Resepi Lasagna Choc




Pertama kali makan choc lasagna ni....perghhh sedappppnyaaa
Terus teringin nak buat sendiri...
Bila fizi sharekan resepi, balik kerja terus pergi kedai bakeri beli bahan-bahan.
Tengok...tengok...semangatttt sungguh !!!!

Ni hani copy resepi dari blog rafiziyunos.blogspot.com
TQ fizi for sharing....
Kalau korang nak lagi detail, boleh buka blog beliau, siap ada gambar sekali.
Lagi mudah.....
Macam aku, kalau nak try sesuatu masakan tu...aku memang suka step yang ada gambar.
Bila aku yang masak, aku malas lak nak snap gambar setiap step ...hehe...tak sabor nak buat la katakan.
Nak cepat jewww...

So korang...try la buat...siyes mesti menjadi...memang SEDAPPPP di makan bila sejuk (letak dalam peti sejuk...lagi lama lagi sedap)

Adunan A
Lapisan Bawah


2 bungkus oreo
5 sudu besar butter (dicairkan)

Adunan B
Chocolate Coconut Pudding


1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
Secubit garam
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan santan kotak
200 gram dark coklat
1 penutup penuh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko

Adunan C

250g cream cheese
2 sudu besar susu segar
100 gram gula aising
300ml non-dairy whipping cream

Cara-cara
1. Kisar biskut oreo (beserta krimnya sekali) & butter dalam food processor kalau takder food processor pakai tangan pun boleh, ramas-ramas biskut dan gaulkan dgn butter cair. 

 2. Masak adunan B secara kaedah double boiler.

3. Putar cream cheese sehingga lembut. Pastikan creem cheese telah diletakkan pada suhu bilik dahulu yer. Campurkan 2 sudu besar susu dan gula aising. Putar sehingga semua sebati.

 4. Putar non-dairy whipping cream secara berasingan. Whipping cream tu kena yang baru keluar dari freezer tau. Mula dgn kelajuan perlahan dan teruskan putar dengan kelajuan tinggi. Putar sampai kental, maksudnya bila kita terbalikkan bowl, cream tu takkan jatuh.

5. Pastu barulah adunan cream cheese td di tuang kedalam adunan whipping cream. Gaulkan dengan
 spatula je tau.

6. Lapisan bawah ialah Oreo yang kita dah hancurkan tadi…buat sedang-sedang je lapisannya. Kemudian letakkan adunan C (separuh sahaja), pastu adunan B (chocolate coconut pudding). Dan separuh dari adunan tadi untuk sebelah atas. Taburkan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan menggunakan blender.

Nota:

1. Chocolate coconut pudding tu mestilah likat sedikit dari susu pekat yang kiter beli kat kedai tu…x cair sangat dan tak pekat sangat
2. Masa double boiler, selalu lah kacau adunan tu supaya tak berketul-ketul…fizi pon confused juga masa mula2 buat kenapala tak pekat2 langsung…memang makan masa rupanya, pastikan air cukup tau..kalau kering air kang jenuh..dan pastikan air menggelegak betol2 sebelum di double boile kan…ok..
3. Boleh je nak tukar oreo dengan chips more, tapi fizi prefer lagi pakai oreo..sebab more chrunchy.
4. Topping pilihan (stroberi, chocolate rice, chocolate chip, white choc chip)


p/s: dah cuba buat oreo aiskrim? Boleh terjah resepi dekat sini ye [LINK]

Comments

  1. serius terliur. aduii. nak buat jugak. thanks akak for the resepi.

    ReplyDelete
  2. byk step jg yer...hihii...jnji hasil nye mabeles =)

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu