homemade oreo aiskrim

aku ni peminat tegar aiskrim....
terutamanya aiskrim yang kat mcd tu..
oreo mcflurry....dan segala macam aiskrim la aku suka...
pernah aku beli aiskrim tutti fruity, sebekas sampai rm20
bekas kecik je pun....tapi sebab nak mkn aiskrim pnya psl,
sekali sekala bole la, kalau selalu....bangkrap juga kan.
setakat aiskrim je kot....boleh dapat sepinggan nasi weeiii....

tetiba aku terpikir nak buat aiskrim sendiri - ni bila dtg mood rajin
mula la mengoogle cari resepi.
semangat punya kental nk buat, balik keje terus pegi beli brg dkat giant dkat je dgn ofis.
smpai umah, xsempat rehat...terus je g dapur. Sekali spoil mood daaa....susu tu dah rosak, bau masam dah...cehhh rugi duit aku..nsb baik giant tu jauh dr umah, klau x aku dah g antar balik dah.

mula2 asben aku kata 'esok je la buat'....
Dengan kecewa aku cakap esok mood rajin dah xde...sobs...sobs
Asben aku pnya la kesian kat aku sbb tgk punya la smgat nak buat aiskrim, terpaksa la kuar umah semula ke kedai....(aku tak paksa tauuu....hehehe)

resepi aiskrim oreo ni banyak versi, tapi aku amik yang paling mudah dan ringkas je.
ye la...aku ni kan 'rajin', mesti la cari yang sonang2 jer....hihi

Bahan-bahan:
1. Susu dutch lady
2. Coffee mate krimmer (pek kecil)
3. Esen vanilla
4. Biskut oreo

haaa...ringkas tak bahannya???? I likeessss......

Cara-caranya:
1. Campurkan susu, krimmer, 1 sudu esen vanilla. Kemudiaan blender. Susu tu aku guna 2 cawan, krimmer tu lak aku abiskan je satu pek tu. Kalau nak manis, tambahkan susu pekat manis skit @ gula halus. Sikit je tau sebab biskut oreo pn dah manis.



Bila dah blender, masukkan dalam bekas. Aku masukkan dalam bekas aiskrim yang ada kat umah tu.
konon nak nampak real macam aiskrim yang dibeli tu la....hehehe...
tapi tak kisah la mana2 bekas korang nak letak.


Masukkan bekas tu dalam peti sejuk untuk tempoh 2-3 jam. Kemudian keluarkan semula dan blender sekali lagi untuk dapatkan tekstur yang lebih halus.

Lepas tu baru masukkan biskut oreo. Buang krim oreo tu dulu kemudian hancurkan.
Aku hancurkan guna blender kering tu. Pastu ada lebihan skit, aku hancurkan secara kasar dengan
tangan.




Gaulkan bagi rata...kemudian masukkan semula dalam peti sejuk semalaman.
Esoknya dah boleh ngappp....senang giler kan....
giler pun tak senang camni kehkeh....

Hasilnya............





Sedap sampai separuh bekas aku ngan asben ngap...tu sbb dh kenyang, klu masa tu tgh lapar kompem abis sebekas.
ni kalau nak bagi budak-budak makan pun bole, sebab tak manis sangat macam yang kita beli tu kan...nama pun homemade !!!

nanti aku nak try buat perisa lain pulak.....nti aku share lagi ekkk !!!


Comments

  1. Susu tu 2 cawan besar mana? Mug / gelas / cawan minum teh ?

    ReplyDelete
  2. Kenapa kena guna coffeemate tu ek ? And tayah guna telur ke ? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. krimer tu nak bagi rasa lemak berkrim sikit...saya tak gunakan telur sebab rasa tak lalu nak masuk tekak ni sebab air krim ni kan tak dimasak. tapi ada juga orang yang guna telur....ikut citarasa masing2.

      Delete
  3. Replies
    1. saya guna separuh kotak tu je...saya xpastu kotak tu berapa ml, agak2 je separuh dr kotak tu...

      Delete
  4. akak blend semua bahan2 tu berapa lama? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama..dlm 2-3 minit....bg betul2 halus....

      Delete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale