Jom kurangkan BERAT BADAN !!!!
Bila dah ptg, mula la bosan nak buat keje...
Tetiba terpikir nak search berkenaan pemakanan sihat..
Maklumlah...hani rasa badan ni semakin SIHAT la katakan...hahaha *gelakkan diri sendiri*
terjumpa la blog Kevin Zahri
sape yg tak kenal Kevin Zahri ni...beliau merupakan fitness selebriti Malaysia dan juga dikenali
sebagai cikgu fitness.
sgt2 banyak info yg diperolehi di blog ni..
ada tips pemakanan, kesihatan, cara bersenam dan byk lagi...
ada juga panduan untuk MENGAWAL BERAT BADAN BAGI BAKAL PENGANTIN
tajuk yg sgt2 menarik utk B2B kan...
Bawah ni hani ada copy sedikit panduan utk bakal pengantin dari blog Kevin Zahrri. Tq to Kevin atas nasihat dan panduan yang beliau kongsikan.
---------------------------------------------------------------------
Tentu memeningkan kepala anda, jika alat timbangan anda tidak berganjak dari angka yang anda harapkan. Sebaliknya, mungkin jarum penimbang akan meningkat naik. Lagi-lagi pula, hari bahagia yang bakal menjelma hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Jangan bimbang, anda masih belum terlambat untuk mengurangkan berat badan. Ikuti cara mengawal berat badan melalui pengambilan makanan yang sihat dan senaman yang teratur seperti yang disyorkan di bawah.
8 Tip Mengambil Pemakanan
- Memilih makanan dari bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan kurang berlemak.
- Tambahkan makanan yang berserat.
- Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.
- Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut, dan jem.
- Hadapi palung kurang 4 hidangan sihat sehari termasuklah sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan elangkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
- Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.
- Sebaik-baiknya, pilihlah makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.
Bersenam Pengantin
- Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.
- Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda. Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.
- Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit 3-5x seminggu.
- Penurunan berat badan antara 1 – 1.5kg seminggu adalah lebih baik. Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500-1000 kalori setiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda bole kehilangan 6-12kg.
- Pastikan anda include senaman pemberat atau rintangan untuk pastikan badan anda kental!
2 tips kurangkan tekanan dan kerisauan
- Biasanya, kerisauan dan tekanan boleh mempengaruhi pola pemakanan anda. Sesetengah bakal pengantin yang mengalami kerisauan apabila persiapan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu akan cepat merasa lapar. Secara tidak langsung, anda ingin menikmati segala jenis makanan yang ada. Tentu akan menambahkan berat badan.
- Sebaliknya, ia menjadi satu kelebihan buat bakal pengantin jika kerisauan dan tekanan persiapan perkahwinan tergendala membuatkan anda kurang berselera untuk menyentuh makanan.
Ada juga e-book panduan lengkap untuk membantu anda kurangkan berat 5kg dalam masa 5 minggu.. bole klik di sini. Hanya RM 30 jer...
Apa lg...jom kita amalkan pemakanan yang sihat...bukan sahaja utk kurus tp sebenarnya yg penting adalah untuk KESIHATAN kita..kerana kesihatan tidak bole dibeli...ingat tu ^_^
yang kurus kering sangat ni pon kene jage kesihatan n pemakanan jugak.. :)
ReplyDelete