baik mama dan ayah cuti sbb nak tggu org pasang cabinet.
Malam tadi bawa ke klinik panel, setelah doc check...
Doc kata awliya terkena penyakit kaki,tangan dan mulut (HFMD).

Doc just bagi ubat demam, selesema dan antibiotik.
Hani minta juga ubat sapu, tapi doc xkasi sebab bahaya utk baby
jika tersentuh kulit dan baby kan suka masukkan tangan dalam mulut.
Doc bgtahu penyakit ni akan hilang dengan sendiri, ubat yang diberikan untuk
kurangkan demam dan gatal di badan akibat ruam.
hani juga diminta jangan menghantar awliya ke rumah pengasuh sebab penyakit ni
boleh berjangkit dengan budak2 lain.
Nasib baik doc offer bagi mc untuk hani jaga awliya - tak teringat lansung nak minta mc, terpikir nak amik cuti rehat je...hehe jimat cuti den.
next week ada appointment utk doc buat check up lagi.
Hopefully, awliya cepat sembuh. Amin...amin

so, hani pun google la tentang penyakit ni
haaaa.....dh kena kat anak baru nk ambil tahu kan...
Sebelum ni pernah dgr psl penyakit ni, tapi buat tak tau je kan...huhu
Nampaknya lepas ni nk kena cuci semua barang menan awliya, suka sgt bawa
masuk dlm mulut tauuuuu.....
Utamakan KEBERSIHAN dalam semua aspek...k


HFMD

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
  • Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan

p/s::minggu ni nk ke gambang waterpark...family vacation..dh booking  dan buat pyment semua.adoyaiiii camni ni?????ooohhhh dugaan sungguh

Comments

  1. Auntie doakan semoga Awliya cepat sembuh Amin

    ReplyDelete
  2. kesiannye bb..mesti x selesa..moga2 awliya cepat sembuh..amin =)

    ReplyDelete
  3. alaaa..kesiannya si comel awliya..
    get well soon sayang..

    ReplyDelete
  4. jalan-jalan kat sini google psl HFMD ni..
    tq info ni ye..
    anak saya pun dlm recovery period skrg...

    ReplyDelete
  5. Salam. Terima kasih share tentang hfmd. banyak maklumat yg saya dapat. saya follow ye.

    baru-baru ni anak saya pun kena sakit ni. risau jadinya walaupun tak teruk. bintil sikit-sikit je di tangan dan kaki.

    jemput baca pengalaman saya bila anak kena hfmd
    http://www.noraihanqusyairi.com/2014/10/kautsar-dan-penyakit-tangan-kaki-mulut.html

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu